- Berita
- Berita Auto
- Hadkan Kemasukan Kenderaan Cermin Gelap, Tapi Kenapa?
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diarah untuk mengehadkan kemasukan kereta dari luar negara terutama Thailand yang menggunakan cermin gelap.
Itu antara yang dibangkitkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di Dewan Rakyat semalam.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Selasa ketika menjawab soalan berkaitan itu yang dibangkitkan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN - Arau).
“Ada kenderaan-kenderaan Thailand, satu kenderaan cermin gelap. Memang jadi masalah kepada kita.
“Saya setuju dengan Arau, perlu ada penguatkuasaan dan saya akan minta JPJ untuk beri perhatian lebih untuk mengehadkan kenderaan ini masuk ke dalam negara kita.
“Sebab kalau kita nak masuk ke Brunei, umpamanya, memang ada syarat ketat kalau kenderaan dari Sarawak nak masuk ke Brunei.
“Kalau ada cermin gelap, memang sukar untuk melepasi sempadan,” katanya.
Untuk pengetahuan anda, isu tersebut merupakan perkara yang perlu diberi tumpuan terutamanya dalam usaha mengetatkan kawalan keselamatan sempadan negara.
Apa pula pandangan anda mengenai cadangan ini?
Kongsikan di bawah ruangan komen ini!
Gallery



Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari