- Berita
- Berita Auto
- Tersadai Di Kaunter JPJ? Pelanggan Diminta Hantar Maklumat Terperinci Kepada JPJ
Tersadai Di Kaunter JPJ? Pelanggan Diminta Hantar Maklumat Terperinci Kepada JPJ

Lagi isu tersadai di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Kali ini, timbul dakwaan hanya beberapa kaunter daripada 15 kaunter beroperasi di Kelantan menyebabkan ramai pelanggan tersadai untuk berurusan dengan jabatan itu.
Sebaliknya, Pengarahnya, Mohd Misuari Abdullah, menafikan perkara itu dengan menyifatkan kesemua kaunter sebenarnya dibuka seperti biasa kecuali ketika waktu rehat.
"Namun, beberapa kaunter mungkin ditutup sementara ketika waktu rehat. Sejak Oktober tahun lalu proses di kaunter berjalan lancar tanpa sebarang aduan rasmi diterima.

"Malah, saya turut memantau melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh dilihat dari pejabat saya. Justeru, dakwaan mengatakan pelanggan terpaksa menunggu sehingga lima jam itu adalah tidak logik.
"Namun, jika benar individu berkenaan mengalami situasi itu, saya meminta maklumat terperinci bila kejadian itu berlaku bagi memudahkan tindakan diambil," katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, terdapat aduan yang mengatakan pejabat JPJ di Panji, Kelantan, hanya membuka beberapa kaunter sedangkan terdapat 15 kaunter di cawangan itu sehingga menyebabkan pengadu terpaksa menunggu hampir lima jam untuk urusan kenderaan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
