Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Harga Hyundai Creta Masih Kekal Misteri, Tapi Kalau Minat Sangat, Dah Boleh Tempah Dulu

Suhana Veru

Kongsi melalui


Bagi yang berminat, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah membuka tempahan Hyundai Creta di semua pusat pameran di seluruh negara.

Didatangkan dalam satu varian 1.5 Plus, manakala Creta disumbat dengan enjin 1.5 liter 4 silinder yang mampu menghamburkan kuasa setinggi  113 hp dan tork 143.8 Nm.

Hasil kuasa kemudiannya dihantar ke roda hadapannya (FWD) melalui kotak gear Smartstream Intelligent Variable Transmission (IVT), dimana ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanyadalam 12 saat.


Dari segi ukuran, Creta mempunyai kepanjangan 4,315 mm, 1,790 mm (lebar) dan setinggi 1,630 mm manakala jarak roda sekitar 2,610 mm. 

Berdasarkan ukuran ini, ia sebenarnya lebih kecil sedikit berbanding dengan Proton X50 dan Honda HR-V.

LUARAN:

Creta 1.5 Plus yang dibawa ke Malaysia dikatakan sama seperti model di Indonesia. Di hadapan, ia menampilkan rekaan Parametric Jewel manakala lampu nyalaan siang (DRL) LED ‘disorok’ di gril tersebut.


Sementara itu,  lampu hadapan LED dipisahkan dan diletakkan pada bahagian kiri dan kanan bampar.

Jentera ini juga menerima rim aloi bersaiz 17 inci.

KABIN:

Dikhabarkan, Creta bakal hadir dengan kluster TFT LCD berukuran 10.25 inci, skrin sentuh sistem infotainmen lapan inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto wayarle.

Selain itu, bahagian sterengnya, ia dibalut dengan kulit, ada pelarasan teleskopik manual dan butang kawalan audio, serta empat mod pemanduan untuk dipilih.


Antara kelengkapan lain ialah, empat speaker ditambah dua sistem bunyi tweeter, sistem kamera pandangan belakang dengan panduan tempat letak kereta, tiga port USB, ada saluran iklim belakang, serta kunci pintar dengan butang push start.

CIRI-CIRI KESELAMATAN:


Dari segi ciri keselamatan, ia dilengkapi dengan:

Sistem ADAS

Bantuan Mengelak Perlanggaran Hadapan

Pengelakan Pelanggaran Titik Buta (BCA)

Bantuan Kekal Laluan (LKA)

Bantuan Ikut Laluan (LFA)

Amaran Tumpuan Pemandu (DAW)

Bantuan Pengelakan Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang (RCCA)


Buat masa ini, HSDM masih belum mendedahkan harganya namun ia dijangka berharga antara RM100,000 hingga RM130,000.

Apa pula pandangan anda mengenai Creta?

Kongsikan pendapat anda!

Gallery

Tag:

Hyundai Creta
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kereta Baru

DILANCAR: Hyundai Creta Dah Masuk M'sia, Harga RM149K

HSDM melancarkan Hyundai Creta, sebentar tadi.

28-04-2023
Kereta Baru

04-11-2023
Berita Auto

Hyundai Santa Fe Facelift Bakal Tiba Di Malaysia Sebagai Model CKD

Hyundai Santa Fe generasi keempat versi facelift bakal membuat kemunculan tempatan tidak lama lagi.

04-10-2023
EV

Hyundai Dah Mula Jual Ioniq 6

Hyundai Ioniq 6 akhirnya sudah menembusi pasaran Filipina pada minggu lalu.

26-06-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Imej Teaser Disiar: Tempahan Subaru Forester Gen Ke-6 Sudah Dibuka

Pengimport dan pengedar rasmi Subaru, Motor Image Malaysia Sdn Bhd, menyiarkan gambar Subaru Forester generasi keenam yang baharu di media sosial, baru-baru ini.

22-09-2025
Kereta Baru

Nissan Navara X-Tremer 2025 Sudah Berada Di Bilik Pamera, Harga Bermula Daripada RM134,800

Nissan Navara X-Tremer 2025 kini sudah berada di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara.

19-09-2025
Kereta Baru

Suzuki Fronx Ditayang Lagi, Tempahan Sudah Dibuka

Suzuki Fronx di bakal dilancarkan di pasaran tempatan, tidak lama lagi.

18-09-2025
Kereta Baru

Dilancar: Chery O5 Selamat Mendarat Ke Malaysia, Hanya 1 Varian, Harga Cuma RM116,800

Chery Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya Chery O5 yang merupakan nama baharu bagi Omoda 5 facelift, sebentar tadi.

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025 Kini Di Pasaran – Harga Sama Tetapi Lagi Bergaya, Dari RM292,800

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) membuat pelancaran ‘mengejut’ model ketiga hari ini iaitu Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025.

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition Kini Di Pasaran – Dari RM538,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian edisi terhad, Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition, sebagai 'lambaian terakhir' kepada model CLA generasi kedua (C118).

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM722,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah melancarkan model terbaru dalam ‘keluarga’ coupe AMG, iaitu Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe.

10-09-2025
Kereta Baru

VCM Dedah Volvo XC60 2025 Sudah Masuk Malaysia, Harga Bermula Dari RM333,888

Volvo Car Malaysia (VCM) secara rasmi mengumumkan ketibaan model paling laris secara global yang sudah diperbaharui lagi iaitu Volvo XC60 2025.

10-09-2025