Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pertama Dalam Sejarah Automotif: Kad Kredit Mercedes-Benz, Pelanggan Nikmati Pelbagai Tawaran Eksklusif

Suhana Veru

Kongsi melalui


Buat julung kalinya, Mercedes-Benz Financial  melancarkan kad kredit logam bagi membolehkan para penggunanya menikmati pelbagai tawaran eksklusif.

Untuk itu, Mercedes-Benz menjalinkan kerjasama eksklusif dengan Maybank bagi memperkenalkan kad kredit yang mengutamakan industri di seluruh negara.

Sebagai sebahagian daripada perkongsian ini, Visa, peneraju dunia dalam pembayaran digital, akan menjadi rangkaian pembayaran eksklusif.

Pengenalan kad kredit itu adalah antara pertama kali diperkenalkan dalam sejarah automotif yang menawarkan gaya dan kemudahan bagi memenuhi urusan perbankan pengguna.

Perkhidmatan itu disediakan selepas pihak Mercedes-Benz Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Maybank.

Pengarah Urusan Mercedes-Benz Services Malaysia, Anamika Talwar berkata, berkata pihaknya teruja untuk melancarkan produk kad kredit pertama dengan Maybank dan Visa, sekali gus melengkapkan pengalaman jenama mewah untuk pelanggan.

"Kad Mercedes-Benz direka untuk memperkayakan pengalaman pemegang kad," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Mercedes-Benz GLC300 4Matic 2023 yang diadakan di Desa Parkcity, pagi tadi. 

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Kanan Maybank dan Ketua Kad, Kumpulan Perkhidmatan Kewangan Komuniti, B. Ravintharan pula berkata, Maybank berbesar hati untuk bekerjasama dengan Mercedes-Benz dan menjadi yang pertama dalam sejarah automotif Malaysia memperkenalkan kad istimewa logam yang menawarkan faedah eksklusif dan mewah kepada pelanggan.

"Sebagai peneraju pasaran untuk kad di Malaysia, Maybank terus menawarkan perkhidmatan yang berteraskan pelanggan dengan tawaran nilai tambah dan produk terbaik dalam kelasnya untuk pelanggan," katanya.


Kad kredit ini membolehkan pelanggan memperoleh mata  apabila pembayaran dibuat untuk pembelian kereta Mercedes-Benz di mana-mana Autohaus di seluruh negara.

Pemegang kad kredit ini layak menikmati diskaun 10 peratus untuk  alat ganti, aksesori dengan mengumpul 10x TreatsPoints* dengan setiap RM1 yang dibelanjakan pada setiap lawatan.

Selain itu, kad itu juga menawarkan diskaun sehingga 8%* bagi Program Waranti Terhad Lanjutan Mercedes-Benz yang komprehensif dan diskaun sehingga 20% untuk program penggantian kereta Mercedes-Benz, MobilityPlus. 

MobilityPlus merupakan sebuah program penggantian kenderaan khusus buat para pelanggan yang memilih untuk membiayai atau menyewa dengan Mercedes-Benz Financial. 


Malah, pemegang kad juga boleh menikmati ganjaran lain iaitu 3% pulangan tunai untuk perbelanjaan petrol (terhad pada RM50 sebulan), percuma untuk keahlian Accor Plus Explorer*, diskaun makan sehingga 40%* di tempat makan premium di Hotel Marriott Bonvoy di Malaysia, serta bayaran percuma* di 100 padang golf di seluruh dunia dan banyak lagi.

Bagi pemohon kad kredit ini, mereka juga layak menikmati pengecualian yuran tahunan selama dua tahun manakala yuran tahunan tahun berikutnya akan diketepikan dengan perbelanjaan kad terkumpul sebanyak RM80,000 setahun. 

Bagaimanapun, permohonan terbuka kepada semua yang berpendapatan tahunan minimum RM100,000.

Untuk keterangan lanjut, layari www.mercedes-benz.com.my/mercedescard.

Tag:

Mercedes-Benz Malaysia
Mercedes-Benz Financial
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Dilancar: Mercedes-Benz G580 EQ 2025 - Harga Bermula RM958,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mercedes-Benz G-Class Mercedes-Benz G580 dengan Teknologi EQ ke pasaran tempatan di ibu negara, pagi tadi.

26-06-2025
Kereta Baru

Dilancar: Mercedes-AMG SL 63 S E Performance 2025 -Harga RM2.168 Juta

Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan varian tertinggi model roadster SL, Mercedes-AMG SL 63 S E Performance le pasaran tempatan.

05-06-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz EQS 450 4Matic SUV Dipertontonkan – Capai 673 KM, 355 HP, Dari RM625K!

Mercedes-Benz Malaysia hari ini telah mempertontonkan EQS 450 4Matic SUV. Ini yang anda patut tahu...

16-08-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG A45S 4Matic+ Limited Edition, RM558,888, HANYA Ada 10 Unit!

MBM melancarkan model terbaharunya, Mercedes-AMG A 45 S 4Matic+ Limited Edition, semalam

08-08-2024
Berita Auto

Peluang Pandu Uji Model Terkini di Acara Mercedes-Benz World 5-7 Julai Ini!

Mercedes-Benz World kini sedang berlangsung di KL Base. Apa yang menarik?

05-07-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG GLA 45 S 4Matic+ Kini Di Malaysia – Dari RM539,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Mercedes-AMG GLA45S 4Matic+ facelift. Ini spesifikasinya...

04-07-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG C63 S E Performance F1 Edition Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM958,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Mercedes-AMG C63 S E Performance. Ini spesifikasinya...

04-07-2024
Berita Auto

Mercedes-Benz, Toyota, Chery Dipanggil Balik

Para pemilik yang terlibat diminta membuat temujanji dengan pihak pengeluar kereta.

25-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Perodua Aruz Kini Ada Warna Baharu, Vintage Brown, Jangan Risau, Harga Aruz Masih Kekal!

Walaupun menerima warna baharu, namun tiada perubahan spesifikasi untuk Aruz.

05-08-2025
Berita Auto

Jejalah MISI 5 – Proton e.MAS 5 Dekati Rakyat Malaysia Ogos-Oktober Ini

Kenderaan elektrik (EV) kedua Proton yang dinanti-nantikan ramai, Proton e.MAS 5, bakal membuat kemunculan di seluruh Malaysia melalui siri jelajah MISI 5 Proton e.MAS 5.

05-08-2025
Berita Auto

Perincian Penyasaran Subsidi RON95 Diumum Sept 2025

Kementerian Kewangan mengesahkan perincian pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 bakal diumumkan menjelang akhir September ini.

05-08-2025
Berita Auto

Ford Mustang Langgar Tiang Elektrik, Suami Isteri Maut

Gara-gara hilang kawalan, pasangan suami isteri maut selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kilometer 13 Jalan Segamat-Kuantan, semalam.

05-08-2025
Berita Auto

Perkhidmatan Aerotrain Tergendala Lagi Sebab Masalah Teknikal

Aerotrain KLIA tergendala lagi, MAHB mohon maaf.

05-08-2025
Berita Auto

Penyasaran Subsidi RON95, Sistem Padu Jadi Rujukan

Sistem Pangkalan Data Utara (PADU) akan menjadi rujukan pelaksanaan subsidi bersasar RON95, sementara menunggu pelaksanaannya secara menyeluruh.

04-08-2025
Berita Auto

2 Maut, Nahas 2 Treler, Leburaya PLUS Berhampiran Sungkai Sesak 15KM

Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua treler di Kilometer (KM) 372.1 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) berhampiran Sungkai, petang tadi.

04-08-2025
Berita Auto

Lagi Warga Singapura Isi RON95 Di JB, KPDN Johor Sedang Siasat

Tular warga Singapura isi RON95 dalam botol plastik besar di Johor.

04-08-2025