Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sime Darby Motors Masuki Pasaran Automotif Indonesia

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Bangunan Sime Darby Motors


Sime Darby Berhad tembusi pasaran automotif Indonesia melalui syarikat PT Performance Motors Indonesia yang ditubuhkan hasil kerjasama antara anak syarikatnya, Sime Singapore Ltd. dan Galeon Group. 


Pengumuman ini menandakan kemasukan rasmi syarikat Sime Darby Motors ini dengan pembukaan dua pusat pengedaran di Jakarta dan Medan, mewakili jenama BMW dan MINI. Ini menjadi batu loncatan bagi pengembangannya ke wilayah lain di Jawa dan Sumatera.


Sebagai salah satu pasaran automotif terbesar di rantau ini, Indonesia merupakan pasaran yang penting bagi Sime Darby Berhad. Usaha ini selaras dengan strategi Sime Darby Berhad untuk memperluas operasinya di Asia Pasifik. 



BMW 330Li M Sport


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad, Dato' Jeffri Salim Davidson berkata, "Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Galeon Group untuk merealisasikan rancangan pengembangan kami. Galeon, yang telah berkecimpung dalam perniagaan automotif sejak tahun 1989, memiliki kepakaran yang berkaitan industri automotif tempatan." 


Ketua Pengarah BMW Group Indonesia, Ramesh Divyanathan berkata, kemasukan Sime Darby Motors ke dalam rangkaian pengedar BMW Group Indonesia adalah sangat dialu-alukan. 


Logo BMW


"Ini adalah tanda keyakinan yang jelas terhadap kehadiran BMW Group Indonesia dengan prestasi jualan yang kukuh jenama BMW dan MINI dalam pasaran ini di mana kedua-duanya mencatat rekod baharu pada 2022," katanya.


MINI Cooper SE


Pengarah Galeon Group, Leonel Gozali, berkata, kerjasama dengan Sime Darby dapat membantu mempercepatkan pertumbuhan melalui pengembangan jenama dengan MINI selain dapat memperluaskan kawasan operasi. 


"Sime Darby mempunyai pengalaman bernilai dalam sektor automotif merentasi rantaian nilai dan akan menjadi rakan yang hebat untuk berkembang bersama-sama.


"Dengan kekuatan automotif Sime Darby dan pengalaman BMW, sistem sokongan yang mantap, serta keupayaan kewangan mantap bagi menyokong pertumbuhan, kami yakin bahawa kerjasama ini akan membawa kejayaan," katanya.

Tag:

Sime Darby Motors
Sime Darby Berhad
Sime Darby Indonesia
BMW Group Indonesia
Galeon Group
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Sime Darby Terpaksa Tutup 9 Cawangan Di China – Persaingan Terlalu Sengit

Sime Darby Bhd menjangkakan tahun yang mencabar bagi divisyen automotifnya susulan peningkatan persaingan akibat lambakan kenderaan dari negara China.

26-02-2025
Berita Auto

Sime Motors AutoArena: Promosi & Pandu Uji Pelbagai Jenama Kereta Di Stadium Bukit Jalil, 10-12 Januari

Jom rasai pengalaman membeli kereta di stadium! Bermula hari ini hingga 12 Januari 2025, Sime Motors menganjurkan Sime Motors AutoArena, acara automotif pertama yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

10-01-2025
Berita Auto

Sime Darby Motors, UMW Holdings Kini Dengan Nama Baharu, Sime Motors & Sime UMW

Sime Darby Berhad baru-baru ini melaksanakan langkah penjenamaan semula secara besar-besaran, termasuk menukar nama dua anak syarikat utamanya. Sime Darby Motors kini dikenali sebagai Sime Motors, manakala UMW Holdings diberi nama baharu, Sime UMW.

20-11-2024
Berita Auto

BYD Tarik Balik Atto 3, Dolphin HANYA Di Pasaran China," - Sime Darby Motors

Sime Darby Motors meminta pemilik BYD di sini tidak perlu bimbang susulan daripada langkah penarikan balik itu.

02-10-2024
Kereta Baru

BYD Atto 3 Kini Dengan Spesifikasi Lebih Tinggi, Bateri 21% Lebih Besar – Harga Kekal RM149,800

Sime Darby Motors melancarkan varian terbaru bagi crossover elektrik terlaris mereka, BYD Atto 3. Kali ini dengan spesifikasi lebih tinggi.

06-09-2024
Berita Auto

Pusat Servis Sehenti Sime Darby Drivecare KL: Lengkap, Mampu Milik & Selesa

Sime Darby Motors (SDM) telah melancarkan Drivecare, pusat servis sehenti di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

26-06-2024
EV

SDM Edar Xpeng Di Hong Kong

Xpeng akan melancarkan dua model baharunya di Hong Kong.

15-04-2024
Berita Auto

UMW Holdings Kini 100% Milik Sime Darby

Sime Darby Berhad kini pemegang 100% kepentingan UMW Holdings Berhad (UMW).

24-03-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto