Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sudah Dibuka: Sime Darby Motors Buka Pusat Baiki, Cat Badan Kereta Di P.Pinang

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sime Darby Motors secara rasminya telah melancarkan Pusat Membaiki & Mengecat Badan Kenderaan Berpusat pertama di Pulau Pinang  baru-baru ini.

Pusat servis bernilai RM3 juta itu terletak di atas tanah berkeluasan kira-kira 20,000 kilometer persegi.

Ia dilengkapi dengan empat ruang mekanikal yang terdiri daripada alat pengangkat, ruang kegunaan berat (kerja membaiki badan),  ruang perataan kering, ruang persediaan dan satu ruang khas penyemburan.

Untuk makluman, Sime Darby Motors juga terlibat dalam penjualan runcit kenderaan BMW, MINI, Motorrad, BYD, Volvo, Jaguar, Land Rover, Ford, Hyundai dan juga kenderaan terpakai berkualiti menerusi Sime Darby Auto Selection.

Fasiliti ini dikatakan mampu menyelenggara sehingga 80 unit kenderaan yang memerlukan kerja pembaikan badan dalam masa sebulan.

Pengarah Urusan Sime Darby Motors, Asia Tenggara, Hong Kong &Macau, Jeffrey Gan berkata, dengan adanya kemudahan baharu itu, , kerja-kerja untuk pembaikan dan baik pulih akan diselaraskan bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan mematuhi piawaian kualiti terperinci jenama.

“Ia juga akan mempercepatkan kerja pembaikan dan baik pulih sekali gus  mengurangkan tempoh pelanggan kami tidak dapat menggunakan kenderaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Jeffrey, kemudahan itu  mempunyai kelengkapan sewajarnya untuk menyediakan perkhidmatan yang komprehensif.


“Pengguna dijamin mendapat perkhidmatan bermutu tinggi selain terdapat juga khidmat servis asas, pembaikan kemalangan, kerja cat dan juga penyediaan dokumen yang diperlukan untuk tuntutan insurans.”

“Kami mempunyai pakar-pakar terlatih yang akan memastikan semua kerja pembaikan dan penyenggaraan dilakukan mengikut garis panduan yang ditetapkan daripada syarikat prinsipal pelbagai jenama di bawah naungan kami," tambahnya.


Bagi yang berminat untuk mengunjungi fasiliti ini, ia terletak di 191, Jalan Sungai Pinang 10150 Georgetown,Pulau Pinang.


Gallery

Tag:

Sime Darby Motors
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Sime Darby Terpaksa Tutup 9 Cawangan Di China – Persaingan Terlalu Sengit

Sime Darby Bhd menjangkakan tahun yang mencabar bagi divisyen automotifnya susulan peningkatan persaingan akibat lambakan kenderaan dari negara China.

26-02-2025
Berita Auto

Sime Motors AutoArena: Promosi & Pandu Uji Pelbagai Jenama Kereta Di Stadium Bukit Jalil, 10-12 Januari

Jom rasai pengalaman membeli kereta di stadium! Bermula hari ini hingga 12 Januari 2025, Sime Motors menganjurkan Sime Motors AutoArena, acara automotif pertama yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

10-01-2025
Berita Auto

Sime Darby Motors, UMW Holdings Kini Dengan Nama Baharu, Sime Motors & Sime UMW

Sime Darby Berhad baru-baru ini melaksanakan langkah penjenamaan semula secara besar-besaran, termasuk menukar nama dua anak syarikat utamanya. Sime Darby Motors kini dikenali sebagai Sime Motors, manakala UMW Holdings diberi nama baharu, Sime UMW.

20-11-2024
Berita Auto

BYD Tarik Balik Atto 3, Dolphin HANYA Di Pasaran China," - Sime Darby Motors

Sime Darby Motors meminta pemilik BYD di sini tidak perlu bimbang susulan daripada langkah penarikan balik itu.

02-10-2024
Kereta Baru

BYD Atto 3 Kini Dengan Spesifikasi Lebih Tinggi, Bateri 21% Lebih Besar – Harga Kekal RM149,800

Sime Darby Motors melancarkan varian terbaru bagi crossover elektrik terlaris mereka, BYD Atto 3. Kali ini dengan spesifikasi lebih tinggi.

06-09-2024
Berita Auto

Pusat Servis Sehenti Sime Darby Drivecare KL: Lengkap, Mampu Milik & Selesa

Sime Darby Motors (SDM) telah melancarkan Drivecare, pusat servis sehenti di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

26-06-2024
EV

SDM Edar Xpeng Di Hong Kong

Xpeng akan melancarkan dua model baharunya di Hong Kong.

15-04-2024
Berita Auto

UMW Holdings Kini 100% Milik Sime Darby

Sime Darby Berhad kini pemegang 100% kepentingan UMW Holdings Berhad (UMW).

24-03-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah

Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.

03-04-2026
Berita Auto

RON95 Terendah Di Dunia

Harga minyak RON95 di negara ini masih antara yang terendah di dunia.

03-04-2026
Berita Auto

Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?

Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.

03-04-2026
Berita Auto

Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV

Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.

03-04-2026
Berita Auto

Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman

Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,

03-04-2026
Berita Auto

Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok

Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.

03-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026