- Berita
- EV
- Beli EV Volvo Di Hujung Jari! Semua Model Pure Electric Kini Tersedia Dalam Talian
Beli EV Volvo Di Hujung Jari! Semua Model Pure Electric Kini Tersedia Dalam Talian

Volvo Car Malaysia (VCM) hari ini telah mengemaskini platform 'Online Sales’ yang baru dilancarkan dengan penawaran kesemua model Pure Electric Volvo melalui platform ini.
Pembaharuan yang dibuat pada platform jualan Volvo Malaysia ini melambangkan komitmen VCM dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam segmen kenderaan elektrik mewah tempatan.

Volvo Car Malaysia telah mengemaskini platform e-dagang yang kini dilengkapi info ketersediaan stok
Selain memudahkan pembelian kenderaan secara dalam talian, platform e-dagang ini juga membolehkan pelanggan berurusan terus dengan VCM, tanpa perlu melalui mana-mana pihak tengah. Sistem juga lebih telus yang mana pelanggan kini diberikan akses kepada info mengenai ketersediaan stok semasa VCM, serta harga jualan sebenar kenderaan.

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump berkata, “Sejak pengenalan platform ‘Online Sales’, perjalanan pelanggan kami untuk membeli sebuah kereta Volvo telah menjadi lebih baik. Ia juga dibantu oleh ketelusan dan ketersediaan stok kereta kami.
“Setakat hari ini, platform ini telah menyediakan rangkaian penuh model Pure Electric kami, dan kami merancang untuk mengintegrasikan lebih banyak lagi model kereta Volvo di platform tersebut tidak lama lagi,” katanya.


Volvo XC40 Recharge Pure Electric & Volvo C40 Recharge Pure Electric, dua model ini ditawarkan dalam barisan kereta EV Pure Electric Volvo
Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan Volvo C40 Recharge Pure Electric kini boleh didapati melalui platform e-dagang Volvo, di mana anda boleh membuat tempahan dan pembayaran secara terus kepada VCM.
PROMOSI VOLVO

Pelanggan yang mendaftarkan Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan Volvo C40 Recharge Pure Electric dari 1 Mei hingga 30 Jun akan menerima baucar pemasangan wallbox pengecas bernilai RM7,000 secara percuma, serta pelan insurans kereta Volvo selama satu tahun.
PANDU UJI
Selain membuat pembelian, pelanggan yang berminat juga boleh menempah sesi pandu uji melalui laman web Volvo Car Malaysia atau dengan menghubungi mana-mana penjual Volvo yang sah untuk mencuba mana-mana kereta elektrik Volvo.
MAKLUMAT LANJUT
Dapatkan maklumat lanjut dengan melayari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di http://bit.ly/VolvoMY-IG.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv