Link Copiedcheck_circle
EV

BMW i40, EV Sepenuh, Harga 430K

Suhana Veru

Kongsi melalui


BMW Malaysia memperkenalkan beberapa model baharunya termasuk BMW i4 M50 pada Malaysia Autoshow 2023. 

Untuk makluman anda, ia merupakan varian EV bagi model i4 eDrive40.

Ketibaan jentera elektrik BMW M ini bakal memahat tanda aras yang baharu bagi prestasi pemanduan elektrik yang sebenar di Malaysia.

BMW i4 M50 yang merupakan kenderaan elektrik berjata M  pertama di dunia yang bakal menawarkan pemanduan yang cukup mengujakan.


Difahamkan, dua motor BMW M eDrive dimuatkan di dalam BMW i4 M50 dimana ia dipasang di gandar hadapan dan belakang.

Ini bermakna, ia mampu menghamburkan kuasa tidak kurang daripada 544 hp dan 795 Nm.

Ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 3.9 saat manakala kelajuan tertingginya pula mencecah 225 km/j.

Dengan penggunaan tenaga sebanyak 24 – 19 kWj/100 km, kenderaan ini merekodkan jarak operasi elektrik sejauh 510 kilometer (berdasarkan kitaran WLTP). 


Untuk pengecasan, model ini mengambil masa 8 jam 15 untuk untuk mencapai pengecasan penuh menerusi pengecas AC 11 kW.

Sistem pengecas pantas DC berkapasiti 200 kW pula boleh mengecas bateri dari 10% hingga 80% dalam tempoh 31 minit sahaja.

Selaras dengan sambutan ulang tahun divisyen itu, i4 M50 untuk pasaran Malaysia didatangkan standard dengan logo 50 tahun BMW M. 


Penampilan sporty model ini diserlahkan lagi menerusi kit M Aerodynamics, spoiler belakang M dan diffuser berwarna hitam.


Sementara itu, ruang dalamannya dihiasi dengan trim interior M berserta kemasan gentian karbon, pelapik bumbung anthracite, tempat duduk depan M Sport, tali pinggang keledar M, panel instrumen Sensatec dan bumbung kaca elektrik. 

Ciri BMW IconicSounds Electric menjana ‘bunyi enjin’ M yang sporty.


Sistem keselamatan merangkumi Perlindungan Akustik untuk Pejalan Kaki, Bantuan Pemanduan Profesional, Bantuan Parkir dan Perlindungan Aktif.


Selain itu, M50 juga didatangkan dengan  pakej Driving Assistant Professional, Brek Kecemasan Autonomi (AEB), kawalan jelajah adaptif dengan Stop/Go, bantuan ke tengah lorong, bantuan mengekalkan lorong, peninjau titik buta, peninjau titik buta dan pengelak perlanggaran. 

Terdapat  lampu tinggi adaptif, bantuan parkir dan sistem kamera 360-darjah.


i4 M50 boleh didapati dalam warna Mineral White, Black Sapphire, M Brooklyn Grey, M Portimao Blue dan Sanremo Green. Upholsteri bahagian dalaman pula disediakan dalam kulit Vernasca berwarna hitam dengan sulaman berkontras biru dan kulit Vernasca dalam warna Cognac.

Harga bermula adalah RM430,800. Bagi bateri pula, ada jaminan lapan-tahun/160,000 km.

Tag:

BMW Malaysia
BMW i4
BMW M50
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-01-2026
Berita Auto

15-01-2026
Kereta Baru

20-06-2025
Berita Auto

06-03-2025
Pandu Uji

13-02-2025
Berita Auto

16-01-2025
Kereta Baru

16-01-2025
Berita Auto

28-11-2024

Berita Terkini

EV

Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.

17-04-2026
EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026