Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_TA_CariCarz_BMW-iX1-L-launch_-3.jpg


BMW Group Malaysia awal hari ini telah memperkenalkan 2026 BMW iX1 eDrive20L M Sport. jawapan buat mereka yang mahukan bukan sahaja sebuah jentera mewah tetapi dengan keselesaan luar biasa. 


Huruf 'L' pada namanya bukan sekadar ‘hiasan’ tetapi membawa maksud Long-Wheelbase (LWB) atau jarak roda yang panjang.


Apakah Perbezaan Antara iX Versi 'L' Dengan Standard?


03.-All-New-BMW-iX1-eDrive20L-M-Sport.jpg


Varian LWB (kod casis: U12) hadir dengan saiz badan lebih panjang, sebanyak 116 mm berbanding dahulu, dengan jarak roda yang ditambah sebanyak 110 mm. Rekaan kali ini memberikan penumpang belakang ruang kaki tambahan sehingga 81 mm dan lutut 107 mm. 


17.-All-New-BMW-iX1-eDrive20L-M-Sport.jpg


Bukan sekadar ruang, tahapa keselesaan juga diberikan peningkatan yang mana tempat duduk belakang kini menggunakan span yang lebih lembut dan tapak kusyen yang dipanjangkan sebanyak 15 mm untuk sokongan paha yang lebih baik.


Adakah Ruang But Juga Jadi Lebih Besar?


15.-All-New-BMW-iX1-eDrive20L-M-Sport.jpg14.-All-New-BMW-iX1-eDrive20L-M-Sport.jpg


Walaupun kapasiti but standard kekal pada 490 liter, kelebihan varian L ini terserlah apabila tempat duduk belakang dilipat. Jika dibandingkan dengan versi standard yang menawarkan kapasiti but maksimum 1,495 liter, versi L meningkat kepada 1,600 liter. Pintu but masih didatangkan dengan sistem bukaan secara automatik untuk memudahkan urusan menaikkan dan menurunkan barang. 


Bagaimana Pula Dengan Prestasi Enjin Dan Jarak Gerak Model Ini?


22.-All-New-BMW-iX1-eDrive20L-M-Sport.jpg


BMW iX1 eDrive20L berkongsi enjin yang sama dengan model standard. Ia menggunakan unit motor elektrik tunggal pada gandar hadapan (FWD).

  • Output: Menghasilkan 204 hp (150 kW) dan tork 250 Nm.
  • Pecutan: 0-100 km/j dalam masa 8.6 saat.
  • Jarak Gerak (WLTP): Disebabkan beratnya meningkat sedikit (2,024 kg), jarak perjalanan adalah sekitar 402 hingga 433 km. Sedikit rendah berbanding versi standard, namun masih sangat praktikal untuk kegunaan harian. 

Sejauh Mana Kepantasan Pengecasan BMW iX1 LWB Ini?


Pemilik tidak perlu menunggu lama di stesen pengecasan. Spesifikasinya kekal kompetitif untuk standard tahun 2026. Model ini menyokong sistem pengecasan pantas DC sehingga 130 kW. Masa yang diambil untuk dicas dari 10% ke 80% hanyalah 32 minit sahaja. Pengecasan selama 10 minit mampu memberikan jarak perjalanan tambahan sejauh 120 km. Untuk pengecas AC, output yang diterima ialah 11 kW. 


Apakah Ciri Mewah Dan Teknologi Menarik Yang Ditawarkan?


08.-All-New-BMW-iX1-eDrive20L-M-Sport.jpg07.-All-New-BMW-iX1-eDrive20L-M-Sport.jpg13.-All-New-BMW-iX1-eDrive20L-M-Sport.jpg09.-All-New-BMW-iX1-eDrive20L-M-Sport.jpg


Hadir dengan pakej M Sport, iX1 eDrive20L ini nampak cukup garang dengan rim dua warna berukuran 19 inci dalam kemasan Shadowline yang berkilat. 


19.-All-New-BMW-iX1-eDrive20L-M-Sport.jpg20.-All-New-BMW-iX1-eDrive20L-M-Sport.jpg23.-All-New-BMW-iX1-eDrive20L-M-Sport.jpg


Di bahagian dalam, kemewahan BMW tetap terpancar:

  • Kabin Sporty: Stereng kulit M, kemasan aluminiu dan tempat duduk kulit Veganza rona merah (Castanea).
  • Teknologi Pintar: Paparan digital melengkung, pemanduan separa autonomi Tahap 2+, papar pandu (HUD) dan sistem audio Harman Kardon 205 watt.
  • Ciri Menarik Lain: Dilengkapi dengan Panoramic Skyroof yang membuatkan kabin terasa lebih lapang.


Berapakah Harga Jualan BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026?


02.-All-New-BMW-iX1-eDrive20L-M-Sport.jpg


Model ini diimport sepenuhnya (CBU) dan ditawarkan dalam empat pilihan warna yang menarik iaitu Mineral White, Brooklyn Grey, Skyscraper Grey dan Carbon Black. Untuk harga jualannya, dianggarkan bermula dari serendah RM255,000 (tidak termasuk pakej BMW Service & Repair Inclusive [BSRI]).

Tag:

2026 BMW iX1 eDrive20L M Sport
bmw ix1
BMW Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

15-01-2026
EV

20-04-2026
EV

23-08-2024
EV

10-05-2024
Kereta Baru

30-04-2024
EV

05-09-2023
Video

08-05-2023
Berita Auto

Berita Terkini

Kereta Baru
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026
Kereta Baru
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026