Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BMW Mahu Ubah Persepsi Orang Ramai Tentang Juruteknik

Suhana Veru

Kongsi melalui


Bagi mengubah persepsi awam mengenai juruteknik automotif, BMW Group Malaysia berkongsi kisah inspirasi juruteknik yang menyertai program Persijilan Pakar Voltan Tinggi BMW , baru-baru ini.

Program yang diiktiraf secara global ini telah dirumus untuk memajukan tenaga kerja kenderaan elektrik (EV) tempatan.

Ia merupakan satu program yang unik bagi pengeluar kenderaanpremium tersebut di luar pesisir Munich, Jerman.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, video terkini itu sebenarnya bertujuan tuntuk mengubah stereotaip sedia ada mengenai juruteknik automotif yang dianggap sebagai pekerja kolar biru.

“Mereka memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dan kemahiran teknikal diperlukan dalam bidang IT dan sistem elektrikal untuk berjaya dalam kerjaya ini. 

“Kerjaya dalam medan automotif, khususnya bagi juruteknik yang mempunyai kemahiran EV, sebenarnya dapat bersiap sedia dalam menghadapi masa depan,” katanya dalam satu kenyataan. 

Perkara itu, katanya, dibuktikan melalui kisah-kisah yang berkisarkan tiga Pakar Voltan Tinggi yang baru ditauliahkan daripada jaringan wakil pengedar BMW, di samping para pelatih berkemahiran tinggi daripada Pusat Latihan Serantau BMW Group.


Menerusi bahagian satu, video berkenaan menayangkan apa yang diperlukan untuk menjadi Pakar Voltan Tinggi di Malaysia.

Sementara itu, bahagian 2 pula mempameran bagaimana BMW Group Malaysia meningkatkan kemahiran tenaga kerja EV tempatan dan mengubah persepsi terhadap juruteknik automotif dengan program Persijilan Pakar Voltan Tinggi BMW.

Untuk makluman anda, Pakar Voltan Tinggi BMW merupakan bakat berkemahiran khusus yang akan berurusan dengan kenderaan elektrik BMW di aras yang tertinggi. 


Dijalankan di Pusat Latihan Serantau BMW Group yang terletak di Malaysia, program tersebut yang memperakui Pakar Voltan Tinggi BMWmembolehkan khidmat servis dan pembaikan kenderaan BMW i yang tercanggih ditawarkan di seluruh dunia.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, semangat yang ditunjukkan oleh para Pakar Voltan Tinggi berjaya mengangkat program ini ke aras lebih tinggi walaupun berhadapan dengan cabaran yang besar serta sesi-sesi latihan yang intensif untuk memperoleh sijil.

“Kami berharap video-video ini dapat merangkap semangat tersebut dan memberi ilham kepada parajuruteknik beraspirasi yang lain untuk meningkatkan kemahiran mereka bagi memenuhi sambutan ke atas mobiliti elektro di Malaysia,”ujarnya. 

Gallery

Tag:

BMW Group Malaysia
bmwix
pakar voltan tinggi bmw
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Siapa Kata EV Tak Laku? BMW Buktikan Sebaliknya

BMW Group Malaysia sekali lagi membuktikan dominasi mereka sebagai pengeluar kenderaan premium nombor satu di tanah air bagi tahun kelima berturut-turut.

16-01-2026
EV

BMW & UM 'Terangi' Kawasan Pedalaman Guna Bateri EV Terpakai

BMW Group Malaysia mengukuhkan komitmen kelestarian mereka menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Malaya (UM).

16-01-2026
Kereta Baru

Harga BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 Diumumkan – CKD, Dari RM218,800

BMW Group Malaysia telah mengumumkan harga runcit rasmi bagi model baharu BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 yang kini dipasang secara tempatan (CKD).

04-07-2025
Kereta Baru

Harga BMW X3 20 xDrive M Sport 2025 Diumum, Cuma Berharga RM320,800

BMW Group Malaysia akhirnya mengumumkan harga runcit bagi model serba baharu BMW X3 20 xDrive M Sport 2025, sebentar tadi.

25-06-2025
Kereta Baru

BMW M340i xDrive M Sport Pro 2025 Kini Di Malaysia – Dari RM388,800

BMW Group Malaysia terus mengukuhkan barisan model 2025 untuk model 3 Series generasi ketiga (G20) dengan pelancaran rasmi BMW M340i xDrive M Sport Pro versi CKD.

20-06-2025
Kereta Baru

BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800

Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.

13-06-2025
Berita Auto

Ini Yang Menarik Di MY BMW World 2025 – Mula Esok, 13 Hingga 15 Jun

Setelah sedekad berlalu sejak pertama kali dianjurkan, MY BMW World kini kembali menghangatkan dunia automotif tempatan bagi tahun 2025.

12-06-2025
Kereta Baru

BMW M5 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Cecah 727 HP, Dari RM1,188,800

BMW Group Malaysia hari ini melancarkan sedan sport BMW M5 2025 dengan harga jualan bermula daripada RM1,188,800.

12-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto