- Berita
- Berita Auto
- Perubahan Jadual KTM Komuter Batu Caves ke Pulau Sebang - 29 Mei & 3 Jun
Perubahan Jadual KTM Komuter Batu Caves ke Pulau Sebang - 29 Mei & 3 Jun

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengumumkan perubahan jadual operasi perkhidmatan KTM Komuter bermula 29 Mei 2023 dan 3 Jun 2023. Perubahan waktu operasi tersebut hanyalah bagi laluan yang menghubungkan Batu Caves - Pulau Sebang - Batu Caves.
Jadual baharu ini diumumkan untuk membolehkan kerja-kerja naik taraf infrastruktur dan landasan dijalankan dengan lancar antara Stesen Bangi dan Seremban. Projek ini menyebabkan hanya satu landasan dibuka untuk perkhidmatan semua operasi keretapi KTMB dengan pengecualian Stesen Labu.

Pengguna KTM Komuter dinasihatkan untuk merujuk kepada jadual perjalanan keretapi terkini atau aplikasi KTMB.

Rancang perjalanan anda dengan awal untuk mengelakkan sebarang kelewatan.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

