Link Copiedcheck_circle
EV

EV di Sweden Dicas Semasa Meluncur di Jalan Raya Tahun 2025 Nanti

Sofea Najmi

8-5-2023

Kongsi melalui


Sebuah kenderaan yang dilengkapi penerima pengecas (charging receiver) dipandu di atas gegelung tembaga di tapak ujian Electreon Israel (Foto: .Tamir Kalifa | New York Times)


Sejarah bakal tercipta kerana buat pertama kalinya jalan raya bakal dilengkapkan dengan teknologi pengecas kenderaan elektrik (EV). Inilah yang akan dijadikan realiti di negara Sweden tidak lama lagi.


Sweden menyasarkan untuk menyediakan sistem jalan elektrik atau electric road system (ERS) yang membolehkan EV bergerak lebih jauh antara stesen pengecasan pada tahun 2025 nanti. 


Stesen pengecas EV, ChargeSini


Lebuh raya E20 yang terletak di tengah-tengah Stockholm, Gothenburg, dan Malmö, yang berkepanjangan lebih daripada 3,000 km telah dipilih sebagai lokasi pemasangan teknologi pengecas EV ini. Bagaimanapun, jenis teknologi jalan elektrik yang akan digunakan masih lagi belum diputuskan. 

 

Buat masa ini, Sweden telah menguji tiga teknologi jalan elektrik terbaik. Teknologi yang pertama adalah teknologi yang digunakan pada jalan berkepanjangan dua kilometer di Gävle, Sweden Tengah, yang menggunakan sambungan tali elektrik overhead seperti pada laluan kereta api untuk pengecasan melalui pantograf. 


Penggunaan tali pengecas yang diuji di lebuh raya Sweden


Kedua, adalah jalan elektrik sepanjang 1.6 kilometer di Gotland yang menggunakan gegelung cas yang diletakkan di bawah lapisan asfalt atau jalan. 


Sistem pengecas EV yang sedang bergerak di jalan raya bakal dijadikan realiti pada tahun 2025 nanti di Sweden


Akhir sekali, pada tahun 2018, Trafikverket memperkenalkan rel pengecasan pertama di dunia pada jalan berkepanjangan dua kilometer, yang mana trak elektrik perlu menurunkan tangan bergerak atau moving arm untuk ‘menyerap tenaga elektrik.'


Berdasarkan ujian yang dijalankan, teknologi pengecasan tanpa wayar dengan gegelung cas di bawah tanah membolehkan kenderaan bergerak dicas dengan lebih mudah, hampir menyamai teknologi pengecas Qi.


Penyelidik  mengesyorkan hanya 25% daripada rangkaian jalan raya di Sweden memerlukan teknologi ini. 

Tag:

Stesen Pengecasan
Pengecas EV
Kenderaan Elektrik
jalan pengecas EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Pengecas Pantas DC 80kW ChargeSini Kini Di Skudai, Johor

Pengecas kenderaan elektrik (EV) ChargeSini kini tersedia di Restoran Pekin Sutera.

18-08-2023
EV

6 Lagi Stesen Pengecas EV TNB Electron Akan Disediakan Tahun Ini

TNB Electron telah mengumumkan perancangan pembukaan lebih banyak fasiliti pengecasan di Malaysia sepanjang tahun 2023. Berikut adalah lokasinya...

13-03-2023
Berita Auto

Pengecas DC 22 kWh Mudah Alih Kempower Kini DIgunakan Di Petronas R&R Gambang

Pengecas pantas DC 180kWj (90kWj x 2) Petronas R&R Gambang Arah Timur kini tidak boleh digunakan buat sementara waktu.

10-03-2023
EV

Pengecas Percuma Kereta Elektrik MINI Dibuka Di Gurney Plaza, Pulau Pinang

Auto Bavaria, rangkaian pengedar sah BMW, BMW Motorrad dan MINI yang terbesar di Malaysia telah melancarkan pembukaan fasiliti pengecasan MINI di Gurney Plaza.

27-02-2023
EV

DC Handal Lancar Hab Pengecasan EV 1.2 MW Di Johor – Tiada Had Masa, Dari RM1.30 kWj

DC Handal secara rasmi melancarkan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbesarnya setakat ini.

28-03-2025
EV

CelcomDigi Sasar Bina 100 Pengecas EV Tahun Ini Dengan JomCharge & chargeEV

CelcomDigi kini menjalinkan kerjasama dengan pengendali stesen pengecasan (CPO) JomCharge dan chargEV untuk menyediakan infrastruktur EV di Malaysia.

04-03-2025
EV

BHPetrol Lancar Stesen Pengecas EV Pertamanya – DC 200 kW

BHPetrol secara rasmi melangkah masuk ke arena elektrifikasi dengan pelancaran stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) pertamanya di BHPetrol Jalan Genting Klang 1

21-02-2025
EV

Cas EV e.MAS 7 & smart Murah 30% Sempena Tahun Baharu Cina

Pemilik kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS 7 dan model keluaran anak syarikatnya, Pro-Net, iaitu smart #1 dan smart #3, dapat menikmati diskaun.

24-01-2025

Berita Terkini

EV

EV Bajet TQ Wuling Bingo Bakal Dilancarkan Di Malaysia – CKD, Bawah RM100,000?

Tan Chong Motor Holdings (TCMH) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkemuka China, SAIC-GM-Wuling (SGM Wuling).

05-05-2025
EV

Perak Mahu Perluas Stesen Cas EV, 500 Pengecas Akan Dibina Tahun Ini

Langkah itu sejajar dengan trend global ke arah pengurangan pelepasan karbon dioksida.

05-05-2025
EV

Thailand Laksana Cukai 'Mesra' PHEV, Malaysia Bila Lagi?

Kerajaan Thailand meluluskan penstrukturan semula cukai kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) yang akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2026.

05-05-2025
EV

Lebih 6,000 Tempahan di Malaysia, Kini e.MAS 7 Uji Pasaran Singapura

Selepas lebih sedekad, jenama automotif kebanggaan Malaysia, Proton, kini kembali ke pasaran Singapura.

05-05-2025
EV

Kena Intip: Perodua e.MO-II Sedang Diuji Di DUKE

Perodua e.MO-II sedang diuji di DUKE, baru-baru ini.

05-05-2025
EV

Jualan,Pengecasan EV Semakin Melonjak, Bagaimana Pula Langkah Lupuskan Bateri EV?

Biarpun, masih awal untuk bimbang mengenai pelupusan bateri, namun sudah tiba masanya, kerajaan sudah mula mewujudkan loji kitar semula bateri EV yang khusus.

03-05-2025
EV

Bateri CATL Tidak Boleh Terbakar, Meletup

CATL mengesahkan bahawa baterinya tidak boleh terbakar atau meletup, walaupun berlaku kegagalan haba dalaman .

02-05-2025
EV

Pameran Pertama Denza Malaysia Gegar TRX, Ini Yang Menarik

Denza Malaysia membuat kemunculan umum pertamanya di khalayak ramai setelah memasuki pasaran negara secara rasmi pada Februari lalu.

02-05-2025