Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Isuzu Fun Ride Meriah!

Suhana Veru

Kongsi melalui



Seramai 750 peserta menyertai acara kayuhan basikal Isuzu Fun Ride 2023 yang diadakan di Ipoh, Perak baru-baru ini.

Ia yang dianjurkan oleh Weng Fatt Otomobil, pengedar sah Isuzu Malaysia sebenarnya bersempena dengan pembukaan rasmi wajah baharu pusat 3S syarikat itu.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Pinji, YB Goh See Hua bersama Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe, serta Ketua Pegawai Operasi, Kenkichi Sogo dan Pengarah Weng Fatt Otomobil, Cheng Kah Yik.

Bercakap ketika permulaan acara, Goh memuji inisiatif Isuzu Malaysia dan Weng Fatt Otomobil kerana menganjurkan acara yang meraikan aktiviti mesra alam dan para peserta berpeluang menyelami keindahan bandar raya Ipoh.


“Acara seperti ini bukan sahaja membolehkan peserta lebih menghargai keindahan bandar tetapie menikmati acara kayuhan yang sesuai untuk semua tahap pengayuh. 

“Semoga organisasi lain juga akan mengambil inisiatif menganjurkan acara seumpamanya yang membolehkan kita lebih menghargai bandar yang kita diami,” katanya.

Untuk makluman anda,  Isuzu Fun Ride 2023 bermula dari kemudahan 3S Isuzu di Jalan Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Ia meliputi jarak 40 km dimana ia melalui pelbagai kawasan di sekitarnya, sebelum kembali semula ke bilik pameran berkenaan.


Sementara itu, Okazoe pula berkata, sebagai sebuah jenama yang prihatin terhadap alam sekitar sebagai teras perniagaannya, Isuzu sememangnya peka terhadap keperluan untuk membangunkan masyarakat yang bertanggungjawab dan sihat.

“Acara seperti ini menyediakan peluang tersebut untuk mewujudkan aktiviti bersama keluarga yang menyeronokkan serta sihat,” ujarnya.


Dikhabarkan, Isuzu Fun Ride di Ipoh akan menjadi pemula kepada aktiviti sama di tempat lain seperti yang sedang dirancang oleh pengedar Isuzu di seluruh negara. 

Ikuti pengumuman semasa di pickuptruck.isuzu.net.my atau https://www.facebook.com/ISUZU.DMax.Malaysia/.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026