Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perodua Ativa Masuk Perlumbaan Rali?

Suhana Veru

Kongsi melalui


Perodua Ativa atau lebih tepat lagi, kembar Daihatsu Rocky kini dilaporkan menyertai perlumbaan rali di Jepun.

Kereta rali ini adalah hasil ciptaan sukan permotoran dan penalaan Daihatsu yang dipanggil D-Sport Racing Team.

Walaupun terkenal dengan perlumbaan mereka menggunakan coupe kei Daihatsu Copen yang sporty, kereta rali Rocky ini nampaknya merupakan model tambahan baharu.

Apa yang cukup menarik ialah pelumbaan rali Daihatsu Rocky D-Sport Racing Team ini bersaing dalam kategori Open-E siri Cabaran Rali Toyota Gazoo Racing (TGR) 2023.


Membelek gamabr-gambarnya di laman sosial, kami mendapati transmisi automatik D-CVT dikekalkan dalam perlumbaan ini.

Apa yang boleh kami mengesahkan ialah jentera ini ditambahkan dengan pacuan semua roda (AWD) memandangkan ia  dibina menggunakan varian gred X Rocky.


Terdapat beberapa pengubahsuaian dimana beberapa mod yang ditawarkan itu mematuhi piawaian  peraturan keselamatan, dipasang dengan roll cage yang bertindak menghalang daya luar daripada sampai kepada pemandu manakala kerusi bucket dengan abah-abah enam mata.


Selain itum pengubahsuaian yang cukup menarik boleh dilihat menerusi sistem suspensinya. 

Nampaknya, D-Sport Racing Team telah memilih untuk menyempurnakan kereta rali Rocky ini dengan  D-Sport X-Spec dimana ia menghasilkan peningkatan ketinggian tunggangan Rocky 15 hingga 20 mm.


Rocky ini turut dilengkapi dengan satu set roda rali OZ Racing 15 inci yang disarungkan dalam tayar rali Advan A036.

Bahagian lain yang ketara termasuk plat calar aluminium di bawah bampar hadapan, serta kedua-dua pelindung tangki dan penutup pelindung diff ditambah pada bahagian bawah kereta inI.

Apapun, Daihatsu Rocky  mungkin kelihatan seperti pilihan yang tidak dijangka untuk menyertai rali, D-Sport Racing Team mungkin telah menunjukkan sisi yang agak sporty dari Rocky/Ativa dimana ramai yang tidak tahu sebaliknya. .


Apa yang penting, usaha itu mencerminkan  jenama Daihatsu masih terkenal untuk perlumbaan rali. 

Ia menduduki di tempat kelima secara keseluruhan dalam Rali Safari 1993 iaitu cuma satu anak tangga di belakang ST185 Toyota Celica Turbo.


Nampaknya, Perodua sememangnya bersemangat dalam perlumbaan rali pada zaman dahulu. 

Malah, pembuat kereta nasional itu ada mengendalikan pasukan kerja penuh yang diketuai oleh mendiang legenda hebat Garry Chua yang mendominasi Kejohanan Rali Malaysia. 


Usaha itu akhirnya melahirkan versi perlumbaan rali Kancil, Kelisa, Viva, serta Myvi.

Secara jelas, sekiranya Perodua memutuskan untuk memulakan semula usaha perlumbaan ralinya, dengan D-Sport Racing Team, ini membuktikan bahawa crossover Ativa adalah pilihan bijak.



Gallery

Tag:

Perodua Ativa
Daihatsu Rocky
d-sport racing team
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

12-08-2024
Global

10-05-2024
Berita Auto

20-12-2023
Berita Auto

15-08-2023
Berita Auto

26-05-2023
Pandu Uji

11-03-2023
Berita Auto

31-01-2023
Berita Auto

26-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto
Harga Petrol  Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah  Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Berita Auto
Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.

14-07-2026
Berita Auto
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan  Akhir Tahun Nanti

Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti

Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.

13-07-2026
Berita Auto
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.

12-07-2026