Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Malaysia Autoshow Yang Seterusnya Akan Lebih Gempak

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sebahagian pengunjung yang hadir pada hari ini. 

Institut Automotif, Robotik & IoT Malaysia (MARii), mengumumkan bahawa pihaknya telah merekodkan lebih 32,000 pengunjung pada hari pembukaan Malaysia Autoshow 2023.

Untuk itu, Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Azrul Reza Aziz mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta pameran, pasukan media dan vendor yang menyertai pameran kereta terbesar itu pada tahun ini.

Untuk makluman, setelah tertangguh tiga tahun akibat pandemik COVID-19, pameran automotif terbesar di Malaysia itu kembali semula untuk edisi 2023.

Bagi Malaysia Autoshow yang akan datang, Azrul Reza berkata, pihaknya mahu melakukan rancangan pra-pandemik dengan menganjurkan pamaran itu sekurang-kurangnya setiap tahun atau dua tahun sekali namun bergantung kepada keadaan.


Booth Marii di Hall D, MAEPS.

Menurutnya, MARii berhasrat untu untuk mengembangkan lagi acara itu dengan melibatkan lebih ramai pemain industri seperti pengeluar komponen termasuk pihak yang terlibat dengan sektor kenderaan tenaga baharu (NEV).

“Bagi menjadikan acara itu lebih berilmiah, MARii akan membabitkan lebih banyak sesi penglibatan dengan peneraju industri automotif, menganjurkan ceramah dan seminar dengan agensi kerajaan.


Antara produk yang dipamerkan Marii.

“Menerusi program seumpama itu nanti, orang ramai dibenarkan mengambil bahagian dalam topik yang menjadi perbincangan,”katanya ketika ditemui CariCarz.com, pagi tadi.

Bagi yang masih belum berkesempatan ke Malaysia Autoshow 2023, untuk makluman anda, pameran ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu “Malaysia EV Show,” “Malaysia Bike Show,” “Malaysia Car Accessories Show,” “Malaysia Bike Accessories Show” serta acara utama, “Malaysia Autoshow".


Pameran terbesar automotif ini sudah berlangsung dan akan berakhir pada 7 Mei. Ia sedang diadakan di MAEPS, Selangor.

Para pengunjung  boleh membeli tiket sekarang melalui laman web rasmi MAS, atau membuat pembelian secara terus dari kaunter tiket yang terletak berhampiran pintu masuk. 

Harga tiket bermula dari RM15 untuk rakyat Malaysia dan RM25 untuk bukan warganegara.

Gallery

Tag:

Malaysia Autoshow 2023
Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Tempahan Trak Pikap GWM Cannon Ultra Kini Dibuka

Tempahan untuk trak pikap baharu syarikat, GWM Cannon Ultra, kini telah dibuka.

22-08-2023
Berita Auto

Subaru Forester Facelift Dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023

Subaru Forester GT facelift 2023 dengan kit badan GT khas telah dipamerkan di booth Subaru MAS 2023.

09-05-2023
Kereta Baru

Trak ke RAKSASA? Itu Dia Trak Cannon

Great Wall Malaysia menayangkan trak pikap terbaharunya, Cannon di Malaysia Autoshow 2023.

05-05-2023
EV

Konsep EV Perodua EMO: ‘Myvi’ Elektrik Yang Dinanti-Nantikan?

Perodua mempertontonkan model konsep EMO pada skala 1:6 di Malaysia Autoshow 2023.

03-05-2023
Berita Auto

[LANGSUNG] Hari Media Malaysia Autoshow 2023: Senarai Pelancaran & Pameran Yang Berlangsung

Klik untuk perkembangan terkini secara langsung Hari Media Malaysia Autoshow 2023.

03-05-2023
Berita Auto

Art of Speed 2025 Bertema “Kustom Ada Gaya" 26-27 Julai Nanti, Ini Yang Menarik...

Festival Kustom & Counter Culture terbesar di Malaysia, Art of Speed 2025 (AOS 2025), bakal kembali dengan tema baharu “Kustom Ada Gaya”.

04-07-2025
Berita Auto

Jom ke Art of Speed 2024 pada 27-28 Julai ini! Apa yang Menarik?

Lebih besar dan menarik dari sebelum ini! Itulah yang dijanjikan kepada peminat dunia Kustom & Counter Culture.

03-07-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026