Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Intro Synergy Nak Bawa Masuk Lebih Banyak EV

Suhana Veru

Kongsi melalui


Selepas menayangkan kenderaan elektrik,  Neta V pada Malaysia Autoshow 2023, Intro Synergy berhasrat untuk memperkenalkan lebih banyak model daripada jenama milik Hozon New Energy Auto.

Antaranya, Neta U dan Neta S. Bagaimanapun, kedua-dua model ini dijangka tiba di Malaysia sekitar tahun hadapan dan tahun 2025.


Anak syarikat milik penuh GoAuto Group itu juga menyatakan bahawa ia telah menandatangani perjanjian dengan Hozon Auto untuk melabur sehingga RM300 juta.


Ia bertujuan untuk membangunkan rangkaian jualan dan selepas jualannya, serta loji untuk pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia.


Buat permulaan, Neta U akan tiba pada suku kedua tahun 2024, dimana jentera ini menampilkan gaya yang agak ekspresif memandangkan terdapat garis bumbung yang condong, lampu belakangnya agak lebar manakala lampu nyalaan siang hari adalah T.


SUV crossover ini menggunakan bateri litium ternary berkapasiti 54.32 (standard) atau 81.57 kWj (Pro) untuk menghamburkan kuasa 161hp  (atau 120 kW) dan 210 Nm, atau 201 hp (atau 150 kW) dan 310 Nm dalam bentuk Neta U Pro yang lebih tinggi.

Sama seperti  Neta V, Neta U turut menampilkan pelbagai teknologi termasuk paparan skrin antara muka, pembantu digital AI serta ciri pemanduan separa autonomi Tahap 2+.

Untuk makluman anda, Neta U agak besar sedikit berbanding Neta V. Buat masa ini, hanya Neta V dibawa masuk ke Malaysia Autoshow 2023.

Ia merupakan salah satu EV paling mampu milik setakat ini.


Mengenai Neta S pula, ia  akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2025.

Reka bentuk bukan sahaja untuk tayangan semata-mata namun Neta mendakwa bahawa ia mampu memberikan daya seretan sekitar  0.216.

Antara eemen reka bentuknya adalah susunan lampu hadapan dwi-tingkat yang menampilkan DRL yang tipis, lampu belakang yang agak lebar dan pemegang pintu yang boleh ditarik balik.


Kapasiti bateri bagi Neta S adalah dari 43.51 hingga 91 kWh, dengan jarak perjalanan antara 310 km hingga 715 km. Dalam keadaan spesifik, Neta S didakwa mampu memberikan jarak 1,160 km untuk satu cas penuh — mengikut standard CLTC.


Untuk sistem janaan kuasa, Neta S boleh dipilih sama ada versi motor elektrik belakang dengan 231 PS (228 hp atau 170 kW) dan 310 Nm. Selain itu, ada juga versi pacuan semua roda dengan tambahan satu lagi motor elektrik di belakang dengan output yang sama.


Dikhabarkan, Neta S ini juga dilengkapi dengan 21 speaker, ada Augmented Reality (teknologi paparan skrin digital yang menggabungkan objek maya 2D atau 3D dengan alam nyata) dan sistem bantuan pemanduan pintar Neta Pilot.


Di sebalik Neta U dan Neta S, yang mana pilihan anda?


Jika berminat dengan Neta V, anda boleh membuat tempahan secara online sepanjang pameran Malaysia Autoshow 2023. 


Jika menjadi 100 pelanggan terawal, anda akan menerima baucar bernilai RM10,000 dan boleh mendapatkan Neta V serendah RM89,800.

Harga asal Neta V adalah RM99,800.

Gallery

Tag:

Neta V EV Crossover
Neta S
Neta U
Intro Synergy Sdn Bhd
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
SAH! NETA V Dipasang Di Indonesia Mulai Mei Ini

SAH! NETA V Dipasang Di Indonesia Mulai Mei Ini

PT NETA Auto Indonesia sudah bersedia untuk memulakan pengeluaran keretanya di kilang pemasangan tempatan (CKD) yang terletak di Ungu Bekasi, Indonesia.

12-03-2024
Tips
Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Waranti EV

Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Waranti EV

Mungkin ramai yang tidak mengendahkan mengenai waranti EV, jadi kami memberi sedikit tips untuk anda!

21-12-2023
EV
Barang Hot: NETA V Laku Keras

Barang Hot: NETA V Laku Keras

100 pelanggan telah menempah Neta V hanya dalam empat hari.

09-05-2023
Kereta Baru
Auto China 2024: Neta L Selamat Mendarat

Auto China 2024: Neta L Selamat Mendarat

Neta Auto secara rasminya melancarkan Neta L sempena pameran Beijing International Auto Show 2024, sebentar tadi.

25-04-2024
EV
Jangan Beli Kereta Lagi, Tunggu Neta Aya! Mesti Murah

Jangan Beli Kereta Lagi, Tunggu Neta Aya! Mesti Murah

Neta Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya akan mendedahkan dua model terbaharunya pada tahun ini.

18-04-2024
EV
SAH! NETA V Dipasang Di Indonesia Mulai Mei Ini

SAH! NETA V Dipasang Di Indonesia Mulai Mei Ini

PT NETA Auto Indonesia sudah bersedia untuk memulakan pengeluaran keretanya di kilang pemasangan tempatan (CKD) yang terletak di Ungu Bekasi, Indonesia.

12-03-2024
EV
Neta S Ditayang, Ada Ke Yang Minat?

Neta S Ditayang, Ada Ke Yang Minat?

Neta S Sport ini hanya untuk pra tonton.

02-06-2023
EV
Neta Malaysia Umum Penstrukturan Semula, Jamin Servis dan Waranti Tak Terjejas

Neta Malaysia Umum Penstrukturan Semula, Jamin Servis dan Waranti Tak Terjejas

Intro Synergy Sdn Bhd mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkembangan terkini melibatkan syarikat induknya dari China, Hozon Auto.

06-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026