Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MARii Dedah Rancangan Pembangunan Industri EV Malaysia

Sofea Najmi

Kongsi melalui


CEO MARii, Azrul Reza Aziz


Institut Automotif, Robotik, dan IoT Malaysia (MARii), agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) baru-baru ini telah membentangkan Rancangan Pembangunan Kenderaan Elektrik (EV) di Malaysia secara terperinci semasa ASEAN Battery and EV Technology Conference 2023 (ABEVTC) pertama yang telah diadakan di Bali, Indonesia pada 9 hingga 11 Mei 2023 lalu. 




Persidangan  tersebut adalah sebuah persidangan anjuran bersama Singapore Battery Consortium (SBC), Indonesia's National Centre for Sustainable Transportation Technology (NCSTT), Thailand Energy Storage Technology Association (TESTA), dan Hioki E.E Corporation dihadiri oleh pakar industri EV dan profesional. 


Dalam ucapan di persidangan, Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Encik Azrul Reza Aziz,  telah mendedahkan Pelan Pembangunan EV di Malaysia yang sejajar dengan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP) 2020. 



SUV elektrik, Peugeot e-2008 dipertontonkan buat pertama kalinya di Malaysia semasa acara Malaysia Autoshow 2023


NAP 2020 adalah dokumen dasar yang menggariskan strategi kerajaan Malaysia untuk memajukan industri EV di Malaysia. Dengan matlamat mewujudkan industri automotif yang kompetitif dan mampan di Malaysia, dasar ini memberi penekanan pada pembangunan teknologi hijau dalam sektor automotif, dengan tumpuan khusus pada EV.


Encik Azrul Reza Aziz juga menjelaskan sasaran kebangsaan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia untuk industri EV. Ini termasuk komitmen dalam Persidangan Kerangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCC) untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 45% menjelang 2030, yang mana sasaran ditetapkan untuk negara adalah untuk mencapai sifar pelepasan karbon menjelang 2050.


EV dari negara China yang dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023, Neta V 


Dalam hal ini, kerajaan mengambil tindakan proaktif untuk menarik pelaburan EV dan mencapai sasaran kebangsaan iaitu 15% jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk EV dan hibrid menjelang 2030 dan 38% TIV menjelang 2040. 


Dalam aspek infrastruktur pengecasan, sasaran negara adalah untuk menyediakan sejumlah 10,000 stesen pengecasan EV awam menjelang 2025.


"Kami komited untuk mencapai sasaran kebangsaan ini dan sedang bekerjasama dengan pemain industri, golongan akademik, dan agensi kerajaan untuk mencipta persekitaran kondusif bagi pertumbuhan industri EV di Malaysia," kata Encik Azrul Reza Aziz.


"Melalui inisiatif seperti pembangunan kemahiran dan latihan tenaga kerja, kami ingin melahirkan tenaga kerja terlatih dalam bidang EV seperti pengilangan, penyelenggaraan, dan pembaikan EV, pada masa yang sama mempromosikan penggunaan EV di Malaysia," tambahnya.

Tag:

Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii)
MARii
MARii CEO Azrul Reza Aziz
EV Malaysia
ASEAN Battery and EV Technology Conference 2023 (ABEVTC)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Jualan Motosikal Elektrik Melonjak Tapi Malangnya Bukan Ramai Guna Untuk Kegunaan Harian

Jualan motosikal elektrik mencanak berbanding lima tahun lepas.

23-09-2024
Berita Auto

Lebih 45 Kereta, Motosikal Bakal Dilancar

Jom serbu MAS 2024 pada minggu ini.

20-05-2024
EV

ACO Tech, Geno, MARii Berkolaborasi Teroka Teknologi Blockchain Untuk Ekosistem EV

Tiga organisasi bergabung tenaga dalam penerokaan penyelesaian blockchain untuk infrastruktur kenderaan elektrik (EV) tempatan di Malaysia.

19-02-2024
Berita Auto

MAS 2024: Kali Ini Ada 2 Tempat Acara

MAS 2024 kembali lagi pada Mei depan.

12-12-2023
Berita Auto

M'sia Mahu Galakkan Orang Beli Motosikal Elektrik, Sanggup Tawar Rebat

MARii menyambut baik dengan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik yang dibentangkan pada Belanjawan 2024, minggu lepas.

16-10-2023
Berita Auto

MARii Mahu Tingkatkan Kerjasama Industri Automotif

MARii) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Automotif Indonesia (IOI).

21-09-2023
Berita Auto

Panduan Pengunjung Malaysia Autoshow (MAS) 2023: Aktiviti Yang Akan Berlangsung & Lokasi Pameran

Pameran permotoran, Malaysia Autoshow (MAS) kini kembali! Baca panduan pengunjung ini untuk memudahkan anda.

02-05-2023
Berita Auto

Kini Kembali! Pameran Kereta Terbesar Malaysia Autoshow Bakal Diadakan Mei Ini

Malaysia Autoshow bakal kembali menggegarkan dunia pencinta kereta.

25-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Hadkan Pembelian RON95 Sehari Sekali? Masih Belum Ada Rancangan!

Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk mengehadkan pembelian petrol RON95 melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada sekali sehari.

23-09-2025
Berita Auto

Boleh Sewa Pandu Karavan, Lesen Komersial Bermula 2026

RV Kenderaan Sewa & Pandu Pelancongan (KSPP) untuk komersial di Semenanjung dan Kereta Sewa Pandu (KSP)di Sabah, Sarawak dan Labuan akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2026.

23-09-2025
Berita Auto

Minyak Pelincir BHPetrol Yang Tulen Mudah Dikesan, Ada Label Kod QR SIRIM

Boustead Petroleum Marketing atau lebih dikenali sebagai BHPetrol, semalam mengumumkan bahawa rangkaian produk pelincir enjin keluarannya telah menerima pensijilan produk tulen daripada SIRIM QAS International.

23-09-2025
Berita Auto

Wanita Maut Kemalangan Tiga Kereta Di Lebuhraya Karak

Seorang wanita maut manakala empat lelaki cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Karak, awal pagi tadi.

23-09-2025
Berita Auto

SIB, APU Jalin Kerjasama Untuk Kukuhkan Teknologi EV, Hibrid

Sapura Industrial Berhad dan Asia Pacific University menjalinkan kerjasama untuk memperkasakan kemahiran dalam EV, Hibrid dan perkilangan pintar di Malaysia.

23-09-2025
Berita Auto

Hujan Ribut: 30 Kereta Rosak, Bumbung PPR Di Pantai Dalam Tercabut

Kira-kira 30 buah kereta rosak selepas bumbung Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka di Pantai Dalam, Kuala Lumpur tercabut dan terbang.

23-09-2025
Berita Auto

Cip MyKad Rosak? Boleh Ganti Secara Percuma Mulai Esok Hingga 7 Okt Ini!

Kerajaan mengumumkan penggantian MyKad percuma bagi individu yang mengalami masalah cip rosak pada kad pengenalan mereka bermula esok sehingga 7 Oktober.

22-09-2025
Berita Auto

BUDI95: JPJ Tambah Waktu Operasi Kaunter Lesen Memandu, Kaunter Pelbagai Mulai 27 Sept Ini

JPJ mengumumkan penambahan waktu operasi kaunter Lesen Memandu dan Kaunter Pelbagai di seluruh negara mulai 27 September ini.

22-09-2025