Link Copiedcheck_circle
EV

ACO Tech, Geno, MARii Berkolaborasi Teroka Teknologi Blockchain Untuk Ekosistem EV

Sofea Najmi

Kongsi melalui

ACO-Tech,-MARii-and-Geno-sign-MoC.jpg


Kiri - Kanan: CEO ACO Tech, Li Pu, CEO MARii, Azrul Reza Aziz dan CEO Geno, Zhang Yi Ian semasa majlis penandatanganan MoC


Penyedia mobiliti pintar ACO Tech telah menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) dengan Geno dan  Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii). Kerjasama ini menyaksikan ketiga-tiga organisasi bergabung tenaga dalam penerokaan penyelesaian blockchain untuk infrastruktur kenderaan elektrik (EV) tempatan di Malaysia.


Hadir semasa majlis penandatanganan MoC ini ialah Ketua Eksekutif ACO Tech, Li Pu, Ketua Eksekutif MARii, Azrul Reza Aziz dan Ketua Eksekutif Geno, Zhang Yi Ian.


Perjanjian ini selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), serta  Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang ditetapkan oleh kerajaan, yang menyasarkan untuk mencapai 20% Kenderaan Elektrik (xEV) menjelang tahun 2030, 50% menjelang 2040 dan 80% menjelang 2050.


Melalui kerjasama ini, ACO Tech, Geno dan MARii akan meneroka penggunaan kontrak pintar, pengurusan jejak digital rantaian bekalan, penyelesaian tokenomics, serta teknologi perlindungan privasi. Tujuannya adalah untuk melengkapkan penyelesaian ACO Tech bagi Platform Perkhidmatan E-Mobiliti (E-MSP). 


Caricarz-smart-1-TheLongMediaDrive-11.jpgChargeSini-Mydin-Jasin-(1).jpg

Hyundai-Ioniq6-MaxRWD-Review-Exterior-14.jpgCaricarz-smart-1-TheLongMediaDrive-36.jpg


Menurut ACO Tech, teknologi blockchain dapat memudahkan banyak pihak termasuk pengeluar EV, penyedia perkhidmatan dan pemilik kenderaan.



Kolaborasi ini diadakan dengan tujuan untuk mengurangkan keraguan orang ramai untuk beralih kepada EV seperti isu kekurangan stesen pengecasan dan kadar pengecasan yang tidak konsisten. Penggunaan teknologi blockchain dapat memperkasa pengeluar EV, pembekal perkhidmatan dan pengguna untuk terlibat secara interaktif melalui sistem lejar  tidak berpusat kalis gangguan. 


Sistem yang akan diperkenalkan itu nanti dapat mengurangkan kos dan meningkatkan dan keyakinan pengguna, serta membentuk rekod penjejakan dan penyelenggaran yang lebih lancar. 


Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) ACO Tech Li Pu berkata kerjasama ini merupakan langkah ke hadapan untuk mempercepatkan pembangunan ekosistem EV yang komprehensif dan kondusif di Malaysia, dengan tumpuan kepada aspek keselamatan. 


web_CariCarz_Review_BMW-i4-eDrive40_-71.jpg


Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Azrul Reza berkata, "Ini merupakan langkah penting dalam pembentukan masa depan ekosistem EV Malaysia. Penerokaan penyelesaian blockchain tidak hanya dapat menangani cabaran semasa dalam sektor EV tetapi juga membina asas bagi infrastruktur yang selamat dan boleh skala yang selari dengan Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020)."


Sementara itu, Ketua Eksekutif Geno, Zhang Yi Ian pula berkata, "Inisiatif strategik ini bertujuan untuk meningkatkan interaksi dengan pelanggan pengguna akhir, membolehkan interaksi lebih awal, mendalam dan berkekalan.”

DSC00576.jpg

Tag:

EV Malaysia
Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii)
Geno
ACO Tech
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
MITI Makin Tegas, Pasaran Malaysia Bukan 'Tong Sampah' Untuk EV Murah Tanpa Nilai Tambah

MITI Makin Tegas, Pasaran Malaysia Bukan 'Tong Sampah' Untuk EV Murah Tanpa Nilai Tambah

Kerajaan Malaysia kini memberi isyarat jelas untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap kemasukan kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU).

05-02-2026
EV
EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.

05-01-2026
Berita Auto
Gempar: MITI Perketat Syarat Import EV CBU 2026! Harga Wajib Lebih RM250K!

Gempar: MITI Perketat Syarat Import EV CBU 2026! Harga Wajib Lebih RM250K!

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dilaporkan baru sahaja mengemaskini syarat bagi syarikat AP Francais yang ingin membawa masuk kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU) bermula 1 Januari 2026.

31-12-2025
Berita Auto
Klausa "Penggunaan Wajib Patuh Syariah" Perodua QV-E Dipersoalkan – Ini Jawapan CEO

Klausa "Penggunaan Wajib Patuh Syariah" Perodua QV-E Dipersoalkan – Ini Jawapan CEO

Perodua perjelas isu klausa 'Pematuhan Syariah' dalam dokumen Pajakan Bateri QV-E (BaaS).

03-12-2025
EV
Betul Ke EV Lagi Murah? Ini Analisis Kos Pemilikan Proton e.MAS 5 Selama 10 Tahun!

Betul Ke EV Lagi Murah? Ini Analisis Kos Pemilikan Proton e.MAS 5 Selama 10 Tahun!

Proton e.MAS 5 tawarkan EV termurah Malaysia (Harga OTR RM59,800). Kami bedah kos sebenar: Jimat RM30,000 berbanding kereta petrol dalam 10 tahun, selain teknologi V2L dan ADAS penuh.

01-12-2025
EV
Semakin Ramai 'Lembut Hati' Beralih Kepada EV, Tetapi Cukupkah Infrastruktur EV Malaysia?

Semakin Ramai 'Lembut Hati' Beralih Kepada EV, Tetapi Cukupkah Infrastruktur EV Malaysia?

Semakin ramai orang mula ‘berlembut hati’ untuk beralih kepada kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, namun adakah negara kita benar-benar bersedia untuk menampung pengunaan EV secara besar-besaran? Ini kupasannya…

24-11-2025
EV
"Kita Mampu Capai 10,000 Pengecas EV Tahun Ini" – Timbalan Perdana Menteri

"Kita Mampu Capai 10,000 Pengecas EV Tahun Ini" – Timbalan Perdana Menteri

Malaysia kekal komited untuk mencapai sasaran mewujudkan 10,000 stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) menjelang akhir tahun 2025.

23-05-2025
EV
Sapura Industrial Bekerjasama Dengan Syarikat China, ZZ Tech, Hasilkan Komponen Bateri EV

Sapura Industrial Bekerjasama Dengan Syarikat China, ZZ Tech, Hasilkan Komponen Bateri EV

Sapura Industrial Berhad (SIB) bekerjasama dengan syarikat China untuk hasilkan komponen bateri litium.

21-05-2025

Berita Terkini

EV
UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV
Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV
Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV
BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV
Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV
smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV
Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV
Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026