Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Panduan Pengunjung Malaysia Autoshow (MAS) 2023: Aktiviti Yang Akan Berlangsung & Lokasi Pameran

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Pameran permotoran, Malaysia Autoshow (MAS) kini kembali dan akan berlangsung selama empat hari dari 4 hingga 7 Mei di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Bagi memudahkan 'penerokaan' sepanjang acara besar ini berlangsung, kami telah menyediakan panduan pengunjung Malaysia Autoshow (MAS) 2023, teruskan membaca. 


LOKASI PAMERAN 




Secara umumnya, pameran di Malaysia Autoshow 2023 terbahagi kepada lima bahagian iaitu “Malaysia EV Show,” “Malaysia Bike Show,” “Malaysia Car Accessories Show,” “Malaysia Bike Accessories Show” serta acara utama, “Malaysia Autoshow.” Turut akan berlangsung ialah sesi pandu uji khas oleh beberapa jenama kenderaan termasuk motosikal. Kesemua acara berbeza ini akan berlangsung secara serentak di MAEPS.




Acara utama,  “Malaysia Autoshow" akan berlangsung di Hall A dan Hall A1. Hall A menempatkan ruang pameran bagi pelbagai jenama automotif yang merangkumi jenama tempatan seperti Perodua dan Proton, serta jenama kenderaan antarabangsa seperti Honda, Toyota, Ford dan banyak lagi.




Sementara itu, Hall A1 menempatkan pameran bagi jenama premium yang terdiri daripada BMW, Mercedes-Benz, Lotus, Buffori, serta MINI dan BMW Motorrad. Selain itu, terdapat juga ruang santai atau lounge premium di tengah-tengah dewan, dikelilingi oleh laluan khas untuk kenderaan bergerak. 




Seterusnya, Hall C menggabungkan tiga pameran berbeza iaitu “Malaysia Bike Show,” “Malaysia Bike Accessories Show” dan “Malaysia Car Accessories.”


Di bahagian “Malaysia Bike Show,” terdapat pameran jenama motosikal seperti Suzuki, Royal Enfield, Honda, Yamaha, dan Aprilia/Vespa, serta beberapa jenama aksesori motosikal seperti HJC Helmet, Shima dan SHAD. 


Jenama aksesori kereta pula adalah seperti 70mai, Soundstream, WrapXpert, Trapo dan banyak lagi.


 


Akhir sekali, Hall D menempatkan pameran “Malaysia EV Show and Charged.” Di sini, kesemua jenama berkaitan EV dikumpulkan termasuk syarikat pengeluar kereta elektrik seperti GWM, BMW, Volvo serta jenama yang baru memasuki pasaran Malaysia, Neta dan Tesla. Pembekal stesen pengecasan EV seperti ChargeSini dan banyak lagi turut memeriahkan acara. 


Selain itu, di Hall D terdapat pentas utama, lounge kelab kereta dan ruang pameran penganjur utama acara, Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii).


LAIN-LAIN




Bersebelahanan dengan Hall D terdapat Hall DG yang menempatkan semua sesi ujian pemanduan. Selain pameran model dan pelancaran produk, pelbagai aktiviti dan hadiah menarik menanti pengunjung. 


KEDUDUKAN DEWAN/HALL




KEMUDAHAN UNTUK PENGUNJUNG


Bas shuttle disediakan untuk memudahkan pergerakan para pelawat dari tempat letak kereta ke zon turun khas, berdekatan dengan pintu masuk dan kaunter tiket. 


Bagi pengunjung kurang upaya (OKU), tempat letak kereta khas disediakan iaitu bersebelahan dengan pintu masuk pameran. 


Kemudahan asas seperti tandas dan bilik solat tersedia di kesemua ruang pameran dan setiap  dewan mempunyai tandas masing-masing. 


TARIKH DAN WAKTU MALAYSIA AUTOSHOW 2023




Malaysia Autoshow 2023 akan berlangsung dari 4 hingga 7 Mei 2023, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di MAEPS, Selangor. Pelawat boleh membeli tiket sekarang melalui laman web rasmi MAS, atau membuat pembelian secara terus dari kaunter tiket yang terletak berhampiran pintu masuk. Harga tiket bermula dari RM15 untuk rakyat Malaysia dan RM25 untuk bukan warganegara.

MAKLUMAT RINGKAS  MALAYSIA AUTOSHOW 2023

Lokasi: Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)

Tarikh: 4 - 7 Mei 2023

Waktu: 10 Pagi - 10 Malam

Tiket: Secara Dalam Talian (Laman web rasmi MAS) | Secara Walk-In Di Kaunter Tiket 

Harga:

Warganegara RM15 | Kanak-Kanak 9 Tahun & Kebawah (Dengan MyKid) Serta Warga Emas (Dengan MyKad) Percuma | Bukan Warganegara RM25 

Lokasi Pameran:

Hall A: Jenama automotif tempatan (Proton & Perodua) dan antarabangsa (Honda, Toyota, Ford dll.)

Hall A1: Jenama automotif premium (BMW, Mercedes-Benz, Lotus, Buffori, serta MINI dan BMW Motorrad), lounge 

Hall C: “Malaysia Bike Show,” “Malaysia Bike Accessories Show” dan “Malaysia Car Accessories”

Hall D: “Malaysia EV Show and Charged," pentas utama, lounge kelab kereta dan ruang pameran penganjur utama acara, Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii)

Hall DG: Ujian pemanduan



Tag:

Malaysia Autoshow (MAS)
Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii)
Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)
Malaysia Autoshow 2023 (MAS 2023)
Malaysia EV Show 2023
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Proton S70 RC Bakal Tunjuk Taring Dalam Perlumbaan Sepang S1K

Proton buat julung kalinya ada mendedahkan sebuah kereta lumbanya, Proton S70 R3 sempena pameran Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) yang diadakan pada Mei lalu.

03-10-2024
EV

Bangunkan Lebih Banyak Infrastruktur Pengecas EV

Tiga pihak kerjasama untuk membangunkan stesen pengecas EV.

30-05-2024
Berita Auto

Lebih 45 Kereta, Motosikal Bakal Dilancar

Jom serbu MAS 2024 pada minggu ini.

20-05-2024
Kereta Baru

AMG GT63S E-Performance, Seram Tengok Harga

MBM memperkenalkan kereta mewahnya Mercedes-Benz GT S E-Performance 2023 pada Malaysia Autoshow 2023.

03-05-2023
Berita Auto

Proton Jalin Kerjasama Dengan MARii Bangunkan Pusat NATC

PROTON memeterai perjanjian dengan MARii untuk membangunkan Pusat Ujian Automotif Nasional (NATC).

21-11-2025
EV

Jualan Motosikal Elektrik Melonjak Tapi Malangnya Bukan Ramai Guna Untuk Kegunaan Harian

Jualan motosikal elektrik mencanak berbanding lima tahun lepas.

23-09-2024
Berita Auto

Lebih 45 Kereta, Motosikal Bakal Dilancar

Jom serbu MAS 2024 pada minggu ini.

20-05-2024
EV

ACO Tech, Geno, MARii Berkolaborasi Teroka Teknologi Blockchain Untuk Ekosistem EV

Tiga organisasi bergabung tenaga dalam penerokaan penyelesaian blockchain untuk infrastruktur kenderaan elektrik (EV) tempatan di Malaysia.

19-02-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026