Link Copiedcheck_circle
Global

Porsche 718 Spyder RS, Bumbungnya Paling Menggoda

Suhana Veru

Kongsi melalui


Porsche memperkenalkan 718 Spyder RS sebagai pelengkap kepada model 718 Cayman GT4 RS.

Ia yang disumbat dengan nadi boxer enam silider aspirasi natural 4.0 liter mampu menghamburkan kuasa setinggi 493hp dan tork 450Nm.


Jentera ini yang dipadankan dengan transmisi PDK nisbah pendek tujuh kelajuan dikatakan mampu memecut dari  0-100 km/j hanya dalam 3.4 saat.

Sementara itu, kelajuan maksimum adalah sekitar 308 km/j.

Menurut Porsche, bumbung terbuka "menjadikan bunyi enjinnya sangat mengujakan 

Ia dimantapkan dengan  kesesuaian ekzos sukan keluli tahan karat ringan dan saluran udara gentian karbon baharu yang berbeza yang dipasang hanya di sebelah tempat letak kepala.


Direka bentuk untuk keseronokan maksimum ketika menelusuri jalan berliku,” 718 Spyder RS membawa pakej naik taraf casis yang diasah trek yang sama dalam Cayman GT4 RS. 

Malah, sistem Porsche Active Suspension Management (PASM)  boleh direndahkan sebanyak 30 mm.


Ia juga dilengkapi dengan pembeza gelincir terhad mekanikal, galas suspensi bebola, dan rim aluminium tempa bersaiz 20 inci.

Spyder RS ini juga menggunakan tempat duduk bucket yang dilapisi kulit dan gentian mikro, dan pemegang pintu mekanikal ditukar dengan tali tarik.

Ciri-ciri sportynya juga meleret sehingga ke stereng. Ia menggunakan unit RS minimalis yang menampilkan tanda garis tengah kuning 'jam 12'.


Bagi bahagian bumbungnya, ia menggunakan jenis soft-top dimana terdapat dua bahagian, dan boleh terus ditanggalkan dan disimpan.

Bahagian bumbungnya boleh dikendalikan  secara manual dan diperbuat daripada kanvas lapisan tunggal yang ringan.

Di sebalik itu, keseluruhan struktur beratnya hanya 18.3 KG, menjadikannya 7.6 KG lebih ringan berbanding Spyder bukan RS dan sehingga 16.5 KG kurang daripada Boxster standard.


Malah ia juga menggunakan sayap belakang 'ducktail' yang menonjol sekali gus menjanjikan aerodinamik yang dipertingkatkan dengan baik.


718 Spyder RS ini juga memiliki berat badan sekitar 1,410 kg, atau 40 kg lebih ringan berbanding 718 Spyder, atau 5 kg lebih ringan berbanding 718 Cayman GT4 RS.


Turut ditawarkan pakej Weissach yang merangkumi komponen seperti rim magnesium, tip ekzos titanium, kemasan luaran yang diinspirasikan daripada model 935, serta balutan Race-Tex anti-silau pada bahagian atas papan pemuka.

Buat masa ini, pengeluarannya tidak dihadkan dan Porsche juga uga tidak meletakkan tarikh tamat untuk pengeluaran.


Mengenai harga, di Jerman, Porsche 718 Spyder RS dijual pada harga €151,215 (lebih kurang RM738,802).

Apa pula pandangan anda mengenai jentera ini?

Gallery

Tag:

Porsche
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

03-02-2026
Global

27-01-2026
Global

20-01-2026
Global

15-12-2025
Global

24-11-2025
Global

20-11-2025
Teknologi

27-10-2025
Global

22-10-2025

Berita Terkini

Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026