Link Copiedcheck_circle
EV

Previu Toyota bZ4X: SUV Elektrik Bergaya Sporty, Capai 500 KM!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



UMW Toyota Motor (UMWT) semalam telah membentangkan strategi pelbagai laluan untuk menyokong matlamat neutraliti karbon Malaysia. Dalam usaha ini, firma tersebut telah mempamerkan satu daripada enam unit Toyota bZ4X yang dibawa masuk ke Malaysia. Unit ini digunakan untuk sesi pertemuan media serta penilaian dalaman dan kerajaan.


Model kenderaan elektrik bateri penuh (BEV) pertama syarikat ini dibangunkan di atas platform EV, Toyota New Global Architecture (e-TNGA) dengan 400V. bZ4X dilengkapi bateri lithium-ion 71.4-kWh yang memberikan jarak maksimum sehingga 500 km (WLTP). Unit yang dipamerkan adalah varian pacuan roda hadapan (FWD) dengan kuasa sehingga 201 hp (150 kW)/310 Nm.




Dari segi pengecasan, bZ4X menyokong pengecas AC standard sehingga 6.6 kW dan pengecas pantas DC sehingga 150 kW. Menggunakan DC, bateri boleh mencapai kapasiti 80% daripada 0% dalam masa hanya 30 minit. Sementara itu, pengecas AC yang lebih perlahan pula lebih sesuai untuk pengisian semalaman.




Secara visual, SUV elektrik ini kelihatan tegap dan futuristik. Model ini menggunakan sepasang lampu hadapan LED berbentuk C halus. Lampu ini membingkai bahagian hadapan yang ‘kosong’ tanpa grill. Pada sisi tepi pandangan hadapan terdapat saluran udara yang menegak.




Dari tepi, bZ4X menggunakan set rim bersaiz 20-inci dalam warna dua tona. SUV ini juga tampil ranggi dengan pemasangan cladding sebagai perlindungan tambahan pada badan kereta. Aura ranggi dan sporty ini ditambah lagi dengan garis bumbung atau roofline yang condong.




Di bahagian belakang, lampu belakang LED yang sporty bZ4X disambungkan oleh bar LED yang terbentang lebar di sepanjang pintu but belakang. Lampu belakang ini diberikan lapisan berwarna hitam berbentuk Y. Dari sudut ini juga dapat dilihat bumbung kereta yang sporty dengan dua spoiler yang juga diberikan warna hitam berkilat.




Bergerak ke bahagian dalam kenderaan, antara yang menarik pada SUV ini ialah sistem infotainment 12.3 inci yang boleh disambungkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay, paparan instrumen digital 7 inci, sistem kawalan iklim dua zon, pendingin hawa belakang dan pad pengecas tanpa wayar.




Dari segi keselamatan, bZ4X didatangkan dengan pakej keselamatan aktif Toyota Safety Sense (TSS). TSS yang terkini hadir dengan sistem pemanduan separa-autonomi tahap 2 sekaligus membuatkannya membuatkannya berjaya menandingi pesaing yang lain. Ciri keselamatan standard yang boleh dijangkakan adalah seperti kawalan jelajah adaptif (ACC), bantuan kekal lorong (LKA), brek kecemasan autonomi (AEB) dan banyak lagi.





Buat masa ini, UMWT masih belum lagi mendedahkan tarikh pelancaran bZ4X di Malaysia. Namun, kami dimaklumkan bahawa ia mungkin akan diadakan tidak lama lagi, bergantung kepada sesi penilaian yang kini sedang dijalankan. 




Apa pendapat anda mengenai Toyota bZ4X? Adakah SUV elektrik ini cukup menarik untuk dipertimbangkan pada masa akan datang? Dan berapakah harga yang sesuai bagi bZ4X ini? Seperti biasa, kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah…


Tag:

Toyota bZ4X
UMW Toyota
Toyota BEV
Toyota Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Toyota bZ4X Facelift Ada Varian Baharu – Touring, EV Paling Berkuasa Toyota

Toyota memperkenalkan varian baharu bZ4X Touring di pasaran Eropah, beberapa bulan selepas model facelift asal membuat kemunculan sulungnya.

16-05-2025
EV

Toyota bZ4X Kini Hanya Dipanggil 'bZ' di AS – Guna Pengecas Tesla

Model facelift Toyota bZ4X yang pertama kali diperkenalkan di Eropah kini dikenali hanya sebagai Toyota bZ di AS.

14-05-2025
EV

Toyota bZ4X Facelift 2025 Diperkenalkan – Cas Lebih Pantas, Jarak Lebih Jauh

Toyota secara rasmi memperkenalkan model kemas kini 2025 bagi crossover elektrik pertamanya, Toyota bZ4X.

12-03-2025
EV

Toyota Dedah Imej Acah EV Kompak, Kemunculan Rasmi 11 Mac Ini

Toyota bakal memperkenalkan sebuah kenderaan elektrik (EV) baharu pada 11 Mac ini. Model tersebut dibangunkan berasaskan model konsep bZ Compact SUV yang pernah dipertontonkan sebelum ini.

27-02-2025
EV

Toyota bZ4X Akan Dilancarkan Suku Pertama Tahun Ini?

UMW Toyota Motor (UMWT) kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan SUV elektrik, Toyota bZ4X, betul ke? Ini perinciannya..

18-01-2024
EV

CEO Toyota Letak Jawatan, Penggantinya, Koji Sato, Akan Tumpu Pada EV?

Syarikat pengeluar kereta Jepun, Toyota Motor Corporation, telah mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Operasinya (CEO), Akio Toyoda, yang berkuat kuasa 1 April ini.

27-01-2023
EV

Toyota bZ4X Bakal Masuki Pasaran Malaysia Tahun Depan!

UMWT mengesahkan pelancaran model baharu untuk pasaran Malaysia bagi tahun 2023.

07-12-2022
EV

Toyota bZ4X Dilancarkan Di Thailand & Indonesia – Malaysia Tidak Lama Lagi?

Pasaran kenderaan elektrik (EV) Asia Tenggara dimeriahkan dengan pelancaran Toyota bZ4X di Thailand dan Indonesia. Ini spesifikasi model tersebut di kedua-dua negara itu.

13-11-2022

Berita Terkini

EV

Rapid Bus Hidupkan Bas Diesel Tua, Jadi Canggih Dengan Teknologi EV

Rapid Bus, pengendali rangkaian bas Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, kini sedang menerokai langkah inovatif dalam usaha ‘menghijaukan’ pengangkutan awam negara, lapor The Star.

08-01-2026
EV

Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.

07-01-2026
EV

CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

Sony Honda Mobility menayangkan sebuah prototaip terbaharunya, Afeela 2026.

07-01-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026
EV

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.

05-01-2026
EV

EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+ Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat kenderaan elektrik dari China, XPeng, baru sahaja memperkenalkan versi yang dikemaskini bagi tahun 2026 untuk model sedan segmen E, XPeng P7+.

02-01-2026