Link Copiedcheck_circle
EV

Toyota bZ4X Facelift 2025 Diperkenalkan – Cas Lebih Pantas, Jarak Lebih Jauh

Sofea Najmi

Kongsi melalui

20250312_01_40.jpg


Toyota secara rasmi memperkenalkan model kemas kini 2025 bagi crossover elektrik pertamanya, Toyota bZ4X. Walaupun perubahan yang diberikan pada reka bentuk luaran tidak begitu ketara , versi kali ini hadir dengan pelbagai penambahbaikan teknikal. 


Pilihan Bateri Baharu, Jarak Pemanduan Lebih Jauh


20250312_01_39.jpg


Salah satu perubahan terbesar adalah pada bahagian bateri. Jika sebelum ini hanya satu kapasiti bateri ditawarkan, kini terdapat dua pilihan untuk Toyota bZ4X model 2025. Versi asas menggunakan bateri lebih kecil berkapasiti 57.7 kWj dengan pacuan roda hadapan (FWD), manakala versi lebih tinggi menampilkan bateri 73.1 kWj,  lebih besar berbanding 71.4 kWj yang ditawarkan sebelum ini. Bateri ini dipadankan sama ada dengan sistem pacuan FWD atau semua roda (AWD).


Dengan bateri baharu ini, jarak pemanduan turut meningkat. Toyota mendakwa varian paling efisien, iaitu 73.1 kWj FWD, mampu mencapai jarak sejauh 573 km (WLTP). Sementara itu, varian asas dengan bateri 57.7 kWj FWD menawarkan 445 km, manakala model tertinggi 73.1 kWj AWD mampu bergerak sejauh 520 km.


Lebih Berkuasa dengan Teknologi Motor Elektrik Terkini


Toyota turut meningkatkan prestasi model ini dengan penggunaan motor elektrik ‘eAxle’ baharu yang dilengkapi semikonduktor silikon karbida (SiC), yang lebih efisien dan berkuasa. Model asas (57.7 kWj, FWD) kini menawarkan 167 hp, varian pertengahan (73.1 kWj, FWD) mempunyai 224 hp, manakala varian tertinggi (73.1 kWj, AWD) menjana 343 hp.


Prestasi pecutan juga bertambah baik. Model asas boleh mencapai 0-100 km/j dalam 8.6 saat, varian pertengahan dalam 7.4 saat, manakala varian AWD yang paling berkuasa mampu memecut dalam hanya 5.1 saat.


Pengecasan Lebih Pantas dengan On-Board Charger Baharu


Toyota turut memperkenalkan sistem pengecasan yang lebih pantas pada bZ4X 2025. Model dengan spesifikasi lebih tinggi kini menyokong pengecasan AC sehingga 22 kW, jauh lebih baik berbanding model terdahulu yang hanya menerima input AC 6.6 kW. Bagaimanapun, pengecasan pantas DC masih kekal pada kadar maksimum 150 kW.


Selain itu, model baharu ini juga kini dilengkapi dengan fungsi pra-pemanasan bateri (battery pre-conditioning) sebagai ciri standard. Fungsi ini direka khas untuk mengoptimumkan suhu bateri sebelum sesi pengecasan, membolehkan ia menerima tenaga dengan lebih pantas dan cekap.


Ciri ini boleh diaktifkan secara manual atau automatik. Sekiranya pengguna memilih untuk mengaktifkan fungsi ini secara automatik, sistem navigasi akan ‘mencetuskan’ pra-pemanasan secara automatik apabila destinasi ditetapkan ke stesen pengecasan pantas.


Reka Bentuk Lebih Aerodinamik, Kabin Lebih Canggih


20250312_01_28.jpg20250312_01_26.jpg20250312_01_31.jpg20250312_01_30.jpg


Dari segi rekaan, Toyota bZ4X 2025 mengambil inspirasi daripada model Prius dan Camry generasi terkini, khususnya pada bahagian hadapan yang lebih aerodinamik. Di bahagian belakang, perubahan adalah minimal.


20250312_01_32.jpg20250312_01_35.jpg20250312_01_33.jpg


Bahagian dalaman pula menerima perubahan lebih ketara, gaya lebih minimal, dan sistem infotainmen baharu menggunakan skrin lebih besar berukuran 14 inci. Selain itu, Toyota turut menambah dua pad pengecasan tanpa wayar.


Toyota juga menyatakan bahawa suspensi telah diperhalusi bagi meningkatkan keselesaan dan kestabilan pemanduan. Selain itu, beberapa penambahbaikan pada struktur badan telah dilakukan untuk mengurangkan bunyi, getaran dan kekasaran (NVH), menjadikan kabin lebih senyap dan selesa.


Jaminan Bateri Sehingga 1 Juta KM untuk Pasaran Eropah


Toyota bZ4X 2025 bakal memasuki pasaran Eropah dalam masa terdekat, di mana model ini merupakan antara lima kenderaan terlaris Toyota di rantau tersebut. Menariknya, pembeli di Eropah akan menerima jaminan bateri EV selama lapan tahun atau 160,000 km, bersama program penjagaan bateri selama 10 tahun atau 1,000,000 km.


Adakah UMW Toyota Motor Akan Membawa Toyota bZ4X ke Malaysia?


20250312_01_41.jpg


Di Malaysia, UMW Toyota Motor (UMWT) pernah mempamerkan versi pra-facelift Toyota bZ4X pada Mei 2023, dan sekali lagi pada Februari 2024 semasa pameran Beyond Zero. Walaupun pada awalnya model ini disahkan untuk pasaran tempatan, pelancarannya kemudiannya ditangguhkan tanpa sebab yang jelas.


Baca: Previu Toyota bZ4X: SUV Elektrik Bergaya Sporty, Capai 500 KM!


Berdasarkan sambutan yang agak kurang memberangsangkan terhadap kembarnya, Lexus RZ450e, serta insentif cukai bagi EV import sepenuhnya (CBU) yang bakal berakhir hujung tahun ini, kebarangkalian untuk UMWT membawa masuk versi facelift 2025 Toyota bZ4X kelihatan semakin tipis. Namun, dengan peningkatan teknologi dan jarak pemanduan yang lebih jauh, model ini sememangnya cukup menarik untuk dibawa masuk ke pasaran tempatan.

Baca: Strategi Pelbagai Laluan Toyota, Lebih Realistik Untuk Capai Neutraliti Karbon?

Tag:

Toyota
EV Toyota
Toyota bZ4X
Toyota bZ4X Facelift 2025
Toyota bZ4X 2025
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Berita Auto
15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Kereta Baru
Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat

Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat

UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.

02-04-2026
Kereta Baru
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026
Global
Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit

Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit

Tiada siapa mampu menggugat takhta Toyota. Gergasi automotif Jepun ini sekali lagi dinobatkan sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia bagi tahun keenam berturut-turut.

03-02-2026
Global
Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9x World Champion Edition Dilancarkan,  Hanya Ada 200 Unit

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9x World Champion Edition Dilancarkan, Hanya Ada 200 Unit

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9X World Champion Edition dilancarkan secara rasmi semalam.

23-01-2026
Global
Toyota Raize Kini Hadir Dalam Versi GR Sport Di Indonesia

Toyota Raize Kini Hadir Dalam Versi GR Sport Di Indonesia

Kembar Perodua Ativa yang dijenamakan semula untuk pasaran Jepun, Toyota Raize, kini tampil dengan versi GR Sport yang lebih sporty di Indonesia.

22-01-2026
Global
Toyota HiAce 2026 Muncul Di Jepun – Lebih Canggih Segenap Sudut

Toyota HiAce 2026 Muncul Di Jepun – Lebih Canggih Segenap Sudut

Toyota HiAce kini sudah mencapai usia mencecah lebih dua dekad di pasaran global.

21-01-2026

Berita Terkini

EV
Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV
Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV
PRO-NET Agresif:  Buka 2 Lagi Outlet  Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026