- Berita
- Berita Auto
- Pusat 3S Proton Kini Di Puncak Jalil – Ruang Pameran, Servis, Pembaharuan Insurans
Pusat 3S Proton Kini Di Puncak Jalil – Ruang Pameran, Servis, Pembaharuan Insurans

Proton telah mengembangkan rangkaian pengedarannya hari ini dengan membuka pusat 3S terbaru di Puncak Jalil. Cawangan ini dibuka secara rasmi hari ini oleh pengedar sah Proton yang pernah menerima anugerah, Atiara Johan Group (Atiara Johan).
Berbeza dengan pusat-pusat servis Proton yang lain, Pusat 3S Proton Jaya Johan Sdn Bhd di Puncak Jalil merupakan sebuah bangunan berkonsep hijau yang dilengkapi sistem solar yang menyalurkan tenaga bersih dan boleh diperbaharui kepada fasiliti tersebut.

Selain itu, pusat 3S ini juga dilengkapkan dengan ruang pameran yang luas, serta 10 ruang servis yang dikendalikan oleh juruteknik berpengalaman. Secara keseluruhannya, ia boleh menampung kapasiti sehingga 60 kenderaan sehari.
Sementara menunggu kereta mereka diservis, pelanggan boleh menunggu di ruang tunggu istimewa yang dilengkapi pelbagai kemudahan untuk memenuhi keperluan hiburan dan kerja pelanggan. Di ruang ini, makanan dan minuman turut disediakan.
Bagi mereka yang tinggal berdekatan pusat 3S, terdapat perkhidmatan shuttle percuma yang menjemput dan menghantar penumpang yang ingin menunggu kereta diservis.
Selain daripada jualan dan servis, pusat 3S ini juga menyediakan pusat alat ganti serta perkhidmatan pembaharuan insurans, memudahkan pelbagai urusan kenderaan di satu lokasi yang sama.


Mengulas mengenai pembukaan pusat 3S baharu ini, Ketua Eksekutif Atiara Johan Group, Eric Moo berkata, “Kami mengalu-alukan pelanggan jauh dan dekat untuk berkunjung ke premis baharu kami ini. Walaupun ia merupakan pusat 3S, kami juga menyediakan kerja-kerja mengecat badan kenderaan dengan sokongan pusat 4S Atiara Johan Sdn Bhd di Puchong.”
“Di Pusat-pusat Jaya Johan, pelanggan dijamin akan mendapatkan perkhidmatan menyeluruh yang berkualiti untu semua keperluan kenderaan anda kerana pusat-pusat ini dilengkapi dengan teknologi terkini dan mesin-mesin yang ditingkatkan,” kata Encik Kok Kam Chyuen, Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Johan Sdn Bhd.

Pusat 3S Proton baharu di Puncak Jalil ini kini bersedia menerima kedatangan pelanggan Proton dari kawasan berdekatan, terutamanya Bukit Jalil dan Taman Equine, Puchong. Selain pusat baharu ini, Atiara Jaya juga mengendalikan dua lagi pusat Proton, iaitu pusat 1S dan 4S Proton yang terletak di Puchong, Selangor.
Pusat 3S Proton Jaya Johan Sdn Bhd terletak di alamat berikut:
Lot PT 59674,
Persiaran Puncak Jalil,
Taman Puncak Jalil, PJU 6,
43300 Seri Kembangan
Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat temujanji di pusat 3S baharu ini, anda boleh menghubungi 017-6530988.

Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv