Link Copiedcheck_circle
EV

Pusat Porsche Tawar Pengecasan Paling Laju

Suhana Veru

Kongsi melalui


Wakil rasmi jenama Porsche di Malaysia, Sime Darby Auto Performance (SDAP), telah meningkatkan penggunaan elektromobiliti mereka dengan menaik taraf kemudahan pengecasan EV berprestasi tinggi di semua cawangan.

Naik taraf itu  menyaksikan kesemua empat Pusat Porsche di negara ini mendapat pengecas DC berkembar 175 kW sekali gus mampu menawarkan kelajuan pengecasan sehingga 350 kW.


Untuk makluman anda, ini adalah kali pertama keupayaan pengecasan sedemikian tersedia di fasiliti yang terlibat. 

Ini bermakna, Porsche Taycan boleh mencapai pengecasan 80% hanya masa 23 minit.

Ketua Pegawai Eksekutif SDAP, Christopher Hunter berkata,  sejak pihaknya memperkenalkan kereta sport elektrik sepenuhnya, Porsche Taycan bersama pengecasan berprestasi tinggi 175 kW, permintaan dilihat semakin meningkat.


“Untuk menunjukkan komitmen kami terhadap masa depan mobiliti, ia  menjadi tanggungjawab berterusan untuk menawarkan pengalaman pemilikan EV holistik kepada pelanggan yang pandang ke hadapan,”katanya.


Apa yang cukup mengagumkan ialah pengecas DC yang baru dinaik taraf itu membolehkan dua Taycan dicas serentak sehingga 175 kW setiap satu.

Kemudahan pengecasan 350 kW berprestasi tinggi kini boleh didapati di Pusat Porsche Ara Damansara dan Pusat Porsche Pulau Pinang. 


Difahamkan, Porsche Centre Sungai Besi dan Porsche Centre Johor Bahru pula akan menerima naik taraf pengecas DC berkembar 175 kW itu Jun 2023.

Selain itu, SDAP juga telah memasang bumbung panel solar baharu di bahagian  tempat letak kereta di Porsche Centre Pulau Pinang. 


Menerusi 151 panel, ia mampu menjana sehingga 81.51 kWp. 

Lebih menarik, tempat letak kereta solar baharu boleh membawa kepada pengurangan purata penggunaan elektrik sebanyak 30.

Ini  sekali gus menyokong cita-cita syarikat untuk mengurangkan karbon walaupun lebih banyak tawaran Porsche akan muncul tidak lama lagi.


SDAP juga telah bekerjasama dengan Shell Recharge untuk membina rangkaian pengecasan berprestasi tinggi 180 kW di seluruh semenanjung Malaysia.

Rangkaian pengecasan di Malaysia bakal menghubungkan laluan ke Singapura dan Thailand.




Sebaik siap, Lebuh Raya Utara – Selatan akan menjadi laluan  mesra EV terpanjang di rantau Asia Tenggara.



Gallery

Tag:

Sime Darby Auto Performance (SDAP)
Porsche Malaysia 350 kW DC Fast Charger
Shell Recharge HPC
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Cayenne S E-Hybrid Coupe 2025 Kini Boleh Ditempah Di Malaysia – CKD, Cecah 512 HP, Dari RM728K

Sime Darby Auto Performance (SDAP), wakil rasmi Porsche Malaysia, baru-baru ini melancarkan varian kedua SUV ikonik Porsche Cayenne S E-Hybrid Coupe yang dipasang secara tempatan (CKD).

07-01-2025
Kereta Baru

Porsche Macan Elektrik, Ada 4 Varian, Harga Bermula Serendah RM430,000

Porsche Malaysia (Sime Darby Auto Performance – SDAP) akhirnya melancarkan secara rasminya, SUV Porsche Macan elektrik di ibu negara, hari ini.

30-11-2024
Kereta Baru

Porsche Taycan 2024 Dilancarkan Di Malaysia – 7 Varian, Dari RM575,000

Porsche Malaysia, diwakili oleh Sime Darby Auto Performance (SDAP), telah memperkenalkan Porsche Taycan yang telah dikemaskini bagi tahun 2024.

21-06-2024
Kereta Baru

Porsche Panamera 2024 Kini Rasmi di Malaysia – Enjin V6 348 HP, Dari RM1.3 Juta

Sime Darby Auto Performance kini telah secara rasminya membawa masuk Porsche Panamera generasi ketiga untuk pasaran Malaysia. Ini spesifikasinya...

03-05-2024
EV

Porsche Macan: Ada 2 Varian

Porsche Macan generasi kedua bakal kembali.

26-01-2024
Kereta Baru

Nak Tempah Porsche Cayenne? Tengok Dulu Harganya.

Tempahan boleh dibuat menerusi mycayenne.online.

09-09-2023
EV

Perkembangan Infrastruktur EV M'sia: 6 Stesen Pengecas Pantas 180 kW EV Shell Recharge Kini Beroperasi Sepanjang PLUS

Infrastruktur pengecasan berprestasi tinggi (HPC) merentas negara yang terpanjang di Asia Tenggara sudah mula beroperasi sepenuhnya.

27-12-2022

Berita Terkini

EV

EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+ Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat kenderaan elektrik dari China, XPeng, baru sahaja memperkenalkan versi yang dikemaskini bagi tahun 2026 untuk model sedan segmen E, XPeng P7+.

02-01-2026
EV

SUV Forthing Friday Raih ASEAN NCAP 5 Bintang, Bakal Gegar Pasaran Malaysia

SUV segmen C keluaran negara China, Forthing Friday, kini sah memegang status sebagai antara kenderaan paling selamat di rantau ini.

02-01-2026
EV

Skuter Elektrik Marhaen, EZI TS-1 Semurah RM4,288 - Jarak Gerak 100KM

Skuter elektrik EZI TS-1 dijual semurah RM4,288.

01-01-2026
EV

Sistem JPJ Alami Isu Teknikal Di Saat Akhir Cukai Jalan EV Percuma

Di saat-saat akhir 'cuti' cukai jalan (LKM) terhadap kenderaan elektrik (EV) bakal berakhir, kemunculan isu teknikal telah mencetuskan ‘huru-hara’.

31-12-2025
EV

Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Dilancarkan Di Indonesia – Jauh Lebih Murah?

Selepas mendarat di Thailand, SUV elektrik kompak Geely EX2 baru-baru ini secara rasmi telah ‘menyerang’ pasaran Indonesia.

29-12-2025
EV

Kes Dua EV Terbakar Serentak Bukan Berpunca Daripada Pengecas – Bomba

Isu keselamatan kenderaan elektrik (EV) kembali menjadi bualan hangat susulan insiden kebakaran membabitkan dua buah EV di sebuah kediaman, baru-baru ini.

29-12-2025
EV

Lexus Perkenalkan RZ600e F Sport Di Jepun – EV 'Menakutkan' Di Litar

Lexus nampaknya ingin membuktikan bahawa kenderaan elektrik (EV) juga mampu menyerlahkan aura ‘menggerunkan’ di litar perlumbaan.

26-12-2025
EV

Nissan Ariya Elektrik Didedahkan Tetapi Bukan Di Malaysia Sebaliknya Di Jepun

Nissan Ariya EV versi facelift membuat penampilan rasminya di Jepun, baru-baru ini.

24-12-2025