Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Porsche Panamera 2024 Kini Rasmi di Malaysia – Enjin V6 348 HP, Dari RM1.3 Juta

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Porsche-Panamera-ThirdGen-MYLaunch-7.jpg


Sime Darby Auto Performance (SDAP) selaku pemegang jenama Porsche di Malaysia kini telah secara rasminya membawa masuk Porsche Panamera generasi ketiga untuk pasaran Malaysia. Model ini ditawarkan dalam satu varian V6 yang telah diberikan pelbagai penambahbaikan mekanikal dan peningkatan kosmetik kecil berbanding versi sebelumnya. 


TRENKUASA PORSCHE PANAMERA 2024


Model yang pertama kali ditayangkan di peringkat global pada November tahun lalu ini dikuasakan oleh enjin V6 turbo berkembar 2.9 liter yang telah dikemaskini membolehkannya mencapai kuasa 348 hp dan tork 500 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda melalui sistem transmisi PDK 8 kelajuan eksklusif Porsche memberikannya kemampuan untuk membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 5.1 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 272 km/j. 


Porsche-Panamera-ThirdGen-MYLaunch-9.jpg


Selain kemas kini enjin, Panamera 2024 turut diberikan peningkatan mekanikal lain iaitu sistem brek yang lebih baik dengan sistem enam piston pada gandar hadapan dan empat piston di belakang. Sistem pada gandar hadapan turut dilengkapi dengan rotor yang lebih besar. Sistem brek ini disempurnakan lagi dengan sistem booster brek elektrik baharu Porsche, yang meningkatkan rasa pedal dan ketepatan pembrekan. 


Peningkatan mekanikal lain yang mengujakan ialah sistem pengurusan suspensi aktif Porsche (PASM) yang menampilkan sistem suspensi dengan dua chamber dan dua injap pada kesemua empat sudut kereta. Sekiranya anda inginkan prestasi pengendalian yang lebih tepat, Panamera baharu ini juga dilengkapi dengan pilihan sistem pacuan roda belakang.


REKA BENTUK PORSCHE PANAMERA 2024


Porsche-Panamera-ThirdGen-MYLaunch-3.jpgPorsche-Panamera-ThirdGen-MYLaunch-5.jpgPorsche-Panamera-ThirdGen-MYLaunch-6.jpgPorsche-Panamera-ThirdGen-MYLaunch-8.jpg


Secara visual, Panamera kali ini kelihatan tidak jauh berbeza daripada model sebelumnya sehingga ramai menganggap bahawa Panamera generasi ketiga ini hanyalah versi facelift daripada model generasi kedua. Antara elemen rekaan baharu pada model kali ini ialah penggunaan lampu hadapan matriks LED yang telah diberikan sentuhan baharu, dengan rekaan yang diinspirasikan daripada SUV Cayenne facelift. Sudut lain yang berubah ialah unit lampu belakang LED berkelebaran penuh yang kini lebih halus, rim standard 19 inci dan sebagainya. 


KABIN PORSCHE PANAMERA 2024


Bergerak masuk ke bahagian dalam kabin, Porsche Panamera 2024, beberapa ciri baharu dapat dilihat terutamanya dari segi teknologi, dengan sesetengah elemen diambil daripada model elektrik, Porsche Taycan


Porsche-Panamera-ThirdGen-MYLaunch-1.jpg


Kabin Panamera kali ini hadir dengan dua skrin besar iaitu digital instrumen berukuran 12.6 inci dan infotainmen berukuran 12.3 inci. Sistem infotainmen ini boleh disambungkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa memerlukan wayar. Turut ditawarkan sebagai pilihan tambahan ialah skrin ketiga berukuran 10.9 inci untuk penumpang hadapan. 


Pedal penukar gear telah dipindahkan ke bahagian belakang stereng, memberikan ruang tambahan untuk menyimpan barang, pad pengecas tanpa wayar dan suis kawalan iklim di konsol tengah.


Ciri baharu lain, dua tempat duduk hadapannya kini dilengkapi dengan fungsi urut, yang boleh dikawal melalui aplikasi mudah alih MyPorsche yang baharu, sambungan Apple CarPlay atau arahan suara Siri.


HARGA JUALAN PORSCHE PANAMERA 2024


Porsche Panamera 2024 yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia ini dikilangkan di kilang Porsche di Leipzig, Jerman. Model ini ditawarkan di pasaran pada harga yang bermula daripada RM1.3 juta tidak termasuk insurans dan pilihan atau aksesori tambahan lain. 


Porsche-Panamera-ThirdGen-MYLaunch-4.jpg


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Panamera baharu ini, anda boleh kunjungi mana-mana Pusat Porsche berdekatan atau layari laman web rasmi Porsche Malaysia.


Tag:

Sime Darby Auto Performance (SDAP)
Porsche Malaysia
Porsche Panamera
Porsche Panamera 2024
Porsche Panamera Generasi Ketiga
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Cayenne S E-Hybrid Coupe 2025 Kini Boleh Ditempah Di Malaysia – CKD, Cecah 512 HP, Dari RM728K

Cayenne S E-Hybrid Coupe 2025 Kini Boleh Ditempah Di Malaysia – CKD, Cecah 512 HP, Dari RM728K

Sime Darby Auto Performance (SDAP), wakil rasmi Porsche Malaysia, baru-baru ini melancarkan varian kedua SUV ikonik Porsche Cayenne S E-Hybrid Coupe yang dipasang secara tempatan (CKD).

07-01-2025
Kereta Baru
Porsche Macan Elektrik, Ada 4 Varian, Harga Bermula Serendah RM430,000

Porsche Macan Elektrik, Ada 4 Varian, Harga Bermula Serendah RM430,000

Porsche Malaysia (Sime Darby Auto Performance – SDAP) akhirnya melancarkan secara rasminya, SUV Porsche Macan elektrik di ibu negara, hari ini.

30-11-2024
Kereta Baru
Porsche Taycan 2024 Dilancarkan Di Malaysia – 7 Varian, Dari RM575,000

Porsche Taycan 2024 Dilancarkan Di Malaysia – 7 Varian, Dari RM575,000

Porsche Malaysia, diwakili oleh Sime Darby Auto Performance (SDAP), telah memperkenalkan Porsche Taycan yang telah dikemaskini bagi tahun 2024.

21-06-2024
EV
Porsche Macan: Ada 2 Varian

Porsche Macan: Ada 2 Varian

Porsche Macan generasi kedua bakal kembali.

26-01-2024
Kereta Baru
Nak Tempah Porsche Cayenne? Tengok Dulu Harganya.

Nak Tempah Porsche Cayenne? Tengok Dulu Harganya.

Tempahan boleh dibuat menerusi mycayenne.online.

09-09-2023
EV
Pusat Porsche Tawar Pengecasan Paling Laju

Pusat Porsche Tawar Pengecasan Paling Laju

Empat Pusat Porsche di negara ini mendapat pengecas DC berkembar 175 kW.

10-05-2023
Gaya Hidup
Porsche Malaysia Rai Ulang Tahun ke-15 Dengan Pameran Khas Di TRX

Porsche Malaysia Rai Ulang Tahun ke-15 Dengan Pameran Khas Di TRX

Sempena ulang tahun ke-15 Porsche Malaysia, Sime Darby Auto Performance (SDAP) mengadakan pameran khas di TRX, Kuala Lumpur bermula hari ini hingga Ahad, 13 April.

11-04-2025
Kereta Baru
Porsche 911 Carrera & Carrera 4 GTS Hybrid Rasmi Di Malaysia – Dari RM1.43 Juta

Porsche 911 Carrera & Carrera 4 GTS Hybrid Rasmi Di Malaysia – Dari RM1.43 Juta

Porsche Malaysia secara rasmi memperkenalkan barisan model terbaru bagi 911 untuk pasaran tempatan, kali ini hadir dengan varian elektrifikasi pertama, 911 Carrera 4 GTS Hybrid serta model standard, 911 Carrera,

10-04-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
Mercedes-Benz G Class Ditayang, Belum Dilancar Lagi Tetapi ROI Sudah Dibuka

Mercedes-Benz G Class Ditayang, Belum Dilancar Lagi Tetapi ROI Sudah Dibuka

Biarpun, ia dibalut dengan pelekat penyamaran berwarna ungu namun ia sebenarnya model Mercedes-Benz G Class Elektrik yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

13-06-2025
Kereta Baru
BMW M4 Competition M xDrive LCI 2025 Rasmi Di Malaysia – Dari RM878,800

BMW M4 Competition M xDrive LCI 2025 Rasmi Di Malaysia – Dari RM878,800

Pameran MY BMW World 2025 yang kini sedang berlangsung menyaksikan kemunculan model BMW M terbaru, iaitu versi facelift bagi BMW M4 Competition M xDrive (G82).

13-06-2025
Kereta Baru
BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800

BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800

Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.

13-06-2025
Kereta Baru
Dilancar: BMW 330i M Sport, BMW 320i Sport CKD, Harga Bermula Dari RM290K Sahaja

Dilancar: BMW 330i M Sport, BMW 320i Sport CKD, Harga Bermula Dari RM290K Sahaja

Bagi meraikan ulang tahun ke-50 BMW 3 Series, BMW Malaysia turut melancarkan dua model BMW 3 Series 2025 , BMW 320i Sport dan 330i M Sport, sebentar tadi.

12-06-2025
Kereta Baru
BMW M5 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Cecah 727 HP, Dari RM1,188,800

BMW M5 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Cecah 727 HP, Dari RM1,188,800

BMW Group Malaysia hari ini melancarkan sedan sport BMW M5 2025 dengan harga jualan bermula daripada RM1,188,800.

12-06-2025
Kereta Baru
BMW X3 20 xDrive M Sport Kini Rasmi Di Malaysia – CKD, Dari RM349,000

BMW X3 20 xDrive M Sport Kini Rasmi Di Malaysia – CKD, Dari RM349,000

BMW Group Malaysia hari ini melancarkan BMW X3 20 xDrive M Sport yang memperlihatkan reka bentuk yang lebih gah daripada biasa. Ini perinciannya...

12-06-2025
Kereta Baru
BMW 218 Gran Coupé Sport Kini Rasmi Di Malaysia – CKD, Dari RM241,000

BMW 218 Gran Coupé Sport Kini Rasmi Di Malaysia – CKD, Dari RM241,000

BMW Group Malaysia hari ini melancarkan BMW 218 Gran Coupé Sport yang hadir dengan kombinasi sempurna antara reka bentuk elegan, prestasi dinamik dan teknologi terkini.

12-06-2025
Kereta Baru
Leapmotor C10 Kini Cuma RM125K, Banyak Ciri Baharu Ditambah