Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sebab "H" Laku Sangat: Honda Anjur "Acara Gen H"

Suhana Veru

Kongsi melalui


Honda Malaysia menganjurkan acara “Gen H Event” yang akan berlangsung di tiga negeri bermula bulan depan.


Untuk makluman anda, acara Gen H itu adalah mewakili “Honda, Hybrid dan Hype dimana program itu berhasrat untuk menawarkan keseronokan teknologi hibrid kepada rakyat Malaysia.

Antara 3 lokasi ialah:

1. Taman Desa Tebrau, Johor – 3 hingga 4 Jun 2023.

2. Juru Auto City, Pulau Pinang – 10 – 11 Jun 2023.

3. Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur – 17 – 18 Jun 2023.


Acara itu diadakan untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memahami mengenai teknologi Hibrid Honda terutamanya teknologi e:HEV yang ditawarkan pada barisan Honda.

Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, Honda merupakan perintis dalam memperkenalkan teknologi hibrid sejak 19 tahun lalu.

Pihaknya juga ada menawarkan teknologi Integrated Motor Assist (IMA) dalam Civic Hybrid.


“Respons terhadap IMA cukup positif dan kami terus memperkenalkan Sport Hybrid i-DCD untuk model Honda Jazz hibrid dan Honda City.

“Ïa seronok dipandu dan dipacu prestasi bagi memenuhi pasaran. Ia juga berjaya mengubah persepsi rakyat Malaysia.”

“Malah, teknologi e:Hev sistem hibrid dua motor mampu memberikan prestasi berkuasa dan kecekapan selain mengekalkan DNA Honda yang menyeronokkan untuk dipandu,”katanya dalam satu kenyataan.

Trenkuasa 1.5 L e:HEV buat julung kalinya diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020 menerusi Honda City.

Ketika itu, ia I merupakan pelancaran yang penting, kerana ia juga merupakan Tayangan Perdana Dunia bagi varian RS e:HEV.


Honda Malaysia kemudian memperkenalkan rangkaian kuasa 1.5L e:HEV menerusi  City Hatchback dan HR-V pada 2022.

Sejak pelancaran ketiga-tiga varian e:HEV, Honda Malaysia telah menjual lebih 2,800 unit City, City Hatchback (1,600 unit) dan lebih daripada 2,600 unit HR-V.

Pada November 2022, Honda Malaysia melancarkan lagi rangkaian kuasa 2.0L e:HEV menerusi model Honda Civic.


Varian ini dikatakan meningkatkan lagi segmen C dengan penawaran teknologi dan ciri hibrid paling canggih.

Setakat ini, Honda Malaysia telah berjaya menjual 600 unit Honda Civic e:HEV.

Apa yang cukup menarik, Honda telah menyelidik dan membangunkan rangkaian kuasa elektrik untuk EV, kenderaan sel bahan api dan hibrid.

Gallery

Tag:

2022 Honda Civic
Honda RS:eHEV
Honda Jazz
Honda Malaysia
Honda Hybrid Models
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Ini Betul-Betul Perompak Pro, Ambil Masa 3 Minit Larikan Trak Pikap Gergasi

Sekumpulan penjenayah dirakam melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Taman Desa Indah, Putra Nilai.

11-10-2022
Berita Auto

Honda Panggil Semula Civic 2022 & City Hybrid 2021

Honda Malaysia baru sahaja mengeluarkan notis rasmi yang mengumumkan panggilan semula kedua-dua model ini.

20-09-2022
Berita Auto

Honda City Hatchback RS e:HEV RM107K? Berbaloi Ke Beli?

Honda mengumumkan secara rasmi harga varian RS e:HEV.

16-02-2022
Berita Auto

Dah Kenapa Masak Di Stesen Minyak?

Perbuatan memasak di stesen minyak tular.

13-05-2024
Berita Auto

Salam Takziah Kepada Keluarga Mangsa

Kemalangan maut itu berlaku pada awal pagi tadi.

27-11-2023
Global

Honda Jazz/Fit 2023 Facelift Dipertontonkan Di Jepun

Honda Jazz (dikenali sebagai Fit di Jepun) generasi keempat kini tampil dengan gaya lebih segar.

09-08-2022
Berita Auto

Pengeluaran Honda Jazz Bakal Dihentikan?

Honda Jazz masih wujud di Malaysia namun pengeluaran jentera ini dikatakan akan dihentikan.

15-10-2021
Kereta Baru

KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k

Lupakan Sekejap Civic, Honda Prelude Generasi Ke-6 Dah Tiba Di Malaysia! Apa Yang Best Sangat?

12-06-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026