- Berita
- Kereta Baru
- Audi e-Tron GT, Jarak Gerak 488KM, Harga Dari RM588K

Selepas pratonton awal yang diadakan pada awal tahun ini, akhirnya Audi e-tron GT telah memasuki pasaran tempatan secara rasmi hari ini bersama-sama sepupunya iaitu SUV e-tron Q8 dan e-tron Q8 Sportback.
Ini menyaksikan Malaysia merupakan negara ASEAN yang pertama menerima rangkaian e-tron Audi yang sudah mula dijual rasminya.

Untuk Malaysia, pengimport dan pengedar PHS Automotive Malaysia (PHSAM) menawarkan e-tron GT quattro dan flagship RS e-tron GT quattro.
Seperti mana yang dinyatakan sebelum ini, kedua-duanya menyokong seni bina casis 800 volt yang tidak terlalu berbeza dengan Porsche Taycan.

Apapun, reka bentuk kedua-dua model ini cukup menawan hati manakala Audi pula mendakwa bahawa mendakwa e-tron GT mempunyai kadar pekali seretan terendah di dalam sejarah penghasilan kenderaan Audi dengan nisbah 0.24.
Model berkenaan juga dilengkapi dengan elemen aerodinamik aktif termaju termasuk salur masuk terkawal untuk brek.
Terdapat juga tirai yang boleh membantu aliran udara di sekeliling kenderaan bagi meminimumkan angin dan meningkatkan pengurusan haba, serta spoiler belakang yang memanjang dapat mengurangkan seretan udara namun bergantung pada situasi pemanduan.
Malah, kedua-duanya juga menggunakan tetapan dwi-motor dan pacuan semua roda (AWD) yang serupa namun dalam keadaan talaan yang berbeza.
Ia disumbat dengan pek bateri litium-ion 84 kWj.


Mengenai pengecasan pula, PHS Automotive Malaysia (PHSAM) mendakwa bahawa pengecasan penuh membolehkan e-tron GT quattro bergerak sejauh 488 kilometer dengan hanya sekali cas.
Untuk pengecasan, e-tron quattro menyokong maksimum AC input (Type 2) berkapasiti 11 kW, dengan pengecassan penuh mengambil masa sekitar sembilan jam.

Sekiranya menggunakan pengecas pantas DC dengan input maksimum 270 kW, ia boleh memenuhkan bateri dari 0-80% dalam masa hanya 22.5 minit.
Model e-tron GT quattro mampu menghamburkan kuasa setakat 30 PS, tork 640 Nm dan mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 4.1 saat.
Sementara itu, flagship RS e-tron GT quattro pula mampu menjana kuasa setinggi 646 PS and 820 Nm. Model ini pula mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 3.3 saat.
Dari segi prestasinya, apa yang membezakan kedua-dua varian base e-tron GT quattro dan RS e-tron GT quattro yang sporty ialah beberapa ciri dan kit utama..


Misalnya, model RS menerima fungsi diff-lock di gandar belakang dan bukannya yang jenis terbuka yang ditemui pada e-tron GT biasa.
Model flagship pula menerima suspensi udara adaptif yang boleh menaikkan dan menurunkan ketinggian tunggangan dengan pantas.
Satu lagi perbezaan utama terletak pada brek hadapan, di mana kelebihan utama berlencana RS yang lebih padu dengan angkup brek enam omboh, rotor brek besi 410mm dengan salutan tungsten carbide tahan lasak.
Ia mampu meningkatkan keupayaan brek dan haus yang lebih rendah berbanding dengan model asas e-tron GT dimana rotor besinya cuma 360 mm serta dan angkup brek enam omboh.

Bagaimanapun, brek yang canggih boleh dipilih dalam GT e-tron melalui Dynamic Package.
Bercakap mengenai Dynamic Package, ia sebenarnya memberi pilihan kepada pembeli untuk mendapatkan beberapa ciri tambahan.
Selain brek yang lebih mantap, ia juga menawarkan lampu laser Audi pintar, bumbung karbon ringan, kaliper brek merah, bahagian kabin dihiasi dengan material kulit Nappa atau mikro Dinamica serta sistem bunyi premium Bang & Olufsen dan Paparan Head Up

Apa yang dikongsi dalam kedua-dua varian ini ialah sistem bunyi e-tron sports.
Ini adalah satu siri bunyi digital berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh pembesar suara di dalam dan di luar kereta.
Menerusi pemilihan sistem pemanduan Audi, pemandu boleh memilih jenis bunyi yang mereka mahu.
Ini terdiri daripada profil kecekapan yang hampir tidak dapat didengari kepada ekspresi yang kuat, sporty dan besar.
Untuk aspek hiburan pula, ia diberikan MMI Navigation plus dengan sistem MMI touch yang terdiri daripada paparan skrin sesentuh 10.1-inci yang juga boleh digunakan bersama Android Auto dan Apple CarPlay menerusi antara muka telefon pintas Audi.

Terdapat juga kokpit maya 12.3-inci (kluster instrumen digital).manakala tempat duduk jenis sports boleh dilaras 18 hala selain ada juga ampu hadapan matriks LED Audi (e-tron GT quattro), dan lampu belakang LED dengan isyarat membelok dinamik.
Bagi yang berminat, ia terdapat dalam warna Kemora Gray, Suzuka Gray, Tango Red, Mythos Black, Daytona Gray, Ascari Blue, Floret Silver, Ibis White danTactical Green.
Audi e-tron GT quattro dan RS e-tron GT quattro kini boleh ditempah menerusi PHSAM atau pengedar PHSAM yang sah.
Seperti yang dimamklumkan dalam laporan awal pagi tadi, Audi e-tron GT quattro dijual pada harga RM597,990 .
Namun harga itu menjadi mahal iaitu RM661,990 jika ada yang berminat untuk membeli Dynamic Package.
Sementara itu, varian flagship RS e-tron GT quattro pula dijual pada harga RM787,990.
Harga itu termasuk dengan jaminan tanpa had perbatuan selama dua tahun, jaminan bateri selama lapan tahun atau jarak sejauh 160,000 km dan bantuan tepi jalan secara percuma selama lima tahun.
Pelanggan boleh memilih untuk melanjutkan perlindungan melalui pilihan the Audi Assurance Package yang menambah jaminan kenderaan 3 tahun dan baucar percuma JomCharge RM1,000.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
