Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Harga BMW i7: RM729,800.

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BMW Malaysia hari ini mengumumkan bahawa pihaknya akan menjual kereta elektrik baharunya, BMW i7 xDrive 60 M Sport pada harga RM 729,800.

Model yang diimport sepenuhnya cuma didatangkan dengan varian xDrive60 M Sport. Difahamkan jentera elektrik ini yang disumbat dengan dua motor elektrik (depan & belakang, AWD xDrive) mampu menghasilkan kuasa  544 hp dan 795 Nm tork. 

Motor-motor elektrik berkenaan menerima kuasa dari bateri lithium-ion berkapasiti 101.7-kWj yang diletakkan pada bahagian lantai, 

Ia mampu memecut dari 100 kilometer sejam hanya dalam masa 4.7 saat dengan kelajuan maksima dihadkan secara elektronik pada 240 km/j.

Menerusi kitaran ujian realistik WLTP,  ia dikatakan mampu bergerak sejauh 600 kilometer dengan satu kali cas penuh.

image.png

Menyentuh mengenai pengecasan, penggunaan pengecas pantas DC sehingga 195 kW menerusi penyambung CCS2 membolehkan ia cas dari 10-80% dengan sepenuhnya hanya dalam 50 minit.

Bagaimanapun, dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan BMW Group Malaysia pada hari ini, syarikat itu tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut mengenai spesifikasi kabinnya.

image.pngimage.png

Sebaliknya ia mungkin menyerupai kembarnya, 750e xDrive M Sport terutama di bahagian hadapan.

Dikatakan BMW i7 elektrik terbaharu ini didatangkan dengan bahasa reka bentuk BMW yang terkini. Ia dinamakan sebagai “Forwardism” untuk kelas mewah. 

image.png

Lampu hadapan kristal BMW Iconic Glow hadir dalam bentuk terbahagi di manakala bingkai gril ‘kidney’  pula agak menonjol.

Malah, terdapat pelbagai kelengkapan kelas pertama serta ambien yang bersofistikasi tinggi.

Adakah anda berminat untuk membeli BMW i7 ini?

Jika ya, ada berita baik untuk anda kerana BMW menawarkan program pembiayaan dinamik.

Program pembiayaan dinamik.

image.png

Dengan pelan pembiayaan “Straight Line” yang disediakan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW i7 xDrive 60 elektrik baharu boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM 8,401.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh tujuh tahun).

Pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh.

Pemilik jentera elektrik BMW i7 xDrive 60 yang baharu ini juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:

• Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun berserta Program Servis Berjadual Percuma oleh BMW

• Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW

• Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - Kad Keistimewaan BMW

• Servis Dalam Talian BMW

Apapun, harga jualan bagi BMW i7 xDrive 60 elektrik baharu hadir dengan Waranti Lanjutan 5 Tahun dan Pakej Servis, termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan.

Untuk keterangan lanjut, Klik.

Gallery

Tag:

BMW Malaysia
BMW i7 xDrive 60 M Sport
BMW i7
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-01-2026
Berita Auto

15-01-2026
Kereta Baru

20-06-2025
Berita Auto

06-03-2025
Pandu Uji

13-02-2025
Berita Auto

16-01-2025
Kereta Baru

16-01-2025
Berita Auto

28-11-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026