Link Copiedcheck_circle
Global

Honda Bawa Masuk Elevate, Harga Marhaen Sangat

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Honda menambahkan sebuah lagi model SUV dalam barisan globalnya. Kali ini, ia mendedahkan model SUV segmen-B yang dikenali sebagai Honda Elevate. 

Ia yang dibangunkan dan dibina di India turut berkongsi beberapa ciri yang sama dengan Honda City manakala versi EV akan menembusi pasaran dalam masa terdekat ini.

Jentera ini disumbat dengan enjin 1.5 liter NA dimana ia mampu menghasilkan 119 HP dan 145 Nm.

Dikhabarkan ia sama ada menggunakan  transmisi manual 6 kelajuan atau transmisi automatik CVT.

image.png

Dari segi dimensi, Elevate memiliki ukuran 4,312 mm panjang, 1,790 mm lebar, 1,650 mm tinggi dan 2,650 mm jarak roda.

Melihat kepada ukuran saiz itu, nampaknya dimensi Elevate hampir sama dengan pesaingnya seperti Honda HR-V dan Hyundai Creta.

Katanya, Elevate tidak mempunyai kaitan dengan SUV Honda WR-V baharu, yang dibangunkan khusus untuk pasaran serantau ASEAN.

Kembali kepada model baharu, Elevate menampilkan rupa SUV yang lebih konservatif, menampilkan beberapa isyarat reka bentuk yang mengikut bahasa reka bentuk generasi semasa Honda.

Di bahagian hadapan, SUV ini mempunyai gril hadapan yang besar dengan bar krom di atasnya. Jeriji pula diapit  dengan sepasang lampu hadapan yang agak kecil. 

image.png

Turut dipaparkan di sini ialah sepasang lampu kabus yang terletak di bahagian bawah bampar hadapan selain dilengkapi dengan plat skid ibawahnya.

Dari sisi pula, Elevate memaparkan siluet SUV berkotak tipikal, menampilkan pelapisan bahagian bawah badan yang menonjol untuk ukuran yang baik. 

Ia juga menampilkan kemasan dwi-tona, bumbung berwarna hitam berkilat dan cermin sisi. 

Selain itu, SUV ini juga menggunakan set roda 17-inci, lima jejari berkembar yang sama seperti yang digunakan pada facelift Honda City berspesifikasi India.

image.png

Menjengah di bahagian belakang, Elevate didatangkan standard dengan reka bentuk lampu belakang LED berbentuk L yang kelihatan agak serupa dengan Honda Civic FE dan WR-V.

Untuk dipadankan dengan fasia hadapan, pintu belakang SUV itu juga dilengkapi dengan pelapisan bahagian bawah badan yang menonjol, serta plat skid rona perak semata-mata untuk menonjolkan rupa yang lebih lasak.

image.png

Bahagian dalamannya pula dihiasi dengan paparan infotainment bersaiz 10.25 inci yang menyokong fungsi Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, dan terdapat juga  paparan kluster instrumen bersaiz 7 inci.

Malah terdapat juga, pad pengecas tanpa wayar, pemegang cawan dan ruang penyimpanan baran, saluran penghawa dingin di belakang  serta bumbung panorama  berelektrik. 

image.png

Kemasan dalaman pula menampilkan venir kayu yang merentangi di bahagian pemuka hadapan, serta campuran bahan sentuhan lembut dan kulit tiruan yang dililit sekitar  konsol tengah, pintu dan tempat duduk kereta.

Bagi ruang but pula, ia dikatakan sebesar 458 liter.

image.png

Bagi ciri-ciri keselamatan pula, ia didatangkan dengan ciri Honda Sensing yang merangkumi Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran, Lampu Suluh Tinggi, Sistem Bantuan Kekal Lorong, Kawalan Jelajah Adaptif dan Notifikasi Kereta Depan Mula Gerak.

Bagaimanapun, tempahan Elevate hanya dibuka pada Julai depan dimana harga bermula sekitar RM58,000.

Apa pula pandangan anda mengenai Elevate?

Kongsikan..

Gallery

Tag:

Honda
Honda Elevate B-Segment SUV
2023 Honda Elevate
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Di Bawah Pengaruh Ganja

Penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh ganja di Kilometer 23, Jalan Seremban- Kuala Pilah, Negeri Sembilan, malam tadi.

31-12-2025
Berita Auto

Honda Prelude 2026 Dipasarkan Di Jepun – Kit Sporty Mugen Ditawarkan

Setelah hampir dua tahun sejak konsep asalnya diperkenalkan, Honda akhirnya melancarkan model baharu Prelude 2026 di pasaran Jepun.

09-09-2025
EV

Honda N-One e: Didedah, Sekali Cas Boleh Gerak Sejauh 270KM!

Honda baru sahaja melancarkan versi pengeluaran kereta konsep yang dikenali sebagai Honda N-One e di Jepun, baru-baru ini.

30-07-2025
Kereta Baru

Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900

Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan Honda HR-V 2025 facelift untuk pasaran tempatan.

17-07-2025
EV

Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan

Honda akan menayangkan Honda Super EV Concept di Goodwood Festival of Speed.

17-06-2025
EV

Honda 'Patah Balik' Kepada Hibrid, Sasaran EV Dikurangkan

Honda Motor Co. mendedahkan bahawa syarikatnya kini mengurangkan sasaran bagi kenderaan elektrik (EV) ekoran ketidaktentuan pasaran global.

21-05-2025
Berita Auto

Pecah Rekod: MAS 2025 Catat 294,062 Pengunjung, Jana Lebih RM1.72 Bilion Potensi Jualan

MAS 2025 mencatat kehadiran pengunjung tertinggi iaitu seramai 294,062 orang sekali gus berjaya menjana potensi jualan sebanyaK RM1.72 billion

19-05-2025
Global

GAC Honda P7 Diperkenalkan Di China – Dari RM130K

Syarikat usaha sama automotif China, GAC Honda secara rasmi telah melancarkan SUV elektrik terbarunya, P7, untuk pasaran China dengan harga bermula dari RM130,400.

17-04-2025

Berita Terkini

Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026