Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Keluarga Mercedes A-Class, Harga Marhaen Tau!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) secara rasminya melancarkan  keluarga A-Class facelit ke pasaran tempatan sempena acara Mercedes-Benz Driving Experience yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, pagi tadi.

Antara yang ditawarkan ialah varian A200 Progressive Line, A 250 4MATIC AMG Line dimana masing-masing dijual pada harga RM 238,888 manakala A250 pula dianggarkan sekitar RM 264,888.

Kedua-dua varian ini adalah versi pemasangan tempatan (CKD) yang dilakukan di Pekan, Pahang.

image.pngimage.png

Selain dua varian ini, turut diperkenalkan ialah model facelift W177 Mercedes-AMG A35 4Matic dan A45 S 4Matic+.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai dua model ini akan disiarkan dalam satu laporan berasingan.

Berbalik kepada varian A 250,  ia disumbat dengan enjin turbo bersesaran 2.0 liter yang mampu menjana kuasa 224hp dan tork 350Nm. 

image.png

Rangkaian kuasa itu membolehkannya ia memecut dari 0-100km/j hanya dalam masa 6.4 saat dengan kelajuan maksimum dihadkan kepada 250km/j. 

Sementara itu, sistem penjana pemula bersepadu (ISG) yang disambungkan ke enjin dan berfungsi seiring dengan enjin pembakaran dalaman untuk memberikan kuasa tambahan pada pecutan sekitar 10 kW (14 HP) dan 150 Nm.

Apa yang pasti ia menjanjikan pemulaan enjin yang lebih lancar serta kecekapan bahan api yang lebih baik.

Bagi A200 pula, ia dijana dengan enjin empat siliner bersesaran 1.3 liter turbo dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 163hp dan tork 270Nm. 

Dipadankan dengan kotak gear tujuh kelajuan automatik klac berkembar, ia mampu memeceut dari 01-00km/j dalam masa 8.3 saat dengan pecutan maksimum 230km/j. 

image.pngimage.png

Bagaimanapun, perubahan pada bahagian luaran dalam kedua-dua varian ini adalah agak sederhana.

Ia dipasang dengan lampu depan yang diubah suai ringan dengan DRL LED bar tunggal baharu di atas setiap lampu depan ala C-Class.

Sebelum ini, ia berbentuk- L. Reka bentuk lampu belakang juga diubahsuai sedikit untuk kedua-dua varian ini.

Rekaan bampar hadapan juga agak baharu dimana ia memaparkan keterbukaan salur masuk bawah yang berbeza manakala gril hadapannya berbentuk sedikit heksagon.

Bagi bahagian tayar,  A200 kini menggunakan unit dwi-ton 17-inci baharu manakala A250 mendapat unit 18-inci gaya AMG yang turut menggunakan kemasan dwi-ton.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian dalamannya, susun atur kabinnya agak sama  tetapi pad sentuh tengah kini dipindahkan lebih tinggi pada konsol.

Terdapat juga butang untuk menekan mod pemanduan Akses Dinamik, serta sensor cap jari.

Persediaan skrin berkembar bersaiz  10.25-inci juga dikekalkan  tetapi ia kini menjalankan perisian MBUX terbaharu yang menawarkan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay.

image.pngimage.png

Bagi A250 berspesifikasi lebih tinggi, modul Kawalan Stereng Aktifnya telah dinaik taraf dengan ketara.

Ia kini menyokong tempat letak kereta, termasuk bantuan tempat letak kereta dan kamera 360 darjah dengan pengimejan 3D.

Melihat kepada harga yang ditawarkan, apa pula pandangan anda.

Namun seperti sebelum ini, kedua-dua harga termasuk liputan waranti perbatuan tanpa had standard MBM selama 4 tahun.

Gallery

Tag:

mercedes benzA250
mercedes benzA200
MERCEDESBENZ
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Mercedes-Benz Malaysia Tayang Imej Teaser GLC

Mercedes-Benz Malaysia Tayang Imej Teaser GLC

Mercedes-Benz Malaysia sudah mula memberi bayangan bahawa pihaknya akan melancarkan sebuah model kenderaan utiliti sukan secara rasminya pada minggu hadapan.

30-03-2023
Video
Mercedes Benz AMG A45S Review Pandu Uji | Adakah Ini AMG Pilihan Anda?

Mercedes Benz AMG A45S Review Pandu Uji | Adakah Ini AMG Pilihan Anda?

Mercedes-AMG A45 S 2022 Review Pandu Uji | Adakah Ini AMG Pilihan Anda? Walaupun mahal, ia tetap memberikan kepuasan berganda.

27-01-2023

Berita Terkini

Kereta Baru
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026
Kereta Baru
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026