- Berita
- EV
- Mazda Bakal Hasil EV Dengan Bateri Panasonic

EV Mazda Demio yang dipamerkan di Muzium Mazda, Hiroshima (Foto: Mazda)
Mazda, meskipun terkenal sebagai jenama yang skeptikal terhadap kenderaan elektrik (EV), juga tidak ingin terlepas daripada masa depan di mana kenderaan bertenaga bateri menjadi penting dalam pasaran automotif. Oleh itu, syarikat pengeluar kereta Jepun itu baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka sedang menjalankan perbincangan dengan Panasonic untuk mendapatkan bekalan bateri.
Perbincangan tersebut akan memberi tumpuan kepada pembentukan rakan kongsi jangka sederhana hingga panjang. Mazda berharap dapat menggunakan bateri litium-ion silinder Panasonic, yang juga digunakan oleh Tesla dalam kenderaan mereka.

Tesla menggunakan bateri litium-ion silinder Panasonic (Foto: Panasonic Group)
Pada November 2022, Mazda mengumumkan rancangan bahawa 25% daripada jualan yang dibuat adalah terdiri daripada kenderaan elektrik tulen menjelang tahun 2030. Eksekutif syarikat tersebut juga mengatakan pengisian pantas adalah lebih penting berbanding kemampuan sesebuah EV untuk mencapai jarak perjalanan yang jauh.
Pembuat kereta ini berharap dapat menggunakan bateri yang dihasilkan di kilang Panasonic di Jepun dan Amerika Utara, yang juga mungkin memberikan petunjuk kepada kawasan pasaran EV Mazda pada masa akan datang.

Bateri litium-ion silinder Panasonic (Foto: Electrek)
Pengarah dan Pegawai Pengurusan Kanan Mazda, Masahiro Moro berkata, "Mazda bekerjasama dengan rakan kongsi dalam tiga fasa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dalam trend pengawalseliaan, keperluan pengguna, dan bidang lain.
"Kami gembira untuk berkolaborasi dengan Panasonic Energy, yang telah menjadi perintis dalam bateri litium-ion automotif dengan membangunkan produk berkualiti tinggi,” katanya.
Walaupun syarikat-syarikat ini masih lagi dalam peringkat perbincangan, Mazda menyatakan bahawa matlamat mereka adalah untuk memasang bateri yang dibekalkan oleh Panasonic dalam EV yang dirancang akan dilancarkan pada separuh kedua tahun 2020-an.
Sekiranya berita ini menarik, mungkin anda juga ingin membaca artikel yang dikongsikan di bawah:
Baca: Paten Terbaharu Mazda Didedahkan: Kereta Sport Dengan Enjin Rotari
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv