- Berita
- EV
- EV Pertama Mazda Bakal Guna Teknologi Bateri Panasonic
![]()
Mazda Motor Co. (Mazda) menunjukkan bahawa syarikatnya kini serius untuk melangkah ke era elektrifikasi dengan rancangan untuk membangunkan sebuah kilang modul bateri berteknologi tinggi di Iwakuni City, Yamaguchi, Jepun. Bateri yang dikeluarkan nanti akan digunakan dalam kenderaan elektrik bateri (BEV) pertama Mazda yang dibina di atas platform EV khas.
Penggunaan Sel Bateri Canggih Panasonic
-full_normal.jpg)
Penubuhan kilang ini mencatatkan detik penting dalam kerjasama strategik antara Mazda dan Panasonic, yang pertama kali diumumkan pada Mei 2023. Kilang ini akan menghasilkan modul dan pek bateri canggih menggunakan sel lithium-ion berbentuk silinder yang dibekalkan oleh Panasonic Energy Co.
Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, Panasonic akan meningkatkan kapasiti pengeluaran bateri serta membangunkan teknologi baharu untuk memastikan bekalan bateri kenderaan elektrik (EV) yang stabil dan berkualiti tinggi.
Kapasiti Pengeluaran Yang Tinggi
-full_normal.jpg)
Kilang di Iwakuni ini dijangka memiliki kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 10 GWj, sejajar dengan “Polisi Pengurusan 2030” Mazda. Polisi ini menerapkan pendekatan pelbagai penyelesaian bagi menangani isu pemanasan global.
Komited Untuk Memenuhi Pelbagai Keperluan Pelanggan
Mazda akan menawarkan pelbagai jenis kenderaan elektrifikasi, termasuk BEV, hibrid, hibrid plug-in (PHEV) dan EV dengan pemanjang jarak (REEV) untuk memenuhi keperluan pelanggan dan juga peruntukan undang-undang.
Baca: Mazda MX-5 Versi Perlumbaan, Spirit Racing, Bakal Dipertontonkan Di Tokyo Auto Salon 2025
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

