- Berita
- Global
- Mitsubishi Triton 2024 Bakal Buat Kemunculan Pertama 26 Julai Ini Di Thailand
Mitsubishi Triton 2024 Bakal Buat Kemunculan Pertama 26 Julai Ini Di Thailand

Mitsubishi Triton VGT Athlete Generasi Kelima
Trak pikap Mitsubishi Triton 2024 dilaporkan akan membuat penampilan global pertamanya pada 26 Julai ini di Thailand.
Menurut laman web automotif yang berpangkalan di Thailand, Headlightmag, Triton generasi seterusnya akan ditawarkan dalam versi double-cab atau Mega Cab. Sementara itu, varian kabin tunggal (single cab) pula akan menyusul kemudian pada tahun ini. Walaupun model baharu itu nanti akan menggunakan enjin turbodiesel DOHC 2.4 liter yang sama dengan model yang ditawarkan sekarang, laporan tersebut turut mendedahkan bahawa Triton baharu itu mungkin akan ditawarkan dalam versi separa elektrik.
Baca: Mitsubishi Triton Generasi Baharu MUNGKIN Kelihatan Seperti Ini

Pelan "Challenge 2025" Mitsubishi Motors Corporation membabitkan trak pikap elektrik penuh (BEV). Mungkinkah ini Triton versi elektrik?
Sebelum ini, kami pernah melaporkan bahawa Mitsubishi sedang membangunkan trak pikap EV tulen sebagai sebahagian daripada rancangan eletrifikasi "Challenge 2025" syarikat. Seperti banyak jenama Jepun lain di pasaran, perancangan EV ini akan melibatkan pemasangan teknologi separa elektrik pada model-model ICE semasa mereka, dengan Triton generasi seterusnya dilaporkan menjadi salah satu daripada beberapa model yang akan dilengkapi dengan teknologi tersebut.
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
Kereta Konsep Mitsubishi XRT
Mitsubishi Triton 2024 dilaporkan akan dibangunkan berdasarkan kereta konsep Mitsubishi XRT yang telah didedahkan semasa Bangkok International Motor Show (BIMS) 2023. Model konsep itu hadir dengan reka bentuk kotak yang agresif dan dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan off-road. Ciri-ciri ekstrem yang sama berkemungkinan besar dapat dilihat digunakan pada Triton generasi baharu yang akan dilancarkan nanti, terutamanya pada varian tertinggi.

-full.webp)
Ford Ranger generasi seterusnya (kiri) & Toyota Tacoma yang hanya ditawarkan untuk pasaran AS (kanan)
Namun, semua ini hanyalah spekulasi dan desas-desus semata-mata, kita nantikan tarikh 26 Julai ini untuk melihat sejauh mana kebenaran khabar angin ini. Apa yang pasti, Triton generasi keenam bakal menjadi trak pikap sederhana generasi baharu kedua yang dilancarkan di rantau ini selepas Ford Ranger. Bila pula giliran Toyota Hilux?
-full.webp)
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
