Link Copiedcheck_circle
Global

Mitsubishi Triton Street 2026 Dilancarkan Di Thailand – Mega Cab, Dari RM84K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

The-NEW-MITSUBISHI-TRITON-STREET-MEGA-CAB-LOW-RIDER_101-1.jpg
Mitsubishi Tirton Street

Pasaran yang rancak menggunakan trak pikap, Thailand, telah menerima varian istimewa terbaru untuk model Mitsubishi Triton, iaitu Triton Street. Model ini dibangunkan berdasarkan versi Mega Cab untuk generasi terdahulu, menggantikan Mega Cab 2.4 Active, dengan rekaan hadapan yang berbeza. 


Apa Itu Konsep Kabin 'Mega Cab'?


The-NEW-MITSUBISHI-TRITON-STREET-MEGA-CAB-LOW-RIDER_108.jpg
Mitsubishi Tirton Street Versi Mega Cab

Konsep ‘Mega Cab’ Mitsubishi yang juga dikenali sebagai Smart Cab atau King Cab oleh pengeluar lain adalah sejenis kabin tunggal yang dipanjangkan. Susun atur ini dicipta untuk menawarkan ruang yang lebih luas, dalam masa yang sama menawarkan ruang tambahan yang kecil di barisan kedua (sesetengah model menyediakan tempat duduk). 


Bagi kategori trak pikap ini, jumlah pintu yang disediakan berkait rapat dengan bilangan tempat duduknya. Kebanyakan model yang hanya mempunyai dua tempat duduk hanya datang dengan dua pintu. Namun, ada model yang menawarkan tempat duduk lebih, di mana ia dilengkapi pintu gaya coach doors (atau dikenali sebagai suicide doors yang diinspirasikan oleh Rolls-Royce), iaitu pintu tambahan kecil yang engselnya berada di belakang.


Untuk Triton Street baharu ini, ia tampil ringkas dengan hanya dua pintu bersama dua tempat duduk di ruang kabin tambahan.


Apakah Spesifikasi Sistem Trenkuasa Mitsubishi Triton Street?


Triton Street dijana oleh versi enjin 'normal', turbodiesel 4 silinder 2.4 liter Mitsubishi yang diperbaharui, menghasilkan kuasa 148 hp dan tork 330 Nm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi manual 6 kelajuan.


Berbeza dengan ciri yang biasanya disematkan pada trak pikap single cab di Thailand, Triton Street TIDAK dilengkapi dengan sistem pacuan empat roda (4WD), sebaliknya ia hanya menggunakan pacuan roda belakang (RWD). Walau bagaimanapun, ia dilengkapi ciri pembeza gelincir terhad aktif jenis brek (brake-type active limited-slip diff) untuk kestabilan. 


Bagaimanakah Rekaan Triton Street?


Mitsubishi-triton-Mega-Cab-Interior-9.jpgMitsubishi-triton-Mega-Cab-Interior-13.jpg

Mitsubishi-triton-Mega-Cab-Interior-4.jpgMitsubishi-triton-Mega-Cab-Interior-5.jpg


Memandangkan ia adalah tawaran peringkat 'asas', ruang kabinnya tampil sederhana dengan tempat duduk dalam balutan fabrik.


Walau bagaimanapun, ia tetap diberikan pelbagai ciri moden seperti:

  • Sistem Infotainmen: Dilengkapi skrin sentuh 10 inci yang besar dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, tetapi hanya dipadankan dengan dua pembesar suara.
  • Ciri Keselamatan (ADAS): Lebih daripada sekadar ciri asas dengan penambahan Forward Collision Mitigation (FCM) bersama pengesan pejalan kaki, yang merupakan versi asas bagi brek kecemasan automatik (AEB).

Ciri keselamatan asas lain termasuk dua beg udara, ABS dengan EBD dan BA, kawalan kestabilan dan traksi aktif (ASC & TCS) serta bantuan mula mendaki (HAS).


Mitsubishi-Triton-Street-1.jpg

The-NEW-MITSUBISHI-TRITON-STREET-MEGA-CAB-LOW-RIDER_105-1.jpgThe-NEW-MITSUBISHI-TRITON-STREET-MEGA-CAB-LOW-RIDER_104-1.jpg


Rekaan luaran Triton Street tetap menyerlah dengan gril bersama komponen udara enam sisi  dan bampar hadapan baharu yang besar, diapit oleh lampu kabus yang diberikan perumah hitam untuk gaya yang ranggi. Ia juga dilengkapi rim aloi 17 inci eksklusif untuk varian ini, dalam warna hitam. Sebagai varian standard, Triton Street hanya menggunakan lampu depan jenis halogen multi-reflektor. 


Berapakah Harga Jualan Mitsubishi Triton Street di Pasaran Thailand?


Bagi pasaran Thailand, Mitsubishi meletakkan harga Triton Street baharu pada angka yang sama dengan versi terdahulu, iaitu THB649,000 (~RM84,500). Harga ini termasuk waranti selama 5 tahun atau 150,000 km, bantuan kecemasan 24 ja  dan buruh servis percuma untuk 5 tahun atau 100,000 km.

The-NEW-MITSUBISHI-TRITON-STREET-MEGA-CAB-LOW-RIDER_106.jpg

Tag:

Mitsubishi Triton Street 2026
Mitsubishi Triton Street
Mitsubishi Triton
Mitsubishi Triton Street 2026 Thailand
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Nissan Navara 2026 Buat Kemunculan Rasmi, Kembar Triton Yang Lebih Garang

Nissan Navara 2026 Buat Kemunculan Rasmi, Kembar Triton Yang Lebih Garang

Setelah lebih sedekad, Nissan akhirnya mendedahkan trak pikap Navara generasi terbaru minggu ini.

20-11-2025
Berita Auto
Triton Terbang, Rupanya Pemandu Mabuk

Triton Terbang, Rupanya Pemandu Mabuk

Sebuah pikap jenis Mitsubishi Triton terbabas lalu ‘terbang’ melintasi pembahagi jalan sebelum menghempap lima kereta yang berhenti di lampu isyarat di Jalan Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ) Cheng, pagi tadi.

25-09-2025
Berita Auto
Mitsubishi Anjur Cabaran Red Peak Tetapi Di Kuching

Mitsubishi Anjur Cabaran Red Peak Tetapi Di Kuching

MMM bakal menganjurkan Red Peak Challenge di Farley Mall, Kuching pada hujung minggu ini.

21-08-2025
Berita Auto
Mitsubishi bersama  Millennium Autohaus Sdn Bhd Buka Pusat 3S Di Kajang

Mitsubishi bersama Millennium Autohaus Sdn Bhd Buka Pusat 3S Di Kajang

MMM bersama Millennium Autohaus telah membuka pusat 3S terbaharu mereka di Kajang, Selangor, baru-baru ini.

28-04-2025
Global
Nissan Navara Bukan Sekadar Model Rebadge Triton

Nissan Navara Bukan Sekadar Model Rebadge Triton

Nissan Navara generasi akan datang dikatakan akan menerima beberapa perubahan ketara.

13-02-2025
Berita Auto
Mitsubishi Anjur Drive Your Ambition, Ada Test Drive Triton

Mitsubishi Anjur Drive Your Ambition, Ada Test Drive Triton

Acara Drive Your Ambition akan diadakan di ParkCity Eastwood, Miri, Sarawak.

13-01-2025
Berita Auto
Mitsubishi Triton Menang Anugerah Rekaan Terbaik Jepun – Imej "Beast Mode" Yang Menyerlah

Mitsubishi Triton Menang Anugerah Rekaan Terbaik Jepun – Imej "Beast Mode" Yang Menyerlah

Mitsubishi Motors berjaya mencipta kejayaan besar apabila trak pikap terbarunya, Mitsubishi Triton, dinobatkan sebagai Kereta Rekaan Terbaik 2024-2025 semasa Anugerah Kereta Terbaik Jepun baru-baru ini.

12-12-2024
Berita Auto
KLIMS 2024: Mitsubishi Motors Tayang Aksesori Asli Untuk Triton, Xpander Facelift

KLIMS 2024: Mitsubishi Motors Tayang Aksesori Asli Untuk Triton, Xpander Facelift

MMM mempamerkan barisan aksesori tulen untuk dua model baharunya ,Triton generasi baharu dan Xpander.facelift di KLIMS 2024.

05-12-2024

Berita Terkini

Global
Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global
Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026
Global
MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

enama MG milik SAIC telah menjadi jenama kereta pertama China yang mencapai jualan terkumpul melebihi satu juta kenderaan di Eropah dan UK.

24-02-2026
Global
Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.

24-02-2026
Global
Peminat G-Class Kena Bersabar! Pelancaran Versi 'Baby' Ditunda Ke 2027 – Sedang Diuji

Peminat G-Class Kena Bersabar! Pelancaran Versi 'Baby' Ditunda Ke 2027 – Sedang Diuji

Imej intipan terbaru mendedahkan bahawa Mercedes-Benz kini sedang giat menguji model yang digelar sebagai ‘baby G-Class’.

23-02-2026
Global
Ini Dia Model PHEV Pertama Berprestasi Tinggi Daripada Audi, Audi RS5 2026

Ini Dia Model PHEV Pertama Berprestasi Tinggi Daripada Audi, Audi RS5 2026

Audi telah mengikut jejak langkah pesaing Jermannya dengan menyertai gelombang elektrifikasi apabila memperkenalkan model hibrid plug-in (PHEV) berprestasi tinggi pertamanya, iaitu Audi RS5 2026.

20-02-2026
Global
Toyota RAV4 PHEV 2026 Tiba Di Jepun – Ada Varian GR Sport, 324HP, Boleh Jadi Powerbank?

Toyota RAV4 PHEV 2026 Tiba Di Jepun – Ada Varian GR Sport, 324HP, Boleh Jadi Powerbank?

Toyota akhirnya melengkapkan barisan model tersebut di Jepun dengan pelancaran varian hibrid plug-in (PHEV).

20-02-2026
Global
BMW M Bakal 'Serang' Pasaran Dengan 30 Model Baharu Menjelang 2030

BMW M Bakal 'Serang' Pasaran Dengan 30 Model Baharu Menjelang 2030

BMW M dilaporkan sedang bersedia memasuki mod ‘perang’ apabila mendedahkan rancangannya untuk melancarkan sehingga 30 model baharu sebelum dekad ini melabuhkan tirainya.

20-02-2026