- Berita
- Berita Auto
- Orang Ipoh Jangan Lepaskan Peluang Rasai Pemanduan Ford
Orang Ipoh Jangan Lepaskan Peluang Rasai Pemanduan Ford
Ada berita baik untuk orang Ipoh!
Ini kerana Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal Ford di Malaysia menampilkan Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel sempena Siri Jelajah Ford Experience Hub yang akan bermula di Ipoh.
Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, Ford Experience Hub menawarkan pengalaman yang lebih interaktif.
‘”Ia merupakan sebuah peluang yang mana orangmramai boleh datang dan merasai sendiri pemanduan Ford dan barisan kenderaan generasi baharunya yang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain daripada Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu, pengunjung juga boleh memandu uji SUV tujuh-tempat duduk premium Everest generasi baharu di Ipoh Parade Mall.
Mereka hanya perlu maklumkan kepada Pakar Ford di lokasi untuk tempahan slot pandu uji.
Ford Concierge juga akan disediakan untuk membantu sebarang pertanyaan.
Pengunjung juga boleh mengetahui lebih lanjut tentang kenderaan Ford, menempah sesi pandu uji, belajar dan memahami berkaitan Ford Ranger Getaways serta meneliti dan membeli barangan gaya hidup Ford.
Sebagai tambahan, mereka yang membuat tempahan Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu atau mana-mana kenderaan ketika Ford Experience Hub, serta pelanggan Ranger dan Raptor yang menempah Ford Ranger Getaways, mereka boleh menebus cenderahati eksklusif serta-merta di lokasi.
TAWARAN MENARIK
Bagi 300 pelanggan terawal yang membuat tempahan bagi Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu akan turut menerima perakam video digital dua saluran pemasangan khusus Kenwood dengan sambungan tanpa wayar, vest Ranger Raptor khas dan hadiah berupa diskaun RM500 untuk Ford Ranger Getaways.
Semua pelanggan Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu boleh juga menggunakan kod kad keistimewaan Inner Circle mereka untuk menikmati diskaun 30% bagi satu perjalanan Ford Ranger Getaways.
Untuk keterangan lanjut, layari www.sdacford.com.my.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari