- Berita
- EV
- Pelancaran EV Sporty, Audi Q8 Sportback e-tron – Cecah 600KM, Dari RM389K
Pelancaran EV Sporty, Audi Q8 Sportback e-tron – Cecah 600KM, Dari RM389K
![]()
PHS Automotive Malaysia (PHSAM) hari ini telah memperkenalkan Audi Q8 Sportback e-tron baharu dalam versi yang lebih sporty. Audi Q8 Sportback e-tron hadir dalam dua varian: Q8 Sportback e-tron advanced 50 quattro pada harga bermula dari RM 389,990 dan Q8 Sportback e-tron S line 55 quattro pada harga bermula dari RM 484,990 (tidak termasuk Audi Assurance Plan).
PRESTASI AUDI Q8 SPORTBACK E-TRON

Dilengkapkan dengan motor elektrik yang berkuasa tinggi pada gandar depan dan belakang, varian advanced boleh mencapai kuasa sebanyak 335 hp (250 kW) dan tork sebanyak 664Nm, sementara varian S line 55 lebih bertenaga dengan kuasa sebanyak 402 hp (300 kW), namun dengan angka tork yang sama, 664 Nm. Varian advanced boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.0 saat, sementara S line 55 pula lebih pantas, 5.6 saat.


Kedua-dua varian Audi Q8 Sportback e-tron dilengkapi dengan bateri lithium-ion voltan tinggi yang menjanjikan jarak perjalanan sehingga sejauh 600 km dengan cas penuh. EV ini menyokong sistem pengecasan pantas Combined Charging System (CCS), membolehkan bateri diisi dari 20% hingga 80% dalam masa hanya 28 minit bagi bateri 95 kWh (advanced) dan 31 minit untuk bateri 114 kWh (S line).
REKA BENTUK AUDI Q8 SPORTBACK E-TRON





Dari segi dimensi, Q8 e-tron berkepanjangan 4,915 mm, lebar 1,937 mm dan memiliki jarak antara roda 2,928 mm. Hadir dalam reka bentuk yang elegan dan aerodinamik, Audi Q8 Sportback e-tron telah dibina berdasarkan bahasa rekaan elektrik terkini Audi yang ditonjolkan melalui penggunaan gril Singleframe yang ekspresif. Kelengkapan standard lain di bahagian luar ialah lampu depan digital LED matriks dan lambu kombinasi belakang LED.





Terdapat beberapa perbezaan ketara antara kedua-dua varian yang ditawarkan. Varian advanced dilengkapkan dengan suspensi udara adaptif sport dan rim Graphite Gray Aero 20 inci dan tayar 255/50 R20. Pembeli boleh mendapatkan pakej penggayaan Black untuk gaya yang lebih sporty dengan penggunaan aksen hitam dan kaliper brek merah.
Sementara itu, varian S line pula menggunakan rim Aero 5 jejari Black Metallic 21 inci Audi Sport, tayar 265/45 R21, mempunyai cahaya pantulan LED pintu (depan dan belakang) dan cermin sisi maya (pandangan sisi dipaparkan pada skrin di dalam kabin).
KABIN AUDI Q8 SPORTBACK E-TRON



Bergerak ke bahagian dalam Audi Q8 Sportback e-tron, terdapat tempat duduk sport yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan, upholsteri kulit Valcona, dan stereng pelbagai fungsi yang dilengkapi dengan pedal penukar gear. Model ini menggunakan Audi Virtual Cockpit plus, yang menyediakan maklumat terperinci mengenai kuasa elektrik.


Ciri standard lain ialah tempat duduk pemandu dengan pelarasan automatik serta fungsi memori, sokongan lumbar untuk tempat duduk barisan depan dan kawalan pendingin hawa 4 zon.
S line 55 ditambah dengan ciri premium lain seperti sistem pembersih udara (ionizer) dan pewangi (aromatization), penutupan pintu automatik, tempat duduk sport, logo S pada beberapa bahagian dan sebagainya. Varian ini turut dilengkapkan dengan sistem audio 3D premium Bang & Olufsen.
CIRI KESELAMATAN AUDI Q8 SPORTBACK E-TRON
Kenderaan ini menawarkan ciri keselamatan terkini, termasuk 8 beg udara SRS, Audi pre sense hadapan dan belakang, kawalan pelayaran adaptif dengan pengehad kelajuan, amaran keluar lorong, dan amaran lintasan trafik belakang.
HARGA AUDI Q8 SPORTBACK E-TRON

Berikut adalah harga jualan bagi kedua-dua varian:
- Q8 Sportback e-tron advanced 50 quattro: RM389,990
- Q8 Sportback e-tron S-line 55 quattro: RM484,990
Harga kereta adalah termasuk jaminan selama 2 tahun, tanpa had perbatuan serta jaminan EV selama 8 tahun atau sejauh 160,000 km. Pelanggan boleh memilih jaminan tambahan, Audi Assurance Package yang mana pembeli boleh mendapatkan jaminan tambahan selamat 3 tahun dan baucar JomCharge bernilai RM1,000.
RISALAH AUDI Q8 SPORTBACK E-TRON ADVANCED 50 QUATTRO


RISALAH AUDI Q8 SPORTBACK E-TRON S LINE 55 QUATTRO


Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

