Link Copiedcheck_circle
EV

Ini Dia Rekaan Semula C111 1970-An, Mercedes-Benz Vision One-Eleven - EV Dengan Teknologi AR

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Mercedes-Benz_Vision_One-Eleven-36.jpg


Kereta prototaip eksperimental Mercedes-Benz C111 adalah salah satu kereta sport ikonik yang muncul buat pertama kalinya pada era 1970-an. Walaupun hanya sebuah prototaip, model yang hebat ini mencapai status ikoniknya kerana reka bentuk radikal dengan bukaan pintu seperti sayap burung, bentuk unik dan banyak lagi.


Mercedes-Benz_Vision_One-Eleven-8.jpg


Setelah berpuluh tahun berlalu, Mercedes-Benz akhirnya memberikan penghormatan yang selayaknya diberikan kepada model ikonik ini, kali ini dalam bentuk kereta konsep Mercedes-Benz Vision One-Eleven versi elektrik penuh. Model ini telah dipertontonkan pada minggu lalu di  International Design Center Mercedes-Benz di Carlsbad, California. 


Mercedes-Benz_Vision_One-Eleven-1.jpg


Secara visual, Vision One-Eleven mempunyai reka bentuk yang secara keseluruhannya menyerupai C111, tetapi dengan gaya yang lebih futuristik yang sesuai untuk zaman abad ke-21. Di bahagian depan, Vision One-Eleven menggunakan bampar berbentuk bujur, di sini juga terdapat dua lampu bulat dan sepasang rongga ventilasi bergaris tiga di kedua-dua hujungnya.


Mercedes-Benz_Vision_One-Eleven-2.jpg

Mercedes-Benz_Vision_One-Eleven-4.jpgMercedes-Benz_Vision_One-Eleven-7.jpg



Vision One-Eleven mempunyai pintu bukaan atas seperti versi asal. Selain itu, EV konsep ini dilengkapi dengan elemen aerodinamik yang kelihatan agresif, termasuk splitter hadapan dengan canard di sisi, diffuser belakang, serta skirt tepi dengan sirip yang menonjol - semuanya dalam warna hitam, kontra daripada jingga terang yang digunakan pada badan kereta.


Berbeza dengan C111 lama, Vision One-Eleven menukarkan enjin bahan api kepada enjin elektrik tulen. EV Vision One-Eleven menggunakan enjin elektrik aksial-fluks yang direka oleh YASA - anak syarikat teknologi berpangkalan di UK yang merupakan subsidiari Mercedes-Benz. Motor yang digunakan tidak mengambil banyak ruang berbanding motor magnet sinkron konvensional, membolehkan lantai Vision One-Eleven dapat direka lebih rapat kepada permukaan jalan. 


Mercedes-Benz_Vision_One-Eleven-32.jpgMercedes-Benz_Vision_One-Eleven-34.jpg



Setiap motor yang dihasilkan YASA boleh menghamburkan kuasa sebanyak 250 kW dan sekiranya kesemua roda dilengkapi dengan motor ini, membolehkan sistem keseluruhannya mencapai  1,000 kW (1,341 HP). Ini hanya satu kemugkinan, kerana Mercedes-Benz tidak membuat sebarang pengumuman mengenai output EV konsep ini. 


Berdiri pada ketinggian yang hampir mencecah permukaan lantai, membolehkannya mempunyai tempat duduk sporty dengan aura seperti di dalam sebuah kereta Formula One di dalam kabin. Di dalam kabin sama, EV ini menggunakan warna tema yang unik, iaitu gabungan warna perak dan jingga. Antara ciri menarik lain ialah skrin paparan yang melintang di sepanjang dashboard, kanopi kaca berkelebaran penuh, serta stereng berbentuk segi empat yang berwarna jingga.


Mercedes-Benz_Vision_One-Eleven-17.jpgMercedes-Benz_Vision_One-Eleven-5.jpg

Mercedes-Benz_Vision_One-Eleven-12.jpgMercedes-Benz_Vision_One-Eleven-11.jpg


Sekiranya paparan piksel yang digunakan model ini kelihatan agak klasik, anda boleh memilih untuk memakai headset AR yang boleh memaparkan seluruh kereta sebagai sebuah interface. Pandangan AR ini  membolehkan anda melihat ‘menembusi’ tiang A. 


Mercedes-Benz_Vision_One-Eleven-25.jpg


Konsep yang sangat dahsyat bukan? Bagaimanapun, seperti yang dikatakan di dalam artikel, ini hanyalah sebuah model konsep yang digunakan oleh para pereka sebagai satu platform latihan reka bentuk. Kemungkinan model ini untuk dikeluarkan sebagai model pengeluaran agak tipis, lebih-lebih lagi kerana Mercedes-Benz tidak mengumumkan sebarang butiran teknikal sebenar mengenai kereta ini.


Apa pendapat anda mengenai kereta konsep Mercedes-Benz Vision One-Eleven ini? Kongsikan pandangan anda di bawah. 

Mercedes-Benz_Vision_One-Eleven-18.jpg


Tag:

Mercedes-Benz C111
Mercedes-Benz C111 Prototype
2023 Mercedes-Benz Vision One-Eleven Concept EV
Mercedes-Benz Vision One-Eleven
kereta konsep Mercedes
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV
UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV
Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV
Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV
BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV
Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV
smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV
Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV
Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026