Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pengecas EV Kini Di 6 Pejabat Pos Malaysia, Kerjasama Dengan Yinson GreenTech

Sofea Najmi

Kongsi melalui

yinson-pos-malaysia-(7).jpg

Pos Malaysia Berhad menjalinkan kerjasama strategik dengan Yinson GreenTech melancarkan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang dikuasakan oleh chargEV. Kerjasama ini menunjukkan komitmen Pos Malaysia untuk menawarkan solusi pengangkutan lestari kepada para pelanggan. 

Melalui perjanjian dengan Yinson GreenTech ini, Pos Malaysia menyasarkan untuk menyediakan pilihan pengecas yang mudah diakses di enam buah cawangan Pos Malaysia di seluruh negara. Stesen cas EV Pos Malaysia disediakan di Shah Alam, Ipoh, Melaka, Seremban, Alor Setar dan Taman Sri Tebrau, Johor Bahru.

Stesen pengecasan ini dibuka dari jam 7 pagi hingga 11 malam setiap hari. Setiap lokasi dilengkapi dengan pengecas DC 40kW dengan sambungan CCS2 pada kadar RM1.20 bagi setiap kW. Namun, berita baik untuk semua pemilik EV, pengecas ini boleh digunakan secara percuma sebagai tawaran pengenalan sehingga 30 Jun ini. 


yinson-pos-malaysia-(9).jpg


Pada masa akan datang, pelanggan boleh memanfaatkan kemudahan pengecasan ini sambil menikmati pelbagai perkhidmatan lain yang disediakan oleh rakan kongsi Pos Malaysia termasuk Cafe Mesra, ZUS Coffee, dan Photobook, yang kesemuanya terletak di dalam premis pejabat pos.


Stesen cas EV akan dipasang secara berperingkat, dengan rancangan untuk memasang lebih banyak stesen cas EV di pejabat pos lain pada masa akan datang. Ini akan meningkatkan aksesibiliti stesen pengecas untuk pemilik EV dan secara tidak langsung dapat menyokong peningkatan jumlah kenderaan elektrik di negara ini.


yinson-pos-malaysia-(5).jpg


Pos Malaysia juga komited untuk mencapai matlamat kelestarian serta pelepasan karbon sifar bersih atau 'net-zero emissions' menjelang tahun 2050. 

Tag:

Pengecas EV
Pos Malaysia
Pos Malaysia Berhad
Yinson GreenTech
Pengecas DC
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026
EV

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.

05-01-2026
EV

Swift Bridge, ChargeSini Meterai MoU, Hasilkan Pengecas EV Di Malaysia

Swift Bridge Technologies (MFG) Sdn. Bhd. mengumumkan pelaburan besar bernilai RM11.2 juta untuk memulakan pengeluaran pengecas EV tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

13-11-2025
EV

Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit

ChargeSini, mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.

04-11-2025
EV

KINETA-Solarvest Satukan Kepakaran – Sasar Perluaskan Sistem Pengecas EV Dengan Tenaga Solar

KINETA Sdn Bhd, syarikat di bawah Sime Group yang menyediakan penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik (EV), semalam telah memeterai kerjasama strategik dengan Powerbee Sdn Bhd dan Vestech Energy Sdn Bhd.

23-10-2025
EV

Lampu Jalan Jadi Pengecas EV – Kerjasama UMPSA & EV Plus

EV Plus Mobility Solutions Sdn. Bhd. (EV Plus) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) secara rasminya telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi melancarkan pengecas EV pertama di Malaysia yang dipasang pada tiang lampu.

05-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026