Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Jamin Tiada Lagi Isu Kekurangan Cip

Sofea Najmi

Kongsi melalui

dummy.png

Proton bekerjasama dengan ACO Tech untuk membuka pusat 'pengalaman digital' pertama yang dikenali sebagai Proton DX


Proton Holdings Bhd mengumumkan bahawa kekurangan semikonduktor tidak akan berlaku lagi kerana pengeluar kereta kebangsaan ini mempunyai bekalan yang mencukupi bagi pengeluaran kereta tahun ini.


Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, menjelaskan bahawa industri automotif terjejas ekoran kekurangan cip semikonduktor di peringkat global yang disebabkan oleh peningkatan permintaan.


dummy.png

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengasas Geely, Eric Li, antara yang hadir untuk melancarkan X90 di MITEC Jun lalu


Beliau menegaskan bahawa kekurangan tersebut telah berjaya diselesaikan berikutan permintaan yang tinggi pada tahun sebelumnya.


Roslan turut menjelaskan bahawa kekurangan cip semikonduktor dalam tiga tahun terdahulu juga berpunca daripada pengeluaran Proton yang melebihi jangkaan.


dummy.png


"Kami telah menghasilkan lebih daripada yang dirancang sebelum ini. Justeru, kami telah membuat pesanan untuk dua tahun seterusnya mengikut jumlah yang ingin kami hasilkan," tambah beliau.


Jualan Proton mengalami penurunan sebanyak 32.2% kepada 8,839 unit pada bulan April tahun lalu, terutamanya disebabkan oleh kekurangan cip.


Dengan jualan sebanyak 9,415 unit pada bulan April tahun ini, peningkatan sebanyak 6.5% berbanding tahun sebelumnya, jualan Proton kini kembali pulih. 


Jualan Proton bagi lima bulan pertama tahun ini mencapai 62,970 unit, menunjukkan peningkatan sebanyak 38.9% berbanding tahun sebelumnya.

dummy.png

Sumber: TheEdgeMarket

Tag:

Proton Holdings Bhd
cip semikonduktor
Roslan Abdullah
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Roslan Abdullah Letak Jawatan Timbalan CEO Proton, Ainol Azmil Pemangku

Proton Holdings Bhd mengesahkan bahawa Roslan Abdullah telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

31-05-2025
Berita Auto

PROTON Catat Jualan Lebih 100K Unit Tahun Ini!

Bulan November tahun ini merupakan bulan yang cukup aktif dalam industri automotif Malaysia.

03-12-2021
Kereta Baru

Proton lancar empat model Edisi Khas

Proton mengeluarkan empat model secara serentak.

19-02-2021
Berita Auto

Honda Kecilkan Produksi Kilang Jepun Hingga 40%, Ini Puncanya...

Honda Motor Co akan mengurangkan rancangan pengeluaran sehingga 40% di Jepun.

26-08-2022
Global

Toyota Kurangkan Pengeluaran Sehingga 50K Unit, Ini Sebabnya...

Toyota bertindak mengurangkan pengeluaran kereta di peringkat antarabangsa

23-06-2022
Berita Auto

Dari Proton Ke GWM: Roslan Abdullah Kini Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia

Bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, kini secara rasmi menggalas peranan baharu beliau sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) GWM Malaysia.

16-06-2025
Berita Auto

Roslan Abdullah Letak Jawatan Timbalan CEO Proton, Ainol Azmil Pemangku

Proton Holdings Bhd mengesahkan bahawa Roslan Abdullah telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

31-05-2025
Berita Auto

Lebih 13,000 Unit Kereta Proton Terjual Dalam Tempoh Sebulan!

Proton berjaya mencatatkan pertumbuhan jualan yang positif pada bulan Februari 2024.

07-03-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Projek LPT4: Kerajaan Salur RM25 Juta

Sebanyak RM25 juta diluluskan bagi kerja-kerja awal projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 4 (LPT4) .

10-01-2026
Berita Auto

Berani Betul, Lagi Stesen Minyak Jual RON95 Kepada Warga Asing, Kali Ini Di Kedah

(KPDN) Kedah mengesahkan berlaku aktiviti pengisian petrol RON95 ke dalam tangki kenderaan berpendaftaran asing di sebuah stesen minyak di Sungai Petani .

10-01-2026
Berita Auto

Jangan Terkejut, PLUS Mula Guna Sistem Tol Tanpa Palang, Bermula Di Kedah!

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan di Kedah jangan terkejut melihat sistem tol tanpa palang di beberapa tol kerana PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sedang menguji sistem itu untuk kenderaan persendirian di jajaran Hutan Kampung–Sungai Dua.

10-01-2026
Berita Auto

Wajah Baharu BHPetromart & eNak: Bukan Sekadar Stesen Minyak Biasa!

Kalau anda selalu lalu di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), ada berita baik! BHPetrol baru sahaja mendedahkan identiti baharu bagi BHPetromart dan eNak yang tampil lebih moden dan segar yang mesra pelanggan.

10-01-2026
Berita Auto

Fasiliti Pembaikan Badan Dan Cat Proton Terbakar, Ini Kata Proton!

PROTON menyatakan kebakaran yang berlaku di sebuah fasiliti Body & Paint (B&P) di Sungai Buloh Selangor masih dalam siasatan.

09-01-2026
Berita Auto

Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.

09-01-2026
Berita Auto

Pemandu Teksi, Pengusaha Bas Sekolah Penang Dapat Insentif RM600

Kerajaan Pulau Pinang meneruskan insentif bantuan sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah di negeri ini yang akan disalur bermula Mac depan.

09-01-2026
Berita Auto

Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.

09-01-2026