Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Proton lancar empat model Edisi Khas

Suhana Veru

Kongsi melalui

Proton Holdings Berhad (Proton) melancarkan empat model Edisi Khas secara maya menerusi  laman facebook rasminya, Proton Cars  Malaysia di sini semalam.

Pengeluaran keempat-empat model khas ini terdiri daripada Proton Persona, Proton Exora (moniker Edisi Hitam) manakala, Iriz dan Saga merupakan (Edisi Terhad R3) yang sekali gus dikatakan bakal menawarkan lebih banyak pilihan kepada para pelanggan 


Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, sempena pelancaran Edisi Ulang Tahun Saga yang ke-35 pada 9 Julai tahun lalu, sebanyak 1,100 unit telah terjual hanya dalam tempoh lima hari.

“Menerusi pelancaran empat model Edisi Khas hari ini (semalam), Proton nyata menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggannya. Model Edisi Khas ini direka bagi memenuhi permintaan para pelanggan yang mahukan model proton edisi istimewa.

“Ini adalah kereta buatan Malaysia yang menyasarkan pembeli Malaysia dan merupakan peringatan bahawa Proton sentiasa menjadi pengeluar kereta “perkhidmatan penuh” yang berupaya mereka bentuk, membangun dan membina kenderaan sendiri,” katanya.

Model Proton Persona dan Exora (Edisi Hitam) masing-masing ditawarkan pada harga RM54,700 dan RM67,800 manakala, Iriz dan Saga pula berharga RM52,900 dan RM 42,300. 

Harga berkenaan adalah harga jualan di atas jalan, tidak termasuk insurans dan sah sehingga 30 Jun ini. 

Menurut Proton, model Persona dan Exora hadir dengan gaya dan kemewahan tersendiri menjadikan ia terjual berikutan ia memiliki ciri-ciri praktikal dan keselesaan.

Seperti nama yang dicadangkan, kedua-dua kereta yang berwarna hitam ini ditampilkan dengan hiasan warna emas pada bamper dan roda aloi. 

Bagi ruang dalaman pula, kedua-dua model ini hadir dengan tempat duduk kulit berwarna hitam.

Katanya, ruang dalaman kedua-dua model  ini pula dilengkapi dengan kulit hitam pada tempat duduk, trim pintu dan konsol lantai. Bagi Persona, bumbung dalamannya dipasang dengan warna hitam, manakala Exora dilengkapi dengan sistem monitor. 

Biarpun gaya dan kemewahan adalah kekuatan utama bagi model Edisi Hitam, Proton Iriz dan Saga R3 (Edisi Terhad) pula melakar kejayaan di bahagian sukan permotoran Proton. 

Lencana R3 sentiasa dikhususkan untuk model Proton paling sporty manakala, Iriz dan Saga merupakan calon yang paling sesuai untuk moniker.

Setiap kenderaan dicat dengan warna hitam dan dihiasi dengan warna yang dipakai oleh R3 dimana lazimnya digunakan pada kereta lumba Proton. 

Bagi model Iriz,  ia dilengkapi dengan roda aloi 16-inci R3 manakala, Saga pula hadir dengan roda aloi 15-inci dengan sentuhan kemasan berwarna kelabu matte. 

Model berkenaan ditawarkan dengan kit badan R3 Sporty yang lengkap pada bahagian luaran dan dalamannya pula dikatakan berwarna kuning-hitam yang unik. Tempat duduknya adalah kulit dan karpet R3 menjadikan ia memiliki suasana tersendiri dengan penampilan sporty. 

Sehubungan itu, keempat-empat model kini sedia untuk ditempat di semua cawangan pengedar Proton di seluruh negara.


Gallery

Tag:

Proton Holdings Bhd
Proton Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

09-04-2025
Berita Auto
Berita Auto

12-02-2025
Berita Auto

03-10-2024
Berita Auto

02-08-2024

Berita Terkini

Kereta Baru
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026
Kereta Baru
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026