Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Toyota Prius Tampil Ganas

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas beberapa imej teaser disiarkan pada minggu lepas, akhirnya kami sudah mendapat jawapan apa sebenarnya Toyota mahu menayangkan menjelang perlumbaan 24 Jam Le Mans.

Rupa-rupanya Toyota Gazoo Racing mahu mendedahkan  Toyota Prius Hybrid yang sudah dinaik taraf.

Prius 24h Le Mans Centennial GR Edition adalah konsep berasaskan gen kelima terbaharu.

image.png

Selain itu, Prius yang dibina berasaskan TNGA menawarkan rangkaian pengubahsuaian aerodinamik yang cukup khas.

Walaupun ini mungkin bukan Prius GRMN yang dikhabarkan 'lebih panas' seperti mana yang diharapkan oleh semua orang namun ia sebenarnya agak sama.

image.png

Sebelum itu, kami ingin memaklumkan mengenai berita buruk!

Untuk makluman anda, Toyota tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai rangkaian kuasa atau daya prestasi.

Namun Prius generasi baharu yang paling berkuasa ialah Prius PHEV.

Bagi yang tidak tahu. Prius PHEV dikuasakan oleh enjin Dynamic Force 2.0 liter dimana ia mampu menghamburkan  kuasa 146 hp.

image.pngimage.png

Berbalik kepada luarannya,, Prius 24h Le Mans Centennial GR Edition ini dilihat menampilkan bampar hadapan yang direka bentuk semula dengan lampu depan jenis  motorsport yang mengapit sarang lebah yang agak besar. 

Bahagian hadapan juga mendapat pembahagi yang jelas, dua set kanard dan hud gentian karbon yang lebih ringan.

Bagi menonjolkan profilnya, ia dilengkapi dengan suar fender hitam, ada sambungan ambang sisi, serta pelekat "Racing Hybrid".

Menjengah bahagian belakang pula, konsep ini memaparkan pemasangan sayap belakang yang agak besar dandipadankan dengan peresap lebar di bawah.

image.png

Tidak terkecuali terdapat juga sambungan fender belakang yang diinspirasikan oleh pelumba endurance.

Dengan adanya, mod aerodinamik, Prius 24h Le Mans Centennial GR Edition melihat dirinya hamper sama dengan Toyota GR010 Hybrid Hypercar dimana ia mahu menuntut kemenangan keenam Toyota dalam edisi Le Mans 24 tahun ini.

Prius GR Edition itu kini dipamerkan di Le Mans pada hujung minggu ini.

image.png

Ia adalah anjuran kerjasama Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO) dengan kerjasama Mazda dan Toyota Gazoo Racing.


Gallery

Tag:

Toyota Prius
le mans 24 h
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

GIIAS 2024: Toyota Prius Generasi Ke-5 Diperkenalkan – Versi HEV & PHEV

Toyota Prius generasi kelima telah dilancarkan di Indonesia. Apa yang menarik?

18-07-2024
EV

Toyota Jepun Dedah Model Hibrid, Bakal Ditayangkan Pada 16 November Ini

Toyota Jepun menyiarkan sekeping gambar teaser yang cukup misteri kerana hanya terdapat lakaran putih berupa sebuah kereta di laman Instagram dan Facebook rasmi syarikat itu.

10-11-2022
Berita Auto

Toyota Prius Edisi Khas Untuk Tahun 2022: Perkenalkan Nightshade!

Toyota kini menambah 'ahli' baharu dalam barisan kereta Toyota melalui pengenalan kereta edisi khas Prius, Nightshade bagi tahun 2022.

08-10-2021

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026