Link Copiedcheck_circle
EV

Toyota Jepun Dedah Model Hibrid, Bakal Ditayangkan Pada 16 November Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui


Toyota Jepun menyiarkan sekeping gambar teaser yang cukup misteri kerana hanya terdapat lakaran putih berupa sebuah kereta di laman Instagram dan Facebook rasmi syarikat itu.

Ada yang mengatakan ia mungkin model elektrik Prius yang akan ditayangkan secara rasmi pada 16 November ini.

Menerusi gambar itu tertera perkataan “Hybrid Reborn” di bawah lampu hadapan sekali gus menimbulkan persoalan adakah ia Prius generasi akan datang?

Penggunaan perkataan “Reborn" membayangkan ia adalah  model sedia ada dan bukannya model baharu.

Untuk info, Prius generasi keempat telah wujud sejak tahun 2015, maka mengikut peredaran zaman, tidak hairanlah model baharu ini akan mula dijual pada tahun hadapan.

Kenyataan ini dilihat berasas kerana Naib Presiden Pengurusan Produk dan Pemasaran Toyota  Motor Europe, Andrea Carlucci berkata, Prius perlu mengekalkan peranannya sebagai  ikon Toyota dan peneraju dengan teknologi terkini.

Meskipun Toyota sudah memiliki produk elektrik beyond Zero (bZ), mereka masih mahukan mengekalkan peranan ikon tersebut sebagai kereta hibrid untuk generasi baharu yang akan muncul pada tahun depan.



Tag:

Toyota Prius
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
GIIAS 2024: Toyota Prius Generasi Ke-5 Diperkenalkan – Versi HEV & PHEV

GIIAS 2024: Toyota Prius Generasi Ke-5 Diperkenalkan – Versi HEV & PHEV

Toyota Prius generasi kelima telah dilancarkan di Indonesia. Apa yang menarik?

18-07-2024
Berita Auto
Toyota Prius Tampil Ganas

Toyota Prius Tampil Ganas

Toyota Gazoo Racing mahu mendedahkan Toyota Prius Hybrid yang sudah dinaik taraf.

07-06-2023
Berita Auto
Toyota Prius Edisi Khas Untuk Tahun 2022: Perkenalkan Nightshade!

Toyota Prius Edisi Khas Untuk Tahun 2022: Perkenalkan Nightshade!

Toyota kini menambah 'ahli' baharu dalam barisan kereta Toyota melalui pengenalan kereta edisi khas Prius, Nightshade bagi tahun 2022.

08-10-2021

Berita Terkini

EV
Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV
Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV
PRO-NET Agresif:  Buka 2 Lagi Outlet  Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026