- Berita
- Berita Auto
- 14 Pengedar BYD Dilantik Di Seluruh Malaysia

Sebanyak 14 rakan pengedar BYD baharu telah menghadiri majlis tandatangan yang diadakan di ibu pejabat BYD di Shenzhen, China
Pengedar tunggal kenderaan BYD di Malaysia, Sime Darby Motors, telah mengukuhkan lagi kedudukannya dalam sektor kenderaan elektrik (EV) dengan meluaskan rangkaian pengedar melalui pelantikan 14 rakan pengedar baru. Dengan penambahan ini, Sime Darby Motors kini mempunyai 21 pengedar BYD di seluruh Malaysia apabila digabungkan dengan Sime Darby Beyond Auto.
Majlis tandatangan pengedar kumpulan ini telah diadakan di Ibu Pejabat BYD di Shenzhen, China. Ketika majlis berlangsung, Pengarah Urusan, Bahagian Peruncitan & Pengedaran Sime Darby Motors Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau, Jeffrey Gan, telah menandatangani perjanjian dengan setiap pemilik rakan pengedar. Majlis tersebut disaksikan oleh Pengurus Besar Bahagian Jualan Kenderaan BYD Asia Pacific, Liu Xueliang, Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao, dan pasukan BYD.
Rakan pengedar baru ini telah diberi peluang untuk melawat Ibu Pejabat BYD dan menyaksikan sendiri keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta rangkaian produk inovatif BYD yang terkini.
Pelantikan ini menjadikan kawasan Lembah Klang mempunyai jumlah keseluruhan tujuh pengedar BYD, termasuk satu pengedar baharu yang terletak di Kayu Ara, Petaling Jaya, yang dioperasikan oleh Millenium Autobeyond Sdn Bhd.
-full.webp)

Pusat BYD Sime Darby Beyond Auto di Ara Damansara, Petaling Jaya (kiri) & Pusat BYD Sisma Auto di Glenmarie, Shah Alam (kanan)
Di kawasan utara, terdapat enam pengedar BYD yang akan dibuka, di mana dua daripada cawangan tersebut sudah beroperasi iaitu Gurney Plaza Sime Darby Beyond Auto dan cawangan Sungai Petani Lee Motors. Dua pengedar yang bakal dibuka itu nanti terletak di Butterworth, Pulau Pinang, manakala dua lagi di Sungai Petani, Kedah, dan Ipoh, Perak.
Bagi kawasan selatan Semenanjung Malaysia, empat pengedar BYD baharu telah dilantik menjadikan kawasan tersebut memiliki lima cawangan. Cawangan baharu akan bertempat di Seremban (Millenium Autobeyond), Melaka (Sing Kwung Motors), Batu Pahat (EV Supreme), dan Tebrau, Johor (Sime Darby Beyond Auto).
-full.webp)
-full.webp)
Pusat BYD SDBA yang baru dilancarkan di Gurney Plaza, Pulau Pinang
BYD turut memperluaskan jejaknya ke kawasan Pantai Timur Semenanjung dan Timur Malaysia. Satu cawangan ditempatkan di Pantai Timur iaitu di Kuantan, Pahang (Macinda EV Sdn Bhd).
Manakala bagi kawasan Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak akan mendapat satu pengedar BYD baharu, yang terletak di Kota Kinabalu (Regas EV Sabah) dan Kuching (Regas EV Auto).
-full.webp)
-full.webp)
Pusat BYD SDBA yang baru dilancarkan di Gurney Plaza, Pulau Pinang
Jeffrey Gan menyatakan, "Pengumuman ini menandakan satu lagi kejayaan besar, di mana dalam masa enam bulan sejak pelancaran BYD di Malaysia, kami telah memiliki 21 pengedar yang bersedia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap EV. Ini menunjukkan keyakinan kami terhadap prospek EV dalam industri automotif Malaysia dan kesediaan kami untuk memberikan perkhidmatan kepada pasaran."

Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd, Eagle Zhao, berkata bahawa perjanjian antara Sime Darby Motors dan BYD merupakan satu langkah maju dalam revolusi automotif hijau dan mencerminkan perubahan dinamik dalam industri. Dengan kerjasama ini, mereka berhasrat untuk membawa teknologi dan pengalaman pengguna yang lebih baik, serta memacu industri ke arah masa depan yang lebih hijau, efisien, dan lestari.

Pengarah Urusan Sime Darby Motors, Jeffery Gan (tengah-kanan) & Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao (tengah-kiri)
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv