Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Berjaya, Naza Tak Cukup Bagus, Vincent Tan Saman Kerajaan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Syarikat usaha sama (JV) Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza mengemukakan saman terhadap Kementerian Kewangan (MoF) kerana menamatkan surat hasrat (LOI) yang ditawarkan kepada JV.

Memetik kenyataan akhbar Berita Harian, LOI yang berkaitan dengan kontrak untuk membekalkan kenderaan kerajaan, ditamatkan tiga bulan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mac 2020.

Menurut Pengasas dan Penasihat Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan,  kerajaan telah menamatkan perkhidmatan pihaknya dan memberikannya kepada Spanco. 

“Kerajaan bersetuju untuk membelanjakan RM700 juta lebih tinggi (berbanding bidaan JV).

"Kerajaan berfikiran bahawa Berjaya dan Naza tidak cukup bagus dalam perniagaan kereta. Jadi kami telah memfailkan saman undang-undang terhadap (MoF) berhubung perkara ini dan bersedia untuk ke mahkamah mengenainya,”katanya.

image.png

Beliau berkata demikian selepas majlis perjanjian penjualan saham di antara Berjaya Corporation Bhd dengan Naza Corporation Holdings Sdn Bhd semalam.

Dikatakan, bidaan yang dilakukan oleh JV terbabit ketika itu adalah yang paling rendah dalam kalangan semua pembida.

Malah, pada masa itu Naza memiliki 51 peratus kepentingan di dalam JV dan 49 peratus oleh Berjaya.

Untuk rekod, Spanco menyelenggara barisan kenderaan kerajaan sejak 1994 sehingga konsesinya berakhir pada akhir 2018.

Kerajaan ketika itu membuat tender secara terbuka dengan meminta pihak yang berminat untuk mengemukakan permohonan cadangan (RFP) mengenai konsesi berkenaan.

Selain Spanco serta JV antara Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza, syarikat lain yang menyertai bidaan itu ialah DRB-Hicom Bhd dan Samling Group.

Gallery

Tag:

Naza
MoF Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Sah: Naza Italia Digugurkan, Bukan Lagi Wakil Rasmi Ferrari Di Malaysia

Naza Italia Sdn Bhd (Naza Italia) kini digugurkan daripada menjadi wakil jenama Ferrari Malaysia yang rasmi.

08-03-2023
Kereta Baru

Maserati Levante GT Hybrid Kini Di Malaysia, Harga Dari RM738K

Pengimport rasmi Maserati Malaysia, Naza Italia kini telah melancarkan kedatangan Maserati Levante GT Hybrid.

19-02-2023
Berita Auto

Minyak Naik: Harga RON97, Diesel Naik 5 Sen

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia dikatakan masih kekal rendah.

22-01-2025
Berita Auto

Tiada Tambahan Subsidi Bagi RON95, Diesel, Tetapi Ini Strategi Kerajaan Untuk Bantu Rakyat...

Had harga siling semasa minyak petrol RON95 dan diesel bersubsidi kekal di tahap sama buat masa ini.

07-03-2023
Berita Auto

Sebelum Tahun 2025, Kita Boleh Bayar Tol Tanpa Perlu Melalui Palang

Rakyat Malaysia mungkin boleh menarik nafas lega apabila kerajaan memberi jaminan bahawa (MLFF) bakal dilaksanakan pada tahun 2025 nanti.

17-02-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026