- Berita
- Berita Auto
- Minyak Naik: Harga RON97, Diesel Naik 5 Sen
Kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON97 pada RM3.43 seliter manakala harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pada RM3.13 seliter.
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter.
Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.
Berikut adalah harga runcit produk petroleum bagi tempoh 23 Januari 2025 hingga 29 Januari 2025:
i. Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM3.38 seliter kepada RM3.43 seliter;
ii. Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter;
iii. Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM3.08 seliter kepada RM3.13 seliter; dan
iv. Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
Bagaimanapun, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari