Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Dah Buat Orang Hilang Nyawa, Sanggup Mengaku Mental

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Gara-gara lawan arus sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal Ducati, seorang pemandu lori mengaku dirinya adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) selain menerima rawatan sebagai pesakit mental.

Memetik kenyataan Sinar Harian, ketika prosiding di hadapan Majistret, Amalina Basirah Md Top, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Izleen Ismail berkata, anak guamnya, Mudzyadaha Mohammad, 42, telah menerima surat rujukan daripada doktor semasa ditahan di sebuah hospital di Kajang, malah mendapat ubat untuk rawatan psikiatri.

Sebelum ini, dia kehilangan pekerjaan sebagai pengemudi kereta api kemudian mencari rezeki dengan memandu lori.

“Tekanan perasaannya semakin meruncing selepas terlibat dalam kemalangan, sedangkan dia perlu menyara isteri dan tiga anak berusia 17, 12 dan lapan tahun,” kata peguam itu.

Semasa kejadian Izleen berkata, anak guamnya tidak berfikir dengan waras sehingga berlakunya perlanggaran.

Sehubungan itu, beliau memohon mahkamah membenarkan Mudzyadaha menjalani ujian psikiatri mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

image.png

Pada bulan lepas, akhbar tempatan menyiarkan seorang penunggang motosikal  berkuasa tinggi jenis Ducati Panigale tercampak dari jejambat Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang, Ampang gara-gara seorang penunggang motosikal menunggang secara lawan arus.

image.png

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di SUKE menunjukkan mangsa yang berusia 60 tahun sedang melalui satu laluan berselekoh sebelum secara tiba-tiba didatangi sebuah motosikal dari arah bertentangan dalam keadaan melawan arus .

Penunggang motosikal Ducati terbabit cuba mengelak lalu melanggar penghadang sebelah kiri jalan dan terhumban dari atas jejambat pada ketinggian lebih kurang 30 meter manakala motosikalnya terseret ke tengah jalan.

Akibat terkena penghadang jalan, mangsa terpelanting.

Gallery

Tag:

Sungai Besi-Ulu Kelang Elevated Expressway (Suke)
Ducati Panigale V4 S
OKU
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Suspek Hanya Tahu Pasal Tragedi Rider Selepas Tengok TV

Kes disiasat semula selepas suspek pulih.

17-06-2023
Berita Auto

Sukalah Korang, SUKE Dah Buka

Suke Fasa 2 dibuka secara rasmi kepada pengguna mulai 12 tengah malam.

15-06-2023
Berita Auto

Sudahlah Lawan Arus, Tau Pulak Lari. Cari Sampai Dapat!

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati Panigale, maut selepas terjatuh dari flyover SUKE.

15-06-2023
Berita Auto

Tak Jawab HOTLINE, SUKE Gantung Tugas Kakitangan

SUKE sudah gantung tugas kakitangan yang tidak menjawab hotline.

28-04-2023
Berita Auto

Pengguna SUKE Bengang Hotline SUKE Hanya Hiasan

Pengguna SUKE kesal hotline SUKE tidak dijawab.

26-04-2023
Berita Auto

Lagi Kereta Masuk Dalam Tasik, Wanita Maut, Anak Terselamat

Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan lalu terjunam ke dalam tasik.

21-07-2025
Berita Auto

Lelaki Buta Terjatuh Sebelum Dilanggar LRT

Salam takziah kepada keluarga mangsa.

22-02-2025
Berita Auto

Dewan Rakyat: Lesen PSV E-Hailing Untuk OKU Turut Dibincang

Nampaknya, golongan OKU tidak diketepikan memandangkan dasar semasa tidak menghalang mereka menjadi pemandu e-hailing.

11-07-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026