Link Copiedcheck_circle
EV

Ini Bukti EV BYD Dolphin Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tak Lama Lagi

Sofea Najmi

Kongsi melalui

5BYD-Dolphin-Pelancaran-di-Malaysia.jpg


Syarikat pengeluar kenderaan elektik (EV) China, BYD kini sudah menunjukkan petanda bakal melancarkan model baharu, BYD Dolphin di Malaysia tidak lama lagi. Ini adalah berdasarkan sebuah teaser yang telah dikongsi melalui media sosial rasmi BYD Cars Malaysia.


Walaupun teaser tersebut tidak menyatakan dengan jelas nama EV baharu tersebut, terdapat beberapa klu yang menunjukkan model tersebut ialah BYD Dolphin. Video teaser tersebut memaparkan ombak laut yang berkait dengan siri BYD Ocean. Selain itu, turut dapat didengari melalui teaser itu ialah bunyi ikan lumba-lumba, ini jelas membuktikan bahawa model yang akan datang ialah hatchback elektrik BYD Dolphin. 




Kemungkinan BYD Dolphin akan dilancarkan di Malaysia dikukuhkan lagi selepas gambar hatchback kompak ini dilihat sudah tiba negara ini dengan latar belakang yang dipercayai sebagai Pelabuhan Klang tersebar melalui WhatsApp. 


dummy.png

Foto BYD Dolphin di kawasan yang dipercayai sebagai Pelabuhan Klang tersebar awal bulan lalu

Setelah membuat penampilan mengejut semasa pelancaran BYD Atto 3 pada bulan Disember tahun lalu, kedatangan BYD Dolphin sudah lama dinantikan di negara ini. 


DolphinPrev.png

Penampilan mengejut BYD Dolphin semasa pelancaran BYD Atto 3 Disember 2022


SPESIFIKASI BYD DOLPHIN 


3BYD-Dolphin-Pelancaran-di-Malaysia.jpg


Jika dibandingkan dengan Atto 3, Dolphin merupakan model yang lebih kompak. Kedua-dua kenderaan ini dibina berdasarkan platform BYD e-Platform 3.0. Walaupun masih tidak jelas berapa banyak variasi Dolphin yang akan dikeluarkan di Malaysia, di Thailand, seperti Atto 3, EV  ini boleh didapati dalam varian  Standard Range atau Extended Range. 


1BYD-Dolphin-Pelancaran-di-Malaysia.jpg


Berikut adalah spesifikasi penting Dolphin Standard Range:

-Enjin elektrik tunggal 70kW (95hp)/180Nm. 

-0-100km/j dalam masa 12.3 saat

-Bateri 44.9kWh

-Capai jarak perjalanan WLTP 340 km

-Boleh dicas menggunakan AC 7kW dan pengecas pantas DC 60kW

-Suspensi torsion beam

-Harga jualan di Thailand: 699,999 Thai baht (~RM92,083)


2BYD-Dolphin-Pelancaran-di-Malaysia.jpg


Berikut adalah spesifikasi penting Dolphin Extended Range:

-enjin elektrik 150kW (204hp)/tork 310Nm

-0-100km/j dalam masa 7 saat

-Bateri 60.48kWh

-Capai jarak perjalanan WLTP 427 km

-Boleh dicas menggunakan AC 7kW dan pengecas pantas DC 80kW 

-Suspensi multi-link

-Harga jualan di Thailand: 859,999 Thai baht (~RM113,049)


HARGA JUALAN DI MALAYSIA


BYD Dolphin dijangka akan ditawarkan di pasaran negara pada harga yang lebih rendah berbanding Atto 3 yang dijual pada harga RM149,800 untuk Standard Range dan RM167,800 untuk Extended Range.


CariCarz_BYD-Atto-3.jpg

BYD Atto 3 dijual di Malaysia dari harga antara  RM149,800-RM167,800


Sebaik dilancarkan nanti, BYD juga mungkin akan menawarkan promosi seperti pengecas percuma, kabel V2L dan kredit pengecas  Go-to-U sama sepertimana yang ditawarkan untuk pembelian BYD Atto 3. 

3BYD-Dolphin-Bakal-Dilancarkan-Malaysia.jpg

Gallery

Tag:

BYD Dolphin
BYD Malaysia
EV Dolphin
BYD Atto 3
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Bakal Dilancar! BYD Atto 2 Masuk Malaysia

BYD Cars Malaysia mengesahkan bahawa BYD Atto 2 akan tiba ke pasaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.

14-07-2025
Global

BYD Ambil Alih Hak Pengedaran Di Australia, Selepas Ini Mungkin Malaysia?

BYD telah melebarkan sayapnya ke luar negara dengan mengambil alih kawalan import dan hak pengedaran kenderaan mereka di Australia.

29-05-2025
EV

BYD Dolphin 2025 Diperkenalkan Di China – Lebih Canggih, Cas DC 100 kW, God’s Eye

Kenderaan elektrik (EV) BYD Dolphin diberikan sentuhan baharu buat kali kedua dengan pelancaran model tahun 2025 (MY2025) di pasaran China.

06-03-2025
Berita Auto

BYD Tarik Balik Atto 3, Dolphin HANYA Di Pasaran China," - Sime Darby Motors

Sime Darby Motors meminta pemilik BYD di sini tidak perlu bimbang susulan daripada langkah penarikan balik itu.

02-10-2024
EV

Tak Jadi Pula Nak Keluarkan BYD Dolphin

Doplhin Sports akan menembusi pasaran Australia.

19-03-2024
EV

BYD Dolphin Versi Baharu, Lebih Murah, Boleh Gerak Lebih Jauh

Syarikat BYD sudah mengeluarkan versi BYD Dolphin yang sudah dinaik taraf di tanah airnya sendiri.

27-02-2024
Berita Auto

Sime Darby Beyond Auto Terajui Pasaran EV Sebab ATTO 3, Dolphin

Rakyat Malaysia cukup meminati BYD Atto 3 disebabkan harganya yang berpatutan.

31-01-2024
Global

BYD Dedah Rancangan Pasaran Indonesia – 3 Model EV, Kilang RM6.1 Bilion, 50 Cawangan

BYD, semalam telah mendedahkan rancangan bagi pasaran Indonesia. Ini perinciannya...

19-01-2024

Berita Terkini

EV

Prasarana Bakal Sediakan 150 Bas Elektrik Pada 2026

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengorak setapak ke hadapan kerana akan bakal menawarkan 150 bas elektrik selewat-lewatnya pada tahun hadapan.

14-11-2025
EV

Swift Bridge, ChargeSini Meterai MoU, Hasilkan Pengecas EV Di Malaysia

Swift Bridge Technologies (MFG) Sdn. Bhd. mengumumkan pelaburan besar bernilai RM11.2 juta untuk memulakan pengeluaran pengecas EV tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

13-11-2025
EV

Kerajaan Luluskan EMSP: Satu Platform Digital Kawal Semua Pengecasan EV Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengesahkan bahawa kerajaan telah meluluskan penubuhan Platform Perkhidmatan e-Mobiliti (EMSP)

13-11-2025
EV

BYD Atto 3 Bakal Muncul Dengan Prestasi Lebih Tinggi, Jarak EV Cecah 650 KM

SUV elektrik BYD Atto 3 2026 nampaknya bakal menerima kemas kini secara besar-besaran. Perkara ini terbongkar melalui dokumen rasmi Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China yang mula tersebar di internet.

12-11-2025
EV

Spesifikasi Xpeng X9 Ultra Bocor – Kepintaran Luar Biasa Dengan 3 Cip AI

MPV Xpeng X9 dilaporkan bakal memiliki varian ‘Ultra’ baharu, hanya beberapa minggu setelah versi range-extender (EREV) diperkenalkan.

12-11-2025
EV

Sudah Diuji: iCaur V23 iWD Tunjuk Taring Dalam Cabaran Off-Road

Pihak Carz.com berpeluang memandu uji, SUV elektrik, iCaur V23 di litar ujian off-road Kev Advenduro yang terletak di Gamuda Gardens, Rawang.

10-11-2025
EV

ChargeSini & Meta Bright Lancar Pengecas EV Di Sunway Pyramid – 6 Pengecas AC

Syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) tempatan, ChargeSini, telah merasmikan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Sunway Pyramid, lokasi pertama yang dilancarkan di bawah kerjasama strategik bersama Meta Bright Group.

05-11-2025
EV

Zeekr X, MG MGS5 EV Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Buktikan EV Terbaru Semakin Selamat

Zeekr X dan MG MGS5 EV berjaya meraih penarafan penuh sebanyak 5 bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) di bawah protokol penilaian 2021–2025.

05-11-2025