Link Copiedcheck_circle
EV

BYD Dolphin 2025 Diperkenalkan Di China – Lebih Canggih, Cas DC 100 kW, God’s Eye

Sofea Najmi

Kongsi melalui

cb7234b1-1a36-5035-b392-446da8a50000.jpg


BYD Dolphin 2025 diperkenalkan di China baru-baru ini


Kenderaan elektrik (EV) BYD Dolphin diberikan sentuhan baharu buat kali kedua dengan pengenalan model tahun 2025 (MY2025) di pasaran China. Model hatchback elektrik ini hadir dengan perubahan ketara dari segi reka bentuk luaran dan dalaman, selain peningkatan teknologi serta ciri keselamatan terkini.


Reka Bentuk Baharu Seiring Identiti Terbaru BYD


7b4c9e06-3060-5218-86d2-335419950000.jpga674fdb3-10bd-5612-afa6-58a2ad350000.jpg


Dari luar, rekaan BYD Dolphin MY2025 kini selari dengan bahasa reka bentuk terbaru jenama ini. Perubahan besar dapat dilihat daripada rekaan bampar depan dan belakang, lampu depan dan lampu belakang LED yang kini lebih tajam, serta pilihan rim baharu bersaiz 16 dan 17 inci.


Satu lagi perubahan ketara adalah penyingkiran logo "Build Your Dreams" pada bahagian belakang, digantikan dengan logo “BYD” yang lebih ringkas. Logo ini turut diintegrasikan ke dalam bar lampu belakang yang merentangi seluruh pintu but.


Baca: BYD Buang Logo 'Build Your Dreams' Untuk Pasaran Eropah


Kabin Lebih Canggih: Skrin Lebih Besar & Konsol Tengah Baharu


9a26d4fb-22bf-5c72-8ee9-2f7641d50000.jpgc3c532a4-5611-5219-9d1e-a2949ed50000.jpgca1a30aa-4487-53d7-8090-5aad00950000.jpg


Bahagian dalaman turut menerima perubahan yang meningkatkan pengalaman pemandu. Walaupun skrin infotainmen 12.8 inci yang boleh dipeturkan (lanskap/portrait) masih dikekalkan, ia kini menyokong sambungan 5G. Selain itu, paparan digital kluster instrumen kini lebih besar, dari 5 inci kepada 8.8 inci.


Konsol tengah juga direka semula dengan beberapa perubahan penting. Ruang simpanan barangan di bawah skrin infotainmen telah dibuang daripada rekaan, manakala pad pengecasan telefon pintar tanpa wayar kini diletakkan lebih ke depan. Selain itu, butang fizikal baharu ditambah untuk memudahkan kawalan fungsi kenderaan. 


Sistem gear turut diberikan perubahan besar, di mana ia kini dikawal melalui tuil pada stereng menggantikan suis pada konsol tengah sebelum ini. Butang kawalan pada stereng juga diberi kemas kini, di samping kehadiran sistem pencahayaan ambien berwarna-warni serta ruang storan konsol tengah yang kini boleh dipanaskan atau disejukkan.


NVH Dipertingkat untuk Pemanduan Lebih Senyap


f06c93ab-0ef3-5e7d-86f9-35c837c50000.jpg


BYD turut menambah baik aspek keselesaan dalam Dolphin MY2025. Syarikat ini mendakwa model baharu ini menawarkan tahap bunyi, getaran dan kekasaran (NVH) yang lebih senyap pada tahap setanding pengalaman menonton di pawagam. Ini dicapai melalui pelbagai pengoptimuman dalam konfigurasi kenderaan.


Pilihan Varian Baharu, Prestasi Lebih Berkuasa


Untuk pasaran China, BYD kini menawarkan varian pertengahan baharu dengan output 174 hp dan 290 Nm, yang ditempatkan antara varian asas (94 hp, 180 Nm) dan varian tertinggi (201 hp, 350 Nm).


Ketiga-tiga varian masih menggunakan pacuan roda hadapan dengan satu motor elektrik. Kapasiti bateri bagi varian asas dan pertengahan sedikit meningkat daripada 44.9 kWj kepada 45.1 kWj, manakala varian tertinggi kekal dengan bateri 60.5 kWj.


Pengecasan Lebih Pantas: 80 kW & 100 kW DC


Salah satu peningkatan paling ketara dalam model MY2025 ini adalah keupayaan pengecasan DC yang lebih pantas. Model ini kini menyokong pengecasan pantas 80 kW dan 100 kW, meningkat daripada had sebelum ini iaitu 60 kW dan 80 kW.


Dengan peningkatan ini, pengecasan dari 30% ke 80% kini hanya mengambil masa 25 minit, berbanding 30 minit sebelumnya. Pengecasan AC masih kekal pada kadar 7 kW.


Julat pemanduan berdasarkan standard CLTC tidak berubah, yang mana varian asas dan pertengahan masih menawarkan jarak perjalanan sehingga 520 km, manakala varian tertinggi mencapai 427 km.


Sistem Elektrik & Teknologi Separa Autonomi Dipertingkat


e9183245-79d3-5a49-a3b7-21c187250000.jpg


BYD turut menambah baik sistem elektrik Dolphin dengan kecekapan tenaga yang lebih baik. Pam haba baharu yang digunakan kini 15% lebih kecil dan 10% lebih cekap berbanding model sebelumnya. 


Satu lagi ciri utama yang diperkenalkan adalah teknologi ADAS, pemanduan separa autonomi ‘God’s Eye’. Sistem ini menggunakan 29 sensor untuk meningkatkan keupayaan pemanduan automatik pada tahap yang lebih tinggi.


Baca: Ciri 'Mata Tuhan' Didatangkan Standard Pada Semua Model BYD


Pelancaran Global Masih Menjadi Tanda Tanya


Buat masa ini, BYD belum mengumumkan sama ada model Dolphin MY2025 ini akan diperkenalkan di pasaran luar negara China. Namun, dengan populariti model ini di beberapa pasaran antarabangsa, pelancarannya di luar China dijangka akan berlaku dalam masa terdekat.

Baca: Pandu Uji 2 Varian BYD Dolphin

Baca: EV Lagi Laris Dari Hibrid? BYD, Tesla Teratas

Tag:

BYD
BYD China
BYD Dolphin
BYD Dolphin 2025
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
BYD Siar Video Yangwang U9 02,  Prototaip Supercar EV Ini Mampu Hambur Kuasa Hampir 3,000 HP!

BYD Siar Video Yangwang U9 02, Prototaip Supercar EV Ini Mampu Hambur Kuasa Hampir 3,000 HP!

Kereta elektrik supercar yang dikenali sebagai Yangwang U9 '02' didedahkan dalam satu video pendek.

18-09-2025
Berita Auto
BYD Buka Kilang Di Tanjung Malim, Mulakan CKD Pada Suku Kedua Tahun Depan

BYD Buka Kilang Di Tanjung Malim, Mulakan CKD Pada Suku Kedua Tahun Depan

BYD Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya akan membuka kilang pemasangan kereta secara tempatan di Tanjung Malim, Perak.

22-08-2025
Kereta Baru
Dilancar: BYD Seal 2025, Ada 2 Varian,  Harga Bermula Dari RM171K

Dilancar: BYD Seal 2025, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM171K

Pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, BYD Sime Motors akhirnya melancakan secara rasminya, BYD SEAL 2025 di pasaran tempatan, sebentar tadi.

22-08-2025
Global
Geely Bakal Gugat Dominasi BYD? Jualan Semakin Melonjak Di China

Geely Bakal Gugat Dominasi BYD? Jualan Semakin Melonjak Di China

Persaingan antara syarikat automotif China kini semakin sengit apabila Geely dilaporkan sudah mula ‘mendekati’ pesaing utamanya, BYD.

15-08-2025
Kereta Baru
BYD Atto 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM100,000

BYD Atto 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM100,000

BYD Cars Malaysia secara rasmi telah melancarkan BYD Atto 2 untuk pasaran tempatan.

24-07-2025
EV
BYD Capai Pengeluaran 13 Juta Model NEV!

BYD Capai Pengeluaran 13 Juta Model NEV!

Pengeluar automotif China, BYD, sekali lagi mencatatkan sejarah dengan pemasangan kenderaan tenaga baharu (NEV) unit ke-13 juta.

22-07-2025
EV
BYD Atto 2 Dipertontonkan – Apa Yang Boleh Kita Jangkakan?

BYD Atto 2 Dipertontonkan – Apa Yang Boleh Kita Jangkakan?

BYD Cars Malaysia pada 19-20 Julai telah mempertontonkan SUV elektrik kompaknya, BYD Atto 2.

21-07-2025
EV
BYD Atto 2 Bakal Dilancar 24 Julai Ini, Yang Penting BYD Atto 2 Tiada Pesaing Dari Jenama EV Lain

Berita Terkini

EV
Leapmotor B10 Didedah Di Thailand, Harga Di Bawah RM100K

Leapmotor B10 Didedah Di Thailand, Harga Di Bawah RM100K

Leapmotor B10 akhirnya membuat penampilannya di Thailand, baru-baru ini.

24-09-2025
EV
Ini Dia Motosikal Pertama Honda Versi Elektrik  WN7 – Naked Bike

Ini Dia Motosikal Pertama Honda Versi Elektrik WN7 – Naked Bike

Honda memperkenalkan Honda WN7, motosikal elektrik pertama mereka ke pasaran Eropah baru-baru ini.

21-09-2025
EV
Gelaran EV No 1 Di Malaysia Masih Dipegang Proton e.MAS 7!

Gelaran EV No 1 Di Malaysia Masih Dipegang Proton e.MAS 7!

Proton e.MAS 7 sekali lagi mengekalkan kedudukannya sebagai kenderaan elektrik No. 1 di Malaysia bagi bulan Ogos 2025 memandangkan jumlah penghantaran telah mencecah sebanyak 5,811 unit dari 1 Januari hingga 31 Ogos lalu.

18-09-2025
EV
BYD Siar Video Yangwang U9 02,  Prototaip Supercar EV Ini Mampu Hambur Kuasa Hampir 3,000 HP!

BYD Siar Video Yangwang U9 02, Prototaip Supercar EV Ini Mampu Hambur Kuasa Hampir 3,000 HP!

Kereta elektrik supercar yang dikenali sebagai Yangwang U9 '02' didedahkan dalam satu video pendek.

18-09-2025
EV
Hanya 27 Kes Kebakaran Kereta EV, Hibrid Sejak Tahun 2023-2025

Hanya 27 Kes Kebakaran Kereta EV, Hibrid Sejak Tahun 2023-2025

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merekodkan sebanyak 27 kes kebakaran membabitkan kenderaan elektrik (EV) dan hibrid direkodkan dari 2023 hingga Julai lepas.

10-09-2025
EV
Menteri Dedah Malaysia Kini Ada 4,100 Pusat Pengecas EV

Menteri Dedah Malaysia Kini Ada 4,100 Pusat Pengecas EV

Malaysia kini memiliki sekurang-kurangnya 4,100 pusat pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara.

10-09-2025
EV
Mazda Bangunkan Kilang Bateri EV Di Jepun – Mula Operasi Tahun 2027

Mazda Bangunkan Kilang Bateri EV Di Jepun – Mula Operasi Tahun 2027

Mazda mengumumkan pembinaan kilang terbarunya di Iwakuni, Jepun, hasil kerjasama dengan wilayah Yamaguchi dan bandar Iwakuni.

08-09-2025
EV
BMW iX3 Generasi Kedua Diperkenalkan – Model Neue Klasse Pertama BMW, Sarat Ciri Futuristik

BMW iX3 Generasi Kedua Diperkenalkan – Model Neue Klasse Pertama BMW, Sarat Ciri Futuristik

BMW akhirnya mendedahkan model pertamanya yang dibangunkan berasaskan platform kenderaan elektrik (EV) baharu, Neue Klasse, dengan pengenalan model BMW iX3 generasi kedua.

08-09-2025