Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

LAPORAN: 1 Model Proton Akan Ditamatkan Pengeluarannya

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pihak pengurusan tertinggi Proton mendedahkan bahawa kemungkinan besar salah satu pengeluaran model Proton akan dihentikan selewat-lewatnya tahun ini.

Perkara itu didedahkan Pengarah Kanan Pemperolehan Teknikal Kumpulan, Ainol Abu Bakar ketika  forum sempena Global Investors & Vendors Convention 2023 yang diadakan baru-baru ini.

Menurutnya, empat model Proton akan diteruskan manakala pengeluaran satu lagi model yang telah dimaklumkan kepada pembekal, akan ditamatkan pengeluarannya menjelang hujung tahun ini

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan model yang akan ditamatkan pengeluarannya.

image.pngimage.png

Namun beliau ada memberi bayangan bahawa penamatan pengeluaran model hanya akan menjejaskan empat model PIES Proton iaitu Persona, Iriz, Saga dan Exora.

Untuk rekod, Exora dilihat sudah berada di pasaran sejak tahun 2009 iaitu hampir 14 tahun.

Maka tidak hairanlah mengapa Exora antara model terlaris Proton untuk separuh pertama 2023 (tidak termasuk X90).

Ini kerana Proton Exora berjaya dijual sebanyak 2,367 unit pada tahun ini.

image.pngimage.png

Selain itu, Iriz pula diperkenalkan pada 2014, Persona generasi kedua pada 2016 dan Saga generasi ketiga sejak 2016.

image.png

Sementara itu, siri X Proton seperti Proton X50 dan Proton X70 akan diteruskan sekurang-kurangnya untuk 10 tahun lagi.

Berbalik kepada model yang mungkin dihentikan pengeluarannya, ia masih menjadi teka-teki. Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi Proton nanti!

Gallery

Tag:

Proton Iriz
Proton Exora
Proton Saga
Proton X50
Proton X70
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tawaran Khas Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Ini 4 Model Yang Layak Terima Diskaun RM70

Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Pemilik Saga, Persona, Iriz & Exora Nikmati Diskaun RM70.

18-08-2026
Berita Auto

Lama Tak Servis Kereta Proton? Inilah Masanya! Servis Bermula Serendah RM120 Sahaja

Jangan Biar Kereta Merana! PROTON Tawar Harga 'Runtuh' Untuk Servis Hingga Jun Ini.

30-03-2026
Berita Auto

Proton Catat Jualan Kukuh Suku Ketiga Sebab Proton X50 Laku Keras

Jualan Proton kukuh pada suku ketiga tahun ini apabila sebanyak 13,395 unit (domestik + eksport) unit terjual pada September lepas.

03-10-2025
Berita Auto

Sah, Pengeluaran Proton Iriz Sudah Dihentikan, Tiada Model Pengganti

Pengeluaran Proton Iriz akhirnya telah melabuhkan tirainya di kilang pengeluarannya yang terletak di Tanjung Malim, Perak pada 9 September lepas.

15-09-2025
Berita Auto

Jualan Proton Melonjak Semula, 13,518 Unit Terjual Bulan Lepas

Proton merekodkan jualan sebanyak 13,518 unit pada bulan lepas.

12-08-2025
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal Minyak, Kereta Pelanggan Terjatuh Dari Tingkat Tiga

Gara-gara tersilap tekan pedal minyak, seorang pekerja cuci kereta warga Afghanistan parah selepas kereta pelanggan yang dipandunya terjunam dari tingkat tiga.

16-06-2025
Berita Auto

Jualan Proton Melonjak Kepada 12,692 unit Bulan Lepas, e,MAS Dahului Jualan EV

Jualan Proton melonjak sebanyak 12,692 unit pada bulan lepas.

06-05-2025
Berita Auto

Nak Raya: Proton Tawar Rebat Khas RM9,000, Hanya Untuk 7 Model Terpilih

Ini mungkin peluang terbaik bagi mereka yang sedang mempertimbangkan untuk membeli kereta baharu sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri.

25-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026