- Berita
- Berita Auto
- Tawaran Khas Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Ini 4 Model Yang Layak Terima Diskaun RM70
Tawaran Khas Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Ini 4 Model Yang Layak Terima Diskaun RM70
.jpg)
PROTON melancarkan kempen “Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026 sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi mengurangkan beban kos pemilikan kenderaan selain menggalakkan orang ramai mengutamakan penyelenggaraan berkala dan keselamatan jalan raya menjelang musim cuti perayaan.
Kempen yang berlangsung selama sebulan bermula 17 Ogos hingga 17 September 2026 dilaksanakan dengan hasil kerjasama strategik bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
.jpg)
Pemilik kenderaan yang layak boleh menikmati pelbagai kelebihan di Pusat Servis Sah PROTON (cawangan 2S, 3S, dan 4S) yang mengambil bahagian di seluruh negara:
- Diskaun Servis RM70: Potongan harga serta-merta sebanyak RM70 untuk caj servis asas atau jumlah keseluruhan bil (tertakluk pada terma & syarat).
- Pemeriksaan 40 Perkara Percuma: Pemeriksaan teknikal menyeluruh bagi mengesan masalah awal serta memastikan kenderaan kekal selamat untuk perjalanan jauh.
- Model Terlibat: Terbuka khas untuk pemilik Proton Persona, Proton Iriz, Proton Exora, dan Proton Saga.
- Rangkaian Luas: Boleh diakses di pusat servis sah berdaftar di seluruh negara.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar Sdn Bhd, Datuk Abdul Rashid Musa berkata, inisiatif ini memperkukuh komitmen syarikat untuk sentiasa mengutamakan pelanggan selain menyokong usaha negara menangani peningkatan kos sara hidup.
“Kerjasama dengan KPDN menerusi kempen Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026 membolehkan kami menawarkan manfaat nyata kepada pemilik kenderaan di Malaysia pada waktu yang amat bermakna.
"Selain penjimatan RM70, pemeriksaan 40 perkara secara percuma memberi ketenangan fikiran kepada pelanggan dengan menggalakkan mereka memeriksa dan menyelenggara kenderaan sebelum memulakan perjalanan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
.jpg)
“Kami menggalakkan semua pemilik PROTON yang layak supaya mengambil peluang daripada kempen ini dan menjadikan penyelenggaraan kenderaan sebagai satu keutamaan. Langkah ini penting bagi memastikan kenderaan mereka sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan selamat untuk setiap perjalanan,” katanya.
Sehubungan itu, pelanggan digalakkan membuat janji temu lebih awal sebelum berkunjung ke Pusat Servis Sah PROTON pilihan mereka.
Janji temu boleh dibuat dengan mudah menerusi aplikasi mudah alih PROTON Link 2.0. Pelanggan juga boleh mengimbas kod QR rasmi kempen untuk memuat turun
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
